Kalau di rumah ada menanam pokok kunyit dan subur membiak sampai tak tahu nak buat apa, boleh ikut perkongsian Akmal Al Yahya ini yang berkongsi cara menghasilkan serbuk kunyit.
Dah tanam buat sendiri pulak serbuk kunyit untuk penyediaan makanan keluarga memang sihat sungguh. Tiada pengawet atau pewarna. Kalau nak cuba boleh ikut panduan yang dikongsi.
Cara tuai kunyit sampai jadi serbuk kunyit
1. Ini hasil tuaian kunyit. Kalau tak salah, ada juga dalam 8-12 bulan baru sesuai di tuai hasilnya.
Perlu diingatkan, jika tuan/puan suka menuai daun kunyit maka rizom yang terhasil akan lebih kecil berbanding dengan pokok kunyit yang tidak selalu dituai daunnya.
Rizom yang telah mengeluarkan daun kami keratkan dan asingkan untuk disemai semula bagi tanaman akan datang.
2. Ini pula proses untuk membuat serbuk kunyit. Pertama, bersihkan rizom kunyit dari tanah yang melekat, sebersih bersihnya. Kami gunakan berus gigi tau, licin semuanya di kerjakan.
Ads
3. Langkah seterusnya adalah rizom kunyit tadi direbus/dikukus dalam jangka masa 45 minit. Kemudian dipotong halus-halus bagi memudahkan proses jemuran kelak.
Mengapa perlu rebus/kukus? Jika kita tanam sendiri maka kita tahu baja yang kita gunakan. Proses rebusan atau kukus ini bertujuan untuk melucutkan segala macam jenis kandungan baja yang tertinggal.
Jika baja kimia mungkin tak berapa kita geli. Tetapi kami khuatir jika baja tersebut daripada baja urea, baja tinja ayam, kambing atau lembu yang diproses masih ada pada rizom.
Ads
Jika tuan/puan nak skip bab rebus/kukus ini boleh sahaja. Terpulang lah ye.
4. Kunyit yang telah dipotong tadi, dijemur pula. Elakkan dari jemur terus di bawah sinaran matahari, paling baik di bawah pokok atau garaj kereta.
5. Setelah 5 hari, ini lah rupa kunyit yang telah dikeringkan. Masukkan ke dalam pengisar, kisar sehingga betul-betul lumat.
Ads
6. Tapiskan dan ayak kunyit yang telah dikisarkan tadi. Serbuk kunyit yang terhasil adalah serbuk kunyit paling baik digunakan kerana tiada sebarang pengawet malah tiada sebarang pewarna tambahan juga pada serbuk kunyit ini.
Simpan serbuk kunyit tadi di dalam balang yang kedap udara, jika ada balang kaca jauh lebih baik dari balang plastik.
7. Ini pula rizom yang berdaun tadi. Kami lebih suka semai dahulu sementara menunggu batas untuk sedia untuk digunakan.
Walaupun sentiasa guna telefon bimbit tapi rasanya ada banyak fungsi dan trik telefon bimbit yang kita tak tahu.
7 trik ini contohnya sebenarnya sangat berguna tapi tidak diketahui termasuk mereka yang gila gajet.
1. Tekan butang ambil gambar berterusan untuk rakam 20 foto persaat
Tekan butang ambil gambar secara berterusan membolehkan anda merakam sehingga 20 gambar per saat bergantung kepada jenis telefon anda. Tak ramai yang tahu tapi apa yang perlu kita lakukan adalah hanya terus menekan butang ambil gambar pada telefon dan lihat magik yang bakal berlaku.
2. Gunakan butang volume untuk ambil gambar
Ambil gambar menggunakan sebelah tangan memang agak sukar terutama kalau saiz telefon kita besar. Ia menyebabkan gambar tak jelas kerana tangan kita akan bergoyang. Jadi jika mahu ambil gambar menggunakan sebelah tangan, cuma tekan butang volume kerana fungsinya sama dengan menekan butang mengambil gambar.
3. Tutup mikrofon dengan jari
Anda boleh memperbaiki kualiti audio video yang diambil dengan cara menutup mikrofon. Cara ini akan menutup bunyi bising dan membolehkan anda mendengar audio utama lebih baik. Gunakan jari untuk menutup mikrofon sewaktu merakam video.
