Cara buat kerepek dari biji durian. Dah beli durian mahal-mahal maka kita makan dan gunakan sepenuhnya buah ini. Kalau kulitnya boleh buat baja, biji durian pula boleh kita olah. Buat kerepek untuk jadi jajan kita.
Mungkin ramai tak tahu biji durian sebenarnya boleh dijadikan kerepek yang rangup,enak kerana ada rasa lemak-lemak yang tersendiri. Tak percaya boleh cuba buat. Caranya dikongsi oleh Rozana Hashim AsSalihin
Cara buat kerepek dari biji durian
1. Bersihkan biji durian dari sebarang isi dan kotoran. Jika rajin boleh buang sekali lapisan berwarna coklat, tapi boleh saja jika dibiarkan. Kemudian rendam dengan air garam semalaman.
2. Esonya, sagat biji durian ini nipis-nipis menggunakan penyagat biasa.