Bihun sup segera ini memang ramai peminatnya. Supnya jernih namun sedap sangat. Tapi kan kalau dah namanya segera, nak makan selalu pun tak elok juga.
Jadi alternatifnya kita kenalah buat sendiri apalagi jika anak-anak suka sangat makan bihun ni. Homemade lagi sihat kan. Macam mana nak buat? Boleh ikut resipi bihun Pama Homemade yang dikongsi oleh Cik Pooja ini.
Bihun Pama Homemade, 10 minit siap
Rasanya tetap sedap, paling penting hidangan ini ringkas dan senang nak buat. 10 minit dah siap.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ketul kiub pati ayam
1 sk lada sulah (yg putih )
Sedikit daun sup dan daun bawang (dipotong)
1 liter air (1 jag kecil)
Secubit garam (jika perlu)
Bihun (segenggam)
*Kuantiti bahan untuk 2 orang makan
Ads
Cara membuat
1.Panaskan minyak secukupnya.
2.Tumis bawang putih sampai kekuningan keemasan
3. Masukkan air, kiub pati ayam,lada sulah, daun sup, daun bawang (lada sulah itulah yang sebenarnya buatkan rasa dan bau bihun kita jadi macam bihun Pama, wajib ada bahan ni).
Ads
4. Bila dah menggelegak kuahnya, masukkan bihun.
5. Reneh sampai bihun masak elok, kalau kurang masin masukkan sedikit garam.
Ads
6. Siap untuk dihidang!
TIP
Kalau suka pedas, boleh taburkan serbuk cili/ chili flakes
Nak tambah isi ayam atau lobak dipotong dadu pun boleh. Lagi sedap!
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka membelinya.
Tapi sebenarnya ada saja cara mudah buat cinnamon rolls ini tanpa buat atau uli doh. Sebaliknya cuma guna roti paratha saja. Lagi senang dan cepat siap. Nak lagi mudah bakar dalam air fryer saja.
Rasa cinnamon rolls ekspres ini tetap sedap, lemak, manis dan lebih rangup. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Wan Ramlah Wan Rahimi ini.
Kuih ketayap ini memang hidangan selalu ada baik pagi atau petang. Jika selalu beli, apa kata cuba buat sendiri pula.
Sebab kuih ketayap ini antara yang senang untuk dibuat. Bahan-bahan pun memang ada saja di rumah. Buat sendiri lagi puas hati, inti kelapa pun boleh letak banyak.
Bagi yang nak mencuba boleh ikut perkongsian dari Roslina Shaari. Katanya tanda kuih ketayap menjadi elok, ada nampak lubang-lubang.
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air pandan atau air biasa
3 sudu makan tepung ubi (supaya kulit tak mudah koyak)
3 sudu makan minyak
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati.
2. Panaskan kuali dan dadarkan.
3. Bila dah melengkung di tepi maknanya kulit ketayap dah masak. Boleh angkat.
TIP
Bahan untuk inti
1/2 biji kelapa parut – ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah – boleh kurangkan.
2 helai daun pandan – disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Cara membuat:
1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. 2. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
4. Bila inti dalam keadaan agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata (fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
5. Sejukkan inti.
6. Kemudian boleh letakkan inti di tengah ketayap, lipat kiri dan kanan kemudian gulung.
Meski tak elok diamalkan kerana bahan kimia dan pengawet yang terkandung dalamnya tapi tak dapat dinafikan ramai yang suka makan mi segera ini termasuklah kanak-kanak.
Malah Institut Jantung Negara (IJN) telah mengesyorkan agar orang ramai tidak terlalu memakan mi segera.
Maknanya jangan dimakan dengan kerap. Selain itu agar kesan bahan kimia, pengawet dan perasa ini dikurangkan sebaiknya masak mi segera ini mengikut kaedah yang disarankan.
Mi segera selalunya dimasak dengan cara di bawah dan ianya sebenarnya kaedah yang SALAH:
Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk seasoning dan biarkan bahan bahan tersebut di didih bersama selama tiga minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perisa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut.
Ini merupakan kaedah yang betul untuk memasak mi segera menurut pakar pemakanan:
1. Rebus mi di dalam periuk air.
2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.
3. Rebus air dalam periuk yg lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.
5. Sekiranya, anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.
Untuk mengurangkan bahan pengawet dan perasa, kurangkan separuh dari penggunaan serbuk perisa mi segera dan elakkan menghirup kuah sup selepas menghabiskan mi.
Sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18 hingga 24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada bengkak atau jangkitan pankreas akibat dari pengambilan mi segera secara kerap.
Dalam mi segera juga terkandung MSG. MSG ialah Mono Sodium Glutamate, sejenis bahan perisa yg mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yg menyebabkan ketagihan secara semulajadi.
AjiNoMoto, Vedan dan lain-lain adalah jenama. Bahan yang sama iaitu MSG Racun Perisa yang ada dalam setiap makanan segera, sejuk beku atau di mana-mana gerai makanan terutamanya kedai kedai Masakan Thai – TomYam kerana mereka menggunakan 210% MSG dalam masakan.
Sebab itu bila kita makan makanan segera sampai satu tahap kita akan merasa muak. Tapi selepas beberapa hari kita terasa nak makan atau masih boleh lagi makan dengan selera seolah-olah rasa muak tu tiada. Kita mudah terangsang dan seolah-olah kita tak perasan ketagihan yang dialami. Begitu juga dgn masakan Thai, kita boleh makan TomYam, sup ekor, paprik dan sebagainya dengan begitu selera.
Jenis racun dan bahan kimia yang mampu membunuh kita perlahan-lahan yang ada dalam setiap makanan yang kita makan setiap hari:
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...