Cara buat kepak ayam goreng madu yang sedap, senang, masak pun sekejap
Cara buat kepak ayam goreng madu ini sangat ringkas tapi rasanya special.
Kadang-kadang kita tak perlu tunggu hujung minggu pun untuk layan lauk special. Antaranya macam kepak ayam goeng madu ini. Masakan ini memang sesuai untuk orang sibuk tapi nak hidangkan sesuatu yang istimewa untuk keluarga.
Sosnya pekat, pedas manis dan wangi dari bawang serta mentega cair… memang membangkitkan selera. Paling penting, tak sampai 30 minit, dah boleh hidang! Guna kepak ayam tau, baru sedap.
Cara buat kepak ayam goreng madu
Bahan-bahan
500gm kepak ayam
3 sudu besar mentega
2 sudu minyak masak
3 senduk cili kisar
1 labu bawang besar (hiris halus)
3 ulas bawang putih (ketuk, potong dadu)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram (jika suka)
3 sudu besar sos cili Thai (jika suka)
5 sudu besar madu (ikut cita rasa)
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi dan kekuningan.
3. Masukkan cili kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos cili Thai, dan madu. Kacau semua bahan sampai sebati.
Ads
5. Masukkan kepak ayam dan gaul rata hingga ayam disalut sos sepenuhnya.
Ads
6. Masak sehingga ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat. Tutup api, ambil ayam dan sambal saja, tinggalkan minyak dalam kuali. Sedia dihidangkan.
Tip hilangkan hanyir ayam
Untuk hilangkan bau hanyir ayam, siram atau rendam ayam dalam air panas selama 5–10 minit, kemudian toskan sebelum masak. Cara ini juga bantu masakan tahan lebih lama dan tak mudah basi.
Dah selalu masak kari guna santan, kali ini kita buat cuba cara sihat. Buat kari ikan tanpa santan tapi pekat likat.
Caranya dikongsi oleh Zana Mokhtar. Walaupun tanpa santan tapi bila pekat memang sedap. Katanya kalau hidang lauk ini di rumah biasanya memang akan bertambah nasi.
Bahan bahan:
Ikan (ikut suka nak guna ikan apa)
1 paket rempah kari ikan
1 sudu kari daging
Bawang merah yang dikisar
Bawang merah dihiris
Bawang putih dihiris
1 inci halis dihiris
Daun kari
Halba
2 sudu sos tiram
Air asam jawa
Garam
Cara masak
1. Rempah kari dibancuh bersama dengan bawang merah yang dikisar.
2. Tumiskan halba, bawang merah, putih dan halia yang dihiriskan tadi bersama daun kari.
3. Setelah naik bau masukkan rempah yang dibancuh tadi. Tumis sampai naik bau dan garing.
3. Selepas itu masukkan sos tiram yang dibancuh bersama air asam jawa. Ini rahsia kuah kari jadi pekat ya!
4. Biarkan sampai likat pekat selepas itu baru masukkan air sedikit. Air agak agak la ya.
5. Biarkan mendidih, letakkan garam, masukkan bendi, tomato dan ikan.
6. Biarkan seketika, bila nampak ikan masak tutup api.
Lagi beberapa hari kita akan menyambut Aidifitri. Kalau nak buat kuih raya dalam masa yang singkat ini kenalah cari kuih yang senang nak dibuat. Salah satu yang boleh kita cuba rempeyek moden guna kulit popia!
Perkongsian Shai Anne Ahemed boleh jadi kuih raya atau kudapan kita saja. Senang tapi sedap. Potong kulit popia, tabur bahan kemudian goreng. Dah siap.
Rempeyek moden
Kulit popia (apa apa brand pun boleh) Kacang tanah (sangai dulu) Ikan bilis Sedikit tepung gandum dan air (bancuh untuk pastikan kacang, bilis tak tanggal masa menggoreng) Jintan manis dan jintan putih (kisar sekali)
Cara membuat
1. Potong kulit popia (potong 4)
2. Letakkan bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong
3. Kemudian tabur kacang, bilis dan juga jintan.
4. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan.
Cuti hujung minggu atau musim cuti sekolah Cameron Highland selalunya masih dalam destinasi percutian jangka pendek.
Suasana sejuk dan nyaman buat kita rasa seolah-olah di luar negara. Tak dapat ke sana Cameron Highland pun jadilah. Kalau hujung minggu ini ada yang nak ke sana, pastikan anda sampai ke 16 tempat ini. Barulah berbaloi.
1. Boh Tea Center
Ada dua ladang teh Boh di Cameron Highland, iaitu Boh Tea Center Ringlet dan Boh Tea Center Sungai Palas. Memang terbaik untuk relaks dan menikmati pemandangan indah ladang teh yang menghijau. Waktu operasi: 8.30am – 4.30pm.
