Kalau beli udang, asyik masak sambal atau gulai. Kita cuba pulak masak udang buttermilk, rasanya berlemak dan pedas kalau makan memang menjilat jari.
Cara membuatnya pun ringkas sangat dan dikongsi Fairuz Abu Hassan.Katanya selain udang boleh juga gantikannya dengan ayam.
Resipi ini atas masing-masing, letak cili kalau nak pedas. Tak nak pun boleh. Boleh juga tukar kepada ayam. Tapi ayam kena goreng tepung terlebih dahulu. Kalau buat memang akan jadi kegemaran anak-anak.
▪️ Udang galah (saiz besar dan sederhana)
▪️ Buttercup (lagi banyak lagi sedap)
▪️ 1/2 tin susu cair (nak berkuah boleh letak lebih)
▪️7 ulas bawang putih (dikisar halus)
▪️ Cili api (tumbuk atau kisar halus bersama bawang putih)
-Goreng dulu udang dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.
-Guna bekas goreng udang tadi,tumis bawang putih dan cili api yang dikisar tadi
Siapa yang tak gembira bila rumah sendiri yang dibeli akhirnya siap. Selalunya makan tahun juga sebelum pemaju menyatakan membuat panggilan menyatakan boleh mengambil kunci rumah.
Memang tak sabar dan teruja, disebabkan itulah pada masa inilah ramai yang membuat kesilapan. Menurut perunding hartanah Azizul Azli Ahmad bila pemaju meminta pembeli mengambil kunci, ramai yang teruja hingga terlupa melihat secara detail kediaman yang dibeli. Ini situasi bagi kebanyakan pembeli biasa.
Akan tetapi berdasarkan pengalamannya pihak pemaju cukup risau jika pembeli adalah peguam, arkitel, jururtera atau doktor yang cukup faham hak mereka.
Mereka akan memeriksa secara detail keadaan rumah adalah sama seperti yang dijanjikan dalam perjanjian jual beli.
Sememangnya inilah yang perlu kita lakukan. Menurut Azizul yang selalu berkongsi tip pembelian hartanah apabila mendapat jemputan untuk mengambil kunci rumah kali pertama terus lakukan perkara ini.
“CIK BOLEH AMBIL KUNCI RUMAH”
“Cik, boleh datang ambil kunci rumah nanti ya. Rumah dah siap”.
Rasa teruja luar biasa bila dapat panggilan begitu sebenarnya.
“Betul bang semua orang teruja sampai lupa jenis rumah dia beli”. Cerita staff pemaju ini semalam.
“Kami paling risau yang beli nie, lawyer, arkitek, jurutera, doktor. Mereka sangat faham hak mereka”.
“Ada kes lawyer dari putrajaya beli rumah kat Perak nie, dia datang bawak house inspection. Dia tak bagi kami masuk, tunggu luar katanya”.
Lepas team masuk bawak laser equipment dia keluar bagitau rumah tak ikut specification dalam SNP”.
Ceritanya laju.
“Dia tutup dan tak benarkan kami masuk rumah dan tak mahu tandatangan terima kunci”.
“Fuhhhh, dia mengamuk kat opis”
“Minggu lepas dia filekan tuntutan pada pemaju, dokument tuntutan setebal ini”.
Ceritanya sambil angkat jari setebal 6 inci.
“Kami paling bahagia kalau yang datang tu penjawat awam, orang biasa. Mereka dapat kunci siap bergambar dengan kami dan masuk rumah terus. Terus ambil kunci dan tanda tangan, tak periksa rumah pun.” Ceritanya laju.
“Ada yang beli dengan ejen kat pasaraya lagi sedih, ejen janji ada lampu, ada kipas, ada table top. Bila dapat kunci lansung apa pun tak der.”
“Ejen tu jual kat pasaraya dimana mana kat Malaysia rumah kami, rumah murah katanya. Kami ikut saja la, SNP pun kami tak tahu kat mana”.
Kawan kawan,
Bila dapat jemputan ambil kunci rumah kali pertama. Cuba lakukan ini ya.
1. Bawa bersama SNP yang kita dapat dari peguam. Dalamnya ada spesifikasi kediaman kita.
2. Dalamnya ada pelan bangunan dan sektion kediaman rumah. Belajar buat semakkan ya.
3. Betul atau tidak bentuk pelan kediaman yang kita dapat. Pernah berlaku pelan dapat unit 3 bilik, kediamanya 2 bilik.
4. Semak bukaan rumah. Dinasihatkan bawa bersama tali tape ukuran (boleh beli di DIY) sahaja. Ukur dari posh depan atau pagar depan dinding ke dinding.
Jika kediaman bukaan 20 x 70 pastikaan bukaan dalam ke dalam dinding adalah 20’0″ bukanya 18″0. Ada kes pemaju terpaksa bayar tuntutan bila semakkan keluasan tak betul. Kurang 2’0″.
.
5. Semak kembali berapa plug point yang kita dapat. Apakah sama seperti jadual dalam pelan di SNP . Ada kejadian plug point dalam bilik ada 3 tapi hanya dapat 2. Ada jumlah keseluruhan 15 yang dapat hanya 11 sahaja.
6. Semak juga sumber lampu yang kita dapat. Betulkan seperti dalam SNP kita jumlahnya.
7. Jangan lupa, ukur ketinggian dari lantai sampai ke siling berapa. Banyak kes pemaju janji ukuran 10′ 0″ tinggi bila siap hanya 8’6″ sahaja ketinggian dari lantai.
Pasang kipas kena kepala nanti.
8. Semak jenis pintu, panel door sepatutnya dibahagian depan dan belakang dan bukannya pintu biasa. Jika pintu ini cacat, ada kesan lubang ulat atau paku minta gantikan.
9. Jika ada keretakan, pastikan proses baiki secara betul bukan hanya disapukan lepaan simen diplaster dan dicat semula.
Bawa bersama salinan SNP dan jangan terus teruja nak ambil kunci dan tandatangan bersetuju terima.
Biar mereka baiki hingga baik dan puas hati baru setuju terima kunci. Jangan juga sebuk nak selfie bagitau dunia, dapat rumah cacat dimana mana.
Musim durian dah hampir penghujung, sekarang musim cempedak pula. Buah yang satu ni kalau digoreng memang sedap dan nikmat rasanya.
Tapi harganya boleh tahan juga mahal, tambah lagi yang siap digoreng. Ada yang cecah RM1 seketul. Sebab itulah lebih berbaloi beli sendiri dan goreng di rumah.
Bagaimanapun sebelum beli kenalah pandai pilih cempedak yang banyak isi dan manis supaya tak kecewa bila membukanya. Untuk pilih cempedak yang begini ada lima perkara yang perlu kita perhatikan semasa memilih.
Pilih yang tumpul, besar-besar dan jarang. Itu tanda isi di dalam banyak. Jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat, itu bermakna jerami lebih banyak.
Tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya. Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
Cempedak yang sudah masak dan matang warna kuningnya lebih dominan. Elak ambil cempedak yang masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, kerana di dalamnya masih muda. Boleh juga lihat warna tangkainya. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya sudah masak.
Cempedak yang masih separuh masak pun sudah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang sudah betul-betul masak aromanya lagi menyengat dan wangi.
Sebab nak murah, kita pilih cempedak yang kecil atau ringan. Lebih selamat pilih yang berat kerana lebih banyak isi.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.