Cara buat asam pedas ikan pari yang sedap. Lain orang lain caranya, malah lain negeri lain juga resipi asam pedas mereka.
Tapi yang dikongsi kali ini adalah asam pedas cara orang Johor mengikut perkongsian Nor Khomariah Norrohman.
Bagi yang suka kuah pekat, boleh guna cara ini, pastikan letak daun kesum! Kalau tiada memang ‘kureng’lah rasa lauk ini.
Cara Buat Asam Pedas Ikan Pari Kuah Pekat Sedap
Bahan-bahan
1 kg ikan pari (boleh juga guna ikan tenggiri, siakap atau kembung)
20 tangkai cili kering – direbus dan kisar*
5 ulas bawang merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
Sedikit belacan* (jika suka)
1 sudu lada hitam – ditumbuk
10 tangkai daun kesum
Bendi – secukupnya
1 batang bunga kantan – belah dua (jika ada)
1 cawan air asam jawa
Minyak masak – lebihkan sedikit untuk menumis
Air secukupnya
Garam, gula dan serbuk perasa – secukupnya
Ads
Cara Membuat
1. Kisar semua bahan bertanda *. Panaskan minyak yang agak banyak dan tumis bahan kisar hingga betul-betul pecah minyak dan naik bau wangi.
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata.
3. Masukkan ikan pari dan air secukupnya. Pastikan kuah agak pekat, jangan terlalu cair.
Ads
4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kecilkan api dan biarkan mereneh perlahan hingga ikan masak sepenuhnya.
5. Akhir sekali, masukkan bendi. Tak perlu masak terlalu lama supaya tak terlalu lembik. Bila bendi dah lembut, boleh padam api. Siap!
Ads
TIP
Lebihkan minyak semasa menumis untuk naikkan aroma dan rasa sambal.
Biarkan kuah masak lama dengan api perlahan untuk hasil lebih pekat dan padu.
Kalau tak suka bendi, boleh ganti dengan tomato atau terung.
Lagi sedap bila lauk ni dimasak awal dan dipanaskan semula – rasa rempah akan lebih menyerap ke dalam isi ikan.
Nasi impit, kuah kacang memang hidangan wajib waktu raya. Boleh kata semua rumah ada menu ini untuk jamu tetamu.
Dapat pula kuah kacang yang pekat lagilah terangkat makan dengan nasi impit. Nak dapat kuah kacang yang sedap, pekat macam ni ada caranya. Boleh cuba ikut perkongsian Nurul Ateekah.
Cara buat kuah kacang sedap, pekat, terangkat!
Bahan-bahan:
500 gram kacang tanah(disangai atas api)
Minyak masak – 1 senduk
Air putih – 1 liter
Air asam jawa – 3 sudu
Gula putih – 250gram
Gula merah/melaka – 100gram
Garam – 1 sudu kecil
Cili kisar – 1½ senduk
Serai -2 batang
Bawang merah 3-5 biji (sebesar syiling 50 Sen)
Bawang putih= 3 ulas
Lengkuas – 2 cm
Udang kering – 1½ sudu besar
Cara membuat:
1. Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak (mengunakan api perlahan). Goreng kacang sehingga masak dan kisar kasar.
2.Kisar atau blend bawang merah, bawang putih, lengkuas, udang kering dan bawang putih, serai sehingga halus. Boleh masuk sekali cili kisar.
3. Panaskan minyak masak, tumis bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak mengunakan api sederhana.
4. Masukkan air asam jawa dan masak seketika.
5. Masukkan gula melaka atau gula merah. Gaul sebati.
6. Masukkan kacang, air putih, gula dan garam. Gaul sebati.
7. Masak mengunakan api sederhana sehingga kuahnya pekat. Masukkan gula putih dan perasakan ikut cita rasa.
Bawa kereta pandai tapi bab penjagaan kereta failed. Selalu dikaitkan dengan wanita tapi rasa golongan lelaki ada juga yang begini.
Dah beli mahal-mahal, kereta kenalah jaga, kena hantar servis. Dan dalam rutin servis kereta ini ada beberapa perkara asas yang kita perlu tahu supaya tak tertipu dengan bengkel yang mungkin akan ambil kesempatan bila kita tak tahu apa-apa.
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. Filter
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. Spark Plug
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.
4. Bateri kereta
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5. Timing belt
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. Clutch plate
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. Fuel filter
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. Air filter (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. Gear oil
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. Brake fluid dan Power steering fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator coolant
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-cond belt/ Alternator belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Minyak hitam
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
15. Ikut jadual maintenance
Perlu diingatkan maintenance schedule yang mengikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar itu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ini mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
Ada banyak lagi sebenarnya yang kena tahu, boleh belajar sedikit demi sedikit.
Bulan Syawal ini ramai yang buat rumah terbuka atau atau ajak sahabat handai datang ke rumah. Untuk acara begini ada yang pilih untuk masak sendiri hidangan.
Tapi untuk masak sendiri dalam kuantiti banyak bukan semua tahu. Jika salah satu menu adalah mee goreng boleh gunakan resipi perkongsian Nur Ismail. Resipi ini dah ada sukatan untuk 60 orang makan. Jadi boleh ikut saja.
Cara masak mi goreng untuk 60 orang makan
Bahan-bahan:
12 bungkus mi kuning
60 ekor udang sederhana besar
4 bungkus fishcake -potong nipis
2 kilo sawi Cameron -potong kecil
1 kilo kobis -potong kecil
20 keping tauhu -digoreng dan potong kecil
400 gram minyak masak
1/2 kg bawang besar -kisar halus
2 labu bawang putih -kisar halus
400 gm cili giling
400 gm sos tomato
300 gm sos cili
400 gm kicap manis
6 SB kicap pekat
6 SB gula
4 SB garam
12 SB stok ayam
800 gram air
Bahan hiasan
12 biji telur -goreng dadar dan potong halus
RM5 daun sup dan daun bawang -potong halus
1 paket sederhana bawang goreng
Cili merah -dihiris
Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan cili giling, kacau hingga naik minyak
4. Masukkan air 200gm
5. Masukkan batang sawi, kacau hingga layu
6. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air kacau rata.
7. Masukkan udang dan fishcake, kacau rata
8. Masukkan sawi, kobis, mi dan tauhu
10. Kacau lagi dan kaup balik hingga sebati dan masak
INFO
Saya goreng 2 kali jadi semua bahan-bahan dibahagi dua.
Masukkan dalam bekas hias dengan hirisan telur dadar, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...