Kalau pergi pasar malam jagung cawan ini antara yang selalu kita beli. Banyak juga dijual di kiosk-kiosk pusat beli belah.
Rasanya yang manis, masin sikit, dan berlemak membuatkan anak-anak pun suka makan. Jika selama ini asyik beli, jagung cawan ini juga sebenarnya boleh kita buat di rumah.
Rasanya sama saja macam yang kita beli di pasar malam malah boleh buat lebih sedap dan berlemak. Cara membuatnya Aisyah Humaira.
Jagung cawan lemak manis ala pasar malam tanpa kukus
Untuk buat sendiri jagung cawan ini kita boleh guna jagung frozen saja. Boleh guna jenama Daily fresh rasa segar berbiji dan tak kering.
Bahan-bahan:
-1 paket jagung frozen Dailly fresh
-1 tin krimer pekat manis SAJI
-3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
-Sedikit air dan garam secukup rasa
Ads
Cara membuat:
1. Masukkan jagung dalam kuali bersama sedikit air sukatan anggaran setengah kuantiti jagung yang digunakan.
2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk atau masak. Jika air kering boleh tambah lagi airnya.
Ads
3. Selepas jagung empuk masuk susu pekat, sukatan mengikut kemanisan yang diingini. Tambah juga garam dan marjerin secukup rasa.
Ads
4. Jika suka keju boleh parut cheddar cheese atasnya. Siap jagung cawan
Jeans yang dah lama dipakai memang lebih selesa. Lagi lama lagi lembut pulak. Tapi berapa lama kita boleh pakai jeans sebelum dibasuh.
Bukan hanya jeans, tuala, cadar, baju tidur pun kita akan tertanya-tanya soalan ini. Berapa kali boleh pakai sebelum basuh? Ini jawapannya.
Sebaiknya diganti dan dibasuh setiap dua minggu. Yang kuat berpeluh tu, kenalah ganti cadar dan sarung bantal lebih kerap.
Walaupun tidak berpeluh tetapi sebaiknya dibasuh selepas 3 atau 4 kali penggunaan.
Stoking perlu dibasuh setiap kali selepas guna. Takdelah gatal-gatal kaki tu.
Perlu dibasuh selepas sekali pemakaian.
Ada yang pakai jeans berulang kali? Ada yang basuh jeans 6 bulan sekali! Alasannya takut rosak. Sebenarnya waktu terbaik untuk basuh jeans selepas 3 kali penggunaan terutamanya kalau korang mudah berpeluh.
Ada yang suka pakai baju putih atau baju berasaskan sutera? Baju jenis ni perlu dibasuh setiap kali selepas penggunaan, barulah warnanya tak pudar.
Jangan tunggu sampai dah kotor dan dibasahi peluh baru nak basuh. Sutera misalnya menyerap peluh seperti span dan perlu dibasuh dengan kerap.
Berapa kerap korang ganti tuala? Sebaiknya tuala diganti setiap dua atau tiga kali penggunaan, atau sekurang-kurangnya seminggu dua kali bagi mengelakkan pembiakan bakteria di tuala.
Tuala yang terkena cecair badan seperti peluh dan darah perlu dicuci selepas setiap kali selepas dipakai. Barulah mudah kotoran ditanggalkan.
Bagi yang bercucuk tanam di rumah, melihat kehadiran serangga memang boleh merisaukan. Ini kerana kebiasaannya serangga ini akan menjadi perosak tanaman. Bukan sekadar merosakkan malah ada yang menyebabkan pokok mati terus tanpa sempat merasa hasil.
Namun begitu tak semua kehadiran serangga ini merosakkan, ada beberapa jenis serangga yang kedatangannya memberi manfaat atau kebaikan kepada tanaman kita. Kalau jumpa 8 jenis serangga ini di kebun jangan musnahkan pulak ya. Serangga ini sebenarnya sahabat tanaman.
Serangga ini datang atas tujuan mencari makanan. Makanan kegemaran mentadak mentadu adalah seperti pepijat, aphid, belalang, cengkerik, lalat dan lain-lain. Mentadak juga dikategorikan sebagai serangga yang pelahap kerana tabiat makanan nya yang laju dan cepat. Jadi, ia boleh memusnahkan serangga perosak yang terdapat di laman dengan cepat.
Lebah membantu pendebungaan. Jika ada tanam pokok seperti tomato, tembikai, timun, pokok kelapa atau tanaman yang memerlukan pendebungaan untuk menghasilkan buah, lebah adalah pembantu yang terbaik.
