Cara buat ayam goreng halia ini bukan macam yang biasa kita buat. Sebab itu rasanya lagi sedap dan wangi.
Sebenarnya untuk dapat hasil ayam masak halia sebegini ada satu trik yang kita kena buat. Jika selalu halia dimasukkan sekali, cuba pula goreng dahulu halia yang dihiris nipis ini.
Selain digoreng sekali, halia yang rangup ini juga ditabur ke atas di atas hidangan ini selepas siap dimasak. Penggunaan minyak bijan di akhir proses masakan juga menambahkan keenakan lauk ini.
Cara buat ayam goreng halia sedap dan wangi
Bahan-bahan
½ ekor (500-600g) ayam / 4-5 ketul bahagian ayam
½ sudu besar serbuk lada putih
3-4 ulas bawang putih (dicincang)
½ sudu besar kicap masin
½-¾ cawan halia (dihiris nipis)
2 inci halia tambahan (dihiris)
½ biji bawang kuning (dihiris)
5 tangkai cili kering
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar cuka
½-1 cawan air
1 sudu teh minyak bijan
Daun bawang (dipotong 1 inci)
Ads
Cara memasak
1. Gaulkan ayam dengan serbuk lada putih dan kicap masin. Perap seketika.
2. Panaskan minyak, goreng halia yang dihiris nipis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan minyak yang sama, goreng ayam hingga ¾ masak. Angkat.
4. Buang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga keperangan.
Ads
5. Masukkan hirisan halia, bawang kuning dan cili kering. Tumis hingga naik bau.
6. Masukkan ayam, sos tiram, serbuk lada putih, cuka dan air. Gaul rata dan biar ayam masak sepenuhnya.
7. Titiskan minyak bijan, masukkan daun bawang dan tabur halia goreng di atas sebelum dihidang.
Ads
Tip Ekstra
-Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi semasa menumis. Nak lagi sedap, makan bersama sambal belacan atau acar.
-Lauk ini juga boleh disimpan untuk bekal ke tempat kerja – rasanya kekal sedap walaupun dipanaskan semula.
Cara scammer ‘masuk’ handphone kita tanpa sedar.
Kecanggihan teknologi hari ini bukan saja memudahkan urusan harian kita, malah turut membuka ruang kepada penjenayah siber seperti scammer untuk ‘menyelinap’ masuk ke dalam telefon tanpa kita sedar.
Perkara ini bukan rekaan semata, malah banyak kes melibatkan kehilangan data peribadi dan akses kepada akaun perbankan berlaku kerana telefon telah digodam.
Menurut Duta Anti Scam, Rahmat Fitri Abdullah yang juga pegawai bersara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) cara scammer memperoleh data kita tak lain dan tak bukan adalah melalui internet.
“Jadi supaya tak jadi mangsa pastikan kena bagaimana scammer boleh ‘menyedut’ maklumat di dalam telefon pintar kita.
5 Cara Scammer Masuk Handphone Kita, Hati-Hati
Berikut antara 5 cara utama scammer boleh masuk ke dalam telefon pintar dan bagaimana kita boleh cegahnya:
1. Cepat Matikan Internet Jika Rasa Tak Selamat
Kalau tiba-tiba telefon jadi perlahan, panas atau keluar pop-up pelik, itu mungkin tanda ada cubaan pencerobohan. Langkah awal yang boleh diambil adalah matikan sambungan internet segera untuk hentikan akses luar ke peranti.
2. Reset & Reformat Telefon Bila Nak Jual
Ramai sangka delete data sudah memadai, tapi sebenarnya data lama boleh dipulihkan dengan software tertentu. Kalau nak jual telefon, pastikan reset dan reformat penuh atau gunakan software khas untuk padam data secara kekal.
3. Matikan Internet Waktu Tidur
Ramai tak sedar waktu tidur adalah waktu ‘kerja’ utama scammer. Bila kita tak aktif guna telefon, mereka akan cuba akses masuk menggunakan backdoor apps. Jadi, sebaiknya matikan sambungan internet dan bluetooth sebelum tidur untuk elak telefon ‘terdedah’.
4. Jangan Guna WiFi Percuma Sesuka Hati
WiFi percuma di tempat awam memang menggoda, tapi ia sebenarnya sangat berisiko tinggi untuk digodam. Penjenayah boleh setup WiFi palsu dan bila kita sambung, semua data telefon termasuk login dan password boleh dicuri.
5. Elak Install Aplikasi Asing
Walaupun tak dinyatakan secara terus dalam perkongsian asal, info ini penting aplikasi luar Google Play/App Store boleh jadi pintu masuk kepada spyware dan malware. Jadi, elakkan muat turun dari link meragukan.
Sedang elok musim hujan viral pula menu rain drop cake ni. Bila dah asyik lalu di sosial media kita teringin pulak nak tahu macam mana rasa pemanis mulut yang berasal dari negara Jepun ini.
Kalau tiada orang jual di sekitar rumah, apa kata buat saja sendiri. Nak buat pun tak susah sebenarnya, bahan pun mudah dan memang ada di rumah. Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Malnorashima Bt Ismail.
Buat sendiri Rain Drop Cake
1. Sediakan air secukupnya dan masukkan serbuk agar-agar. Bancuh dan masak seperti biasa, tambah gula untuk rasa manis. Tak perlu letak pewarna ya.
2. Kemudian tuang agar-agar tadi dalam acuan. Saya guna acuan kuih lompang saja. Biar mengeras atau boleh letak dalam peti sejuk.
3. Sementara itu buat sirap gula Melaka (macam buat kuih lopes). Sediakan air secukupnya, masak bersama gula Melaka yang dihancurkan. Letak sekali daun pandan. Biar larut kemudian tuang gula putih ikut kemanisan yang dikehendaki. Biar larut dan sedikit pekat.
4. Keluarkan agar-agar yang dah keras dalam pinggan putih supaya nampak jernih, kemudian tuang sirap gula Melaka. Boleh tabur kacang tanah tumbuk yang telah disangai terlebih dulu (resipi asal guna serbuk soya).
Cucur bantal ini elok sangat di buat waktu petang kalau tengah hari masak kari ayam atau sambal sardin. Boleh cicah dengan lauk tadi.
Cucur bantal ini garing di luar dan berongga di dalamnya memang kena sangat untuk menyicah. Nak buat untuk menu sarapan pun boleh. Cara membuatnya dikongsi oleh Mariana Zainal.
Buat cucur bantal untuk menyicah petang-petang
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar Planta/ mentega
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yis kering mauripan
1 sudu kecil baking soda
2 cubit garam
1 cawan air suam
Cara membuat
1. Dalam satu besen, satukan mauripan, gula, air suam. Kacau hingga larut. Masukan tepung, baking soda, Planta dan garam. Uli sebati selama 8-10 minit.
2. Peram adunan selama 1 1/2 jam dalam bekas yang bertutup.
3. Selepas itu tumbuk tumbuk adunan untuk buang angin dalam doh dan uli.
4. Tabur tepung dan letakkan doh. Gelek leper tapi jangan terlalu nipis. Tabur tepung lagi. Potong adunan menjadi segi empat tepat tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
5. Biarkan 10 minit dan bolehlah digoreng dalam minyak yang panas guna api sederhana. Bila warna sudah perang dan garing bolehlah angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan bersama kari ayam, sambal bilis, sambal sardin dan kuah kacang.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...