Bila rasa nak makan chicken chop biasa kita ke restoren. Harganya pula selalu lebih kurang RM15 satu hidangan. Kalau sorang dua makan taklah mahal tapi kalau satu famili 5 orang, emmm boleh tahan juga harganya.
Jadinya kalau nak jimat kita buat sendiri. Homemade! Tak susah atau renyah pun membuatnya, ada resipi yang mudah. Antaranya perkongsian Wan LuQman ini.
1. Mula-mula kita perlukan ayam bahagian whole leg. Ini adalah bahagian thigh dan peha. Buang tulangnya. Untuk tulang yang bersambung dengan peha patahkan saja. Ketuk pada bahagian buku lali untuk patahkan tulang hujung, toreh dan tarik saja tulang drumstik (kalau nak senang beli saja yang dah siap dipotong untuk masak chicken chop di pasar raya).
Supaya ayam goreng juicy, rendam dalam air garam 2-3 jam proses ini dipanggil sebagai brine. Kemudian bilas ayam.
2. Batterkan ayam dalam apa-apa jenis tepung. Yang ini batterkan dalam bancuhan tepung ayam goreng serbaguna. Untuk bancuhan kering, guna tepung dari jenis yg sama, campurkan dengan baking powder. Kalau tiada tepung serba guna, boleh guna tepung gandum.
3. Bila dah gaulkan ayam dalam bancuhan batter, gaul pula dengan bancuhan tepung kering + baking powder tadi.
Ads
4. Panaskan minyak kemudian goreng. Biar dalam 5 minit, agak-agak sebelah dah keras, baru balikkan.
5. Sambil itu, kita sediakan bahan untuk sos. Ketuk 2 biji bawang putih dan sebatang seleri dihiris.
6. Bahan untuk sos :
2sb butter / marjerin
2sb sos tiram
3sb sos blackpepper (Life)
1sk lada hitam ditumbuk kasar
1sk serbuk pati ayam
Ads
7. Panaskan marjerin, bila dah cair, masukkan 2 sudu tepung gandum dan gaul dia akan jadi roux. Roux ni sebagai agent pemekat kuah. Tumis sekali bawang putih dan seleri. Kemudian masukkan semua bahan di atas. Sos blackpepper saya guna jenama Life.
8. Masukkan 500ml air. Biarkan menggelegak. Tak perlu gula sebab sos tiram akan ada rasa manis, lagipun sos blackpepper pun dah ada rasa manis. (Nak senang buat sos boleh juga guna instant brown sauce. Bancuh dengan air dan masak atas kuali. Dicadangkan brand Knorr atau Swiss Bear).
9. Masukkan daun salam atau daun bay. Ini kunci rahsia kesedapan untuk makanan berempah.
Ads
10. Ini ayam yang dah siap digoreng.
11. Untuk coleslaw, hiris halus kobis dan lobak merah. Letak krim atau susu cair, 1 sudu kecil gula, mayonis (boleh guna brand Saji atau Kimbal lebih sedap) dan perahan jus lemon sesedap rasa. Gaul sekata.
12. Masa untuk hiasan. Letak ayam goreng, tuang sos. Hiaskan daun english parsley atas ayam. Letakkan coleslaw atas salad jenis coral. Kalau nak ada warna boleh hiris tomato atau red peppers / capsicum.
Jika suka boleh buat kentang lecek. Cara membuat rebus 3-5 biji kentang sampai lembut (buang kulit). Kemudian lenyek kentang bersama gula, susu cair, chicken stok dan lada sulah. Atau boleh hidang dengan kentang goreng saja. Siap!
Portugese Egg Tart ini selalu kita beli kalau pergi bakeri atau pasar raya bahagian roti. Gabungan rasa lemak dan kulit pastri yang rangup dan garing memang buat kita makan tak cukup sebiji.
Asyik beli saja kan, apa kata kita buat sendiri pulak. Boleh buat banyak ketul puas makan. Cara buat Portugese Egg Tart ini pun punyalah senang. Boleh ikut cara dikongsi oleh Azlina Ina.
Cara buat Portuge Egg Tart, sekali buat dapat 20 biji
Sukatan ini boleh hasilkan 20 biji tart.