2. Bharat Tea
Tidak seperti lokasi Boh Tea Centre, Bharat Tea lebih senang untuk dikunjungi. Di sini juga boleh beli teh-teh keluaran Bharat Tea. Waktu operasi: 9.00am – 6.00pm
3. Big Red Strawberry Farm
Ada macam-macam produk makanan berasaskan strawberi yang korang boleh dapatkan di sini. Antaranya adalah seperti waffle, aiskrim sundae, muffin, tart, scone, milkshake dan banyak lagi.
4. Kebun strawberi
Di Cameron Highland ada beberapa kebun strawberi yang boleh dikunjungi. Di sini bolehlah petik sendiri strawberi, fefiling oversea. Antara tempatnya adalah: KHM Strawberries & Jam, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, EQ Strawberry Farm, Brinchang, Kok Lim Strawberry Farm, Brinchang, Raju’s Hill Strawberry Farm
5. Cactus Valley Farm
Bagi yang minat tumbuhan kaktus mesti rambang mata kalau datang ke Cactus Valley Farm ni. Daripada sekecil-kecil saiz kaktus, sampailah yang paling besar pun ada.
Waktu operasi: 8.00am-6.00pm
6. Cameron Adventurous
Siapa kata datang Cameron Highland kena buat aktiviti petik strawberi je? Korang boleh juga cuba aktiviti lasak seperti menaiki 4×4 Safari, ATV Safari dan ATV Extreme di ladang teh. Style gila kan? Dengan cuaca sejuk buat aktiviti ekstrem, confirm syok gila.
Waktu operasi: 9.00am – 6.00pm
7. Pasar Kea (Kea Farm)
Pasar sayur-sayuran yang terletak di puncak di antara Tringkap dan Brinchang. Sayurannya segar dan kebanyakkannya lebih murah berbanding tempat lain. Bukan sayur je, pelbagai jenis bunga segar juga korang boleh dapatkan disini.
Waktu operasi: 8.30am – 6.00pm
8. Pasar Malam Pekan Brinchang
Kalau pasar Kea jualannya siang hari, waktu malam boleh pergi ke sini. Jualannya sama seperti di Pasar Kea ada segala jenis sayuran dan buah-buahan yang segar jagung, strawberi & cili capsicum. Segar & manis. Susu segar old school pun ada di jual disini.
Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
9. Lavender Garden
Taman ini bukan hanya khusus untuk tuumbuhan lavender, malah ia juga menggabungkan dengan bunga-bungaan yang lain. Kalau nak try aiskrim color purple, disinilah tempatnya.
Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 6.00pm), Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00 pm)
10. Avant Chocolate
Avant Chocolate telah menanam strawberi dan menghasilkan coklat terbaik sejak 1995 lagi. Kalau anda peminat coklat, mesti akan rambang mata sebab ada macam-macam jenis coklat dekat sini. Aiskrim pun ada. Waktu operasi: 9.00am – 6.30pm.
11. Time Tunnel Museum
Untuk korang yang dah masuk fasa ‘faktor usia’ mesti suka pergi muzium ini mempunyai koleksi bahan pameran yang mungkin kita pernah guna waktu kanak-kanak dulu. Barang pamerannya juga unik dan menarik. Waktu operasi: 9.00am – 6.00pm.
12. Nasi Lemak Sambal Strawberi
Macam mana rasanya nasi lemak sambal strawberi ni eh? Ha, korang kena la datang sendiri untuk mencuba menu ini di 200 Seeds Café. Ada yang datang dari jauh semata-mata nak cari nasi lemak ni tau. Waktu operasi: 8.00am – 8.00pm
13. Rose Centre
Peminat bunga ros mesti ‘gila’ kalau ada kat sini. Ada lebih daripada 100 jenis bunga mawar, termasuklah yang berwarna hitam dan hijau. Waktu operasi: 8.00am – 6.00pm
14. Taman Agroteknologi Mardi Cameron
Buat mereka yang suka bercucuk tanam, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Taman agroteknologi Mardi ini. Ada bermacam macam tanaman seperti Strawberi, Markisa, Epal & bunga tanah tinggi di tanam di sini. Taman ini satu ketika dulu digunakan oleh penjajah sebagai pusat penyelidikan tanaman-tanaman seperti teh. Waktu lawatan: Di buka dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang
15. Cameron Square
Satu satunya kompleks membeli belah di Cameron Highland untuk kita membeli belah.
Di dalam kompleks membeli belah ini terdapat banyak butik & kedai. Antanya 3D Art Muzium.
Bayaran masuk untuk dewasa RM18, dan untuk kanak kanak pula RM10. Waktu Operasi: Isnin – Ahad. Dibuka dari 10am hingga 10pm.
16. Air Terjun Robinson
Kalau nak kelainan daripada melawat ladang teh dan petik strawberi,boleh cuba aktiviti jungle trekking atau mandi manda di air terjun Robinson.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...