Cara buat daging bakar ini boleh jadi idea kalau dapat daging korban. Takdelah asyik masak gulai saja kan.
Daging bakar ini bukan saja sedap tapi juga juicy, tak kering. Cicah pula dengan air asam kerisik memang mantap rasanya. Dapat pula daging yang ada lemak sekali, tak mustahil nasi tak sempat masak, lauk dah licin.
Cara buat daging bakar dan air asam kerisik yang sedap
Bahan perapan daging bakar
1/2kg daging – hiris tebal ½ inci
1 sudu besar lada hitam – tumbuk
5 ulas bawang putih – tumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula perang
Sedikit garam & serbuk cukup rasa
2 sudu besar minyak kelapa
Bahan air asam kerisik
2 biji tomato – sebiji dihiris nipis & sebiji lagi untuk dikisar (*)
2 biji cili merah besar (*)
4 biji cili padi (*)
1/2 inci belacan (*)
2 biji bawang besar saiz sederhana – sebiji belah dua & potong nipis, sebiji lagi potong untuk dikisar (*)
Asam jawa sebesar ibu jari – bancuh (*)
Garam secukupnya
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan kerisik
Sedikit serbuk perasa
Ads
Cara membuat
1.Satukan bahan tumbuk dan gaulkan dengan daging.
2. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan, gula perang, garam, serbuk cukup rasa dan minyak kelapa.
3. Gaulkan pada daging hingga rata dan perap lebih kurang 3 jam. Lagi lama diperap lagi lembut dagingnya.
Ads
4. Bila cukup masa perapan, bakar daging. Bila agak-agak daging hampir masak, tuang lebihan perapan ke atas daging. Angkat bila daging sudah masak dan hiris nipis.
5. Untuk sediakan air asam kerisik, satukan bahan-bahan bertanda dan kisar kasar. Jangan lumat sangat.
Ads
6. Tuang ke dalam bekas berisi tomato dan bawang yang dihiris nipis. Gaul sebati.
7. Masukkan garam, gula, sos cili, kerisik dan sedikit serbuk perasa. Gaul sebati.
Ramai yang suka makan ikan keli atau pun ikan sungai tapi masalahnya ramai juga yang kurang gemar membersihkannya.
Ini kerana kalau tak kena cara ikan yang dah dibersihkan itu akan tetap berbau hanyir.
Jadi bagaimana cara betul untuk menyiang atau membersihkan ikan keli. Boleh ikut tip yang diturunkan oleh Arbi Mohd Arbi.
1. Ini ikan keli yang telah dipotong dan dibuang isi perutnya. Namun ada bahagian bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh.
2. Yang paling penting kawasan insang, darah dibawah tulang talam perut. Dan jika diamati. Ada jalur jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut. Tarik ianya keluar.
3. Kelenjar yang terletak disebelah sengat juga penyumbang bau hanyir pada keli.Hanya picit keluar kedua duanya, kiri dan kanan. Bila sudah diyakini bersih kita pergi ke proses seterusnya.
Buang hanyir dengan buah sitrus atau asam jawa
Proses pengalihan bau hanyir. Boleh gunakan atau sebarang jenis adik beradik buah sitrus dan asam jawa.
Penggunaan tepung bukanlah untuk menghilangkan hanyir ikan tetapi untuk membuang lendir pada ikan tersebut.
Rendam ikan tersebut lebih kurang 10 minit sebelum dibilas bersih. Ia sedia untuk dimasak.
Haruslah bijak memilih peneman ikan keli dalam masakan Cadangan belimbing, buluh & asam gelugur.
Ayam goreng tomyam ini cara memasaknya memang berbeza dengan masakan tomyam berkuah kerana yang ini bersambal.
Walaupun nampak macam ayam masak merah tapi rasanya memang berbeza. Masam-masam pedas yang sedap, peminat tomyam kena cuma.
Cara buat ayam goreng tomyam pedas
Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1-2 paket perencah tomyam
8 tangkai cili padi merah
8 tangkai cili padi hijau
1 batang serai(dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih(dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Serbuk perasa(jika perlu)
Garam dan gula(jika perlu)
Cara memasak
1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit Dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.
2. Menggunakan minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan tomyam)
tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
4. Kemudian,masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam serta serbuk perasa jika suka. Gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam goreng, dan air setengah cawan air. Biarkan merenih sebentar dan sedikit kering. Tutup api, angkat dan hidangkan.
Kebanyakan kita bila hendak basuh comforter atau toto, mesti akan ke dobi layan diri atau pun hantar saja ke kedai dobi.
Sedangkan kita ada saja pilihan untuk basuh sendiri menggunakan mesin basuh di rumah. Tak payahlah susah susah angkat masuk keluar kereta dan kena keluarkan duit pula.
Apa yang penting kalau nak basuh comforter atau toto kena pastikan gulung ikut cara yang betul supaya, span tidak rosak. Jangan pakai sumbat je ya.
Boleh ikut perkongsian Nurul Ain Syed Mohd untuk cara basuh comforter yang betul guna mesin basuh di rumah.
Tip basuh comforter/toto
Dulu selalu pakai Cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna Cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Caranya mudah ya amat;
1. Gulung comfoter sebelum masuk mesin. Gulung ikut saiz mesin seperti dalam gambar. Saya guna mesin 8kg.
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
3. Letak bahagian kotor di bahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif. Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak.
INFO
Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Basuhan ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin.
Cadar patchwork juga boleh dibasuh guna kaedah yang sama.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...