Sediakan instant Puff pastry- apa-apa jenama pun boleh
3. Untuk filling kacau sebati telur, kuning telur, gula kastor, susu, esen vanila. Dah sebati baru masukkan whipping cream. (Telur penuh = kuning dan putih sekali tuang dalam bekas dan timbang, kalau lebih buang sikit putih).
3. Lapik plastik dulu bawah pastry kemudian tekap guna cawan.
4. Masuk dan kemas kan dalam acuan (boleh beli di bakeri).
5. Kemas kan, tekan ikut bentuk.
6. Tuang filling.
7. Bakar dalam oven 25 minit suhu 160-170 ikut oven masing-masing, api atas bawah. Bila nampak keperangan tanda dah masak, dan puff akan nampak garing.
Memang kerusi ini old style tapi jangan sesekali buang ya. Rugi, sebab kerusi ini kalau diubah suai memang akan nampak moden dan menyerlah.
Contohnya macam yang dilakukan oleh Ros Diana ini yang sanggup mencari dan membeli kerusi ini untuk diubah suai. Menariknya makeover ini boleh dibuat sendiri.
Kalau di rumah ada kerusi kayu begini, boleh cuba perkara yang sama ikut perkongsian Ros Diana.
DIY makeover kerusi kayu lama
Kerusi ini 100 peratus hasil kerja tangan saya tanpa bantuan suami. Beli kerusi ini pada harga RM200, saya tambah lagi RM50 kerana kesudiaan dia untuk jual. Kerusi ini set banyak 3+1+1+1+1. Ini keadaan kerusi asal.
2. Proses sebelum cat, gosok dulu.
3. Kemudian cat, warna coklat dan bila siap tambah gold leaf di beberapa bahagian untuk kesan menyerlah.
4. Untuk kusyen, saya guna kusyen yang asal. Cuma bahagian belakang ditambah dengan papan plywood supaya lebih kukuh. Kemudian kusyen alas dengan karpet nipis sebelum balut dengan kain jenis velvet. Boleh guna stapler besar untuk proses ini.
5. Untuk buat butang di kusyen sandar, tebuk kusyen dan papan kemudian masukkan butang yang diikat dengan tali butang. Tarik kuat supaya nampak kemas kemudian stapler. Inilah hasilnya bila dah siap.
Sekiranya anda tak mampu berdiri dengan satu kaki sehingga 20 saat terutama jika sebelum ini berjaya melakukannya ia mungkin menandakan anda mengalami masalah vaskular.
Masalah vaskular ini berkait dengan arteri, saraf dan kapilari yang membawa darah dari dan ke hati. Apabila arteri tersumbat atau terhalang ia akan menyebabkan serangan jantung dan strok.
Dalam pada itu satu kajian dijalankan dengan menguji berapa lama dua orang boleh berdiri sebelah kaki. Dua peserta terlibat dalam ujian ini yang masa seorang sihat dan seorang lagi yang pernah mengalami strok.
Individu yang pernah mengalami strok gagal untuk berdiri sebelah kaki selepas 10 saat dan tidak dapat mengimbangi diri sehingga 20 saat. Manakala individu yang sihat boleh berdiri lebih dari seminit.
Dalam satu kajian lain sekumpulan pengkaji di Jepun juga telah mengumpulkan 14,000 lelaki dan wanita berumur 67 untuk melakukan ujikaji tersebut.
Pengkaji ini kemudian mengambil imbasan MRI otak dan keputusannya 34 % peserta ujikaji mengalami 2 infarctions berdepan kesukaran untuk mengimbangi tubuh mereka lebih dari 20 saat.
(Infarctions keadaan di mana tisu mati akibat daripada kegalalan mendapat bekalan darah yang salah satu sebabnya akibat arteri tersumbat).
Ada kaitan dengan kerosakan saraf pada otak
Kajian juga mendapati kegagalan untuk mengimbangi diri itu ada kaitan dengan kerosakan terhadap saraf pada otak.
Lagi banyak kerosakan yang mereka ada dalam saraf di otak lagi sukar untuk mereka berdiri mengimbangi diri.
Oleh adalah penting untuk mengesan tanda strok pada peringkat awal . supaya rawatan boleh dilakukan dan tidak menyebabkan. Ujian yang ringkas ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...