4. Pakai wall papar gelap
Kecerahan atau brightness telefon adalah antara penyebab bateri telefon habis lebih cepat. Untuk mengurangkannya muat turun wall paper yang gelap.
5. Letak telefon dalam mug supaya bunyi alarm lagi kuat
Jika anda jenis mengharapkan alarm telefon untuk mengejutkan anda pada waktu pagi pastikan anda meletakkannya dalam cawan atau mug yang kosong. Cara ini bunyi alarm akan lebih kuat.
6. Restart telefon 3 kali seminggu
Telefon kita tidak akan berfungsi secara maksium sepanjang masa. Untuk memastikan ia berfungsi dengan baik, ‘restart’ telefon anda tiga kali seminggu.
7. Off fungsi auto rotate untuk jimat bateri
Pastikan anda off fungsi screen rotate dan hanya aktifkan bila perlu. Membiarkan ia sentiasa on akan menggunakan banyak bateri kerana ia menggunakan sensor khas dipanggil accelerometer.
Sebagai ibu bapa, isteri atau suami, kita sering kali risau tentang keberadaan ahli keluarga. Tambah pula kalau balik lambat dari sepatutnya, keluar tanpa beri tahu, hantar mesej tak dijawab pula.
Bukan apa kita bimbangkan keselamatan mereka, apatah lagi sekarang macam macam kejadian tidak diingini boleh terjadi. Bagi mengurangkan kerisauan ini boleh guna teknik memantau lokasi ahli keluarga yang dikongsi oleh Firdaus Yusoff. Hanya guna apps ini ujarnya, kita akan tahu ke mana saja insan tersayang kita berada.
Teknik pantau lokasi ahli keluarga secara percuma
Hari ini nak share satu teknik memantau lokasi ahli keluarga secara percuma. Sebab ramai sangat yang mengadu risau anak-anak di rumah atau ke mana-mana. Tambah pula time cuti-cuti Malaysia, ramai jalan berpecah semua entah ke mana tak boleh tracking.
Atau paling best, nak cari wife kat pasar malam atau pun nak monitor wife balik keje on the way.
Caranya;
1. Pinjam handphone anak sekejap, 10 minit je.
2. Masuk app MAP, dan ‘ONkan’ location sharing.
3. Share location kepada alamat gmail handphone kita. Selesai.
4. Selagi GPS handphone anak on, dan ada data, kita boleh tengok location mereka di Google Map handphone kita.
5. Buat buat di handphone pasangan juga, caranya pun sama. App MAP ye bukan GOOGLE.
Boleh buat untuk tujuan memantau keselamatan ahli keluarga ya.
Daun kesum selalu kita gunakan dalam masakan, sebab itu ramai yang tanam pokok ini di rumah. Cuma ada juga yang merungut pokok kesum tak hidup lama, baru besar sikit dah layu kekuningan dan mati.
Sebenarnya pokok kesum antara yang mudah ditanam jika betul caranya. Bagi yang selalu tak menjadi tanaman pokok kesum boleh ikut pula cara penanaman yang dikongsi oleh MOhd Fadzil. Ia juga cara mudah dan cepat untuk biakkan pokok kesum.
Tip mudah dan cepat biakkan pokok kesum
Daun kesum banyak di gunakan dalam masakan harian. Guna pun sikit-sikit saja daunnya. Elok di tanam di tepi rumah mudah bila nak buat laksa utara atau pun asam pedas. Saya suka aroma daunnya yang segar dan pohon renek ini banyak khasiatnya.
Pokok kesum ini mudah ditanam jika betul caranya. Tumbuhan ini suka tempat yang berair dan mengalir. Ada dua jenis pokok kesum, satu jenis menjalar dan satu lagi menegak.
Saya asalnya ada satu polibeg tumbuhan ini di tanam tepi rumah. Kemudian saya guna teknik mudah dan cepat ini untuk banyakkanya.
Caranya senang saja,
1. Ambil ranting/ keratan pokok kesum yang panjang kemudian tanam dalam pasu atau bekas kecil berisi tanah.
2. Siram 2-3 kali sehari. Selang 4-5 hari akar akan mula tumbuh pada ranting yang ditanam.
3. Selepas 10 hari akar semakin banyak dan ranting yang berakar ini boleh dialihkan ke pasu lain.
4. Alhamdulillah dah ada banyak polibeg yang dibiakkan dengan cepat guna kaedah ini. Musim hujan memudahkan lagi tak perlu siram tiap hari.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...