Lebah juga, dikategorikan sebagai pollinators terbaik di dalam kitaran hidup tanaman. Oleh itu, kalau ada lebah di rumah, selagi tak mengancam keselamatan biarkan saja.
Sama seperti mentadak, ladybugs suka makan serangga yang kerap mendatangkan masalah kepada tanaman anda seperti Aphids, Whiteflies, Scale insects dan pelbagai lagi. Jadi biarkan saja jika nampak ia hinggap pada pokok sayur.
Selain menceriakan dengan warna yang unik dan menarik, rama-rama sebenarnya adalah antara agen yang diperlukan untuk melakukan pendebungaan.
5. Lacewings
Lacewings adalah serangga yang membantu untuk menyingkirkan aphids atau bena dan whiteflies pada tumbuhan. Bagusnya, ia memvsnahkan serangga perosak ini dari peringkat lava lagi.
Lacewig akan bertelur di atas lava whiteflies dan aphids. Apabila ia menetas, lava lacewing akan menjadikan whiteflies dan aphids tadi sebagai sumber makanan. Kalau nak lacewings datang ke kebun pastikan tiada ancaman semut kerana semut akan memakan telur lacewings dan melindungi aphids.
Selain sebagai indicator kepada kualiti persekitaran, serangga purba ini menjadikan nyamuk, lalat, kupu-kupu, lalat buah dan pelbagai lagi sebagai makanan.
Fungsi cacing tanah ini memang tak dapat dipertikaikan terutama untuk tanah itu sendiri. Selain banyak membantu memulihkan struktur tanaman, tinja yang dihasilkan oleh cacing mempunyai nutrient yang tinggi untuk tanaman. Oleh itu, kehadiran cacing tanah di kebun perlu dipupuk dan dirangsang lebih banyak.
Lebah bumble adalah antara lebah yang digunakan untuk tujuan pendebungaan. Namun saiznya lebih besar berbanding yang lain. Walaupun ia bersaiz besar dan kehadiran nya lebih jelas membuatkan kita panik, sebenarnya serangga ini tidak akan menyerang jika tidak diancam.
Yang ini ramai yang tak tahu. Memang ada sebahagian kecilnya akan memberi masalah, tapi secara asasnya tidak. Labah-labah membantu mengelakkan tanaman kita dari serangan nyamuk, lalat, belalang, semut, bena dan apa sahaja serangga jenis terbang.
Ada yang cakap rendang ayam hancur itu sebenarnya rendam tak menjadi. Tapi tak juga ada ramai yang suka rendang sebegini.
Sebenarnya ia sangat sedap dimakan dengan ketupat dan lemang. Senang saja isi ayam dicarik.
Bagi yang nak cuba boleh ikut resepi rendang ayam hancur yang dikongsi oleh Fateema Azzahra. Resipi ini untuk satu ekor ayam.
Bahan kisar :
Bawang besar 3-4 labu
Bawang putih 5 ulas
Cili hidup merah & hijau 5 tangkai (ni rahsia saya)
Lengkuas, halia, kunyit hidup 1 inci
Serai 2 batang diracik
Buah keras 2 biji
Bahan lain :
Rempah 3 beradik (kayu manis, pelaga, lawang)
Cili kisar 2 senduk
Serbuk kari ayam
Kerisik segar 3 packet kecil atau 300gram
Santan segar 1 cawan
Gula kabong /nisan
Garam, serbuk hilal (perasa)
Daun kayangan (daun kunyit) diracik haluss
Daun pandan
Cara membuat:
1. Tumis rempah 3 beradik, daun pandan dan masuk bahan kisar, tumis sampai bau wangi. Wajib garing dan naik bau wangi.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak. Biar bagi pecah minyak bebetul. Perlahankan api.
3. Selepas itu masukkan kerisik, ayam seekor dan santan. Masak sampai pekat. Pastikan api perlahan.
4. Masak rendang kena sabar. Masuk garam, gula kabong, serbuk perasa. Ayam bahagian isi akan auto hancur. Bahagian bertulang akan kekal cantik.
5. Bila dah dapat tekstur pekat boleh off api dan tabur daun kunyit. Nak letak daun limau pun boleh tapi saya tak letak.
6. Serius sedap di tekak bagi yang suka versi hancur. Lengkap ada rasa manis, pedas, masin dan lemak dari gula kabong. Hancur di sini bukan hancur lebur ya, hancur-hancur manja gitu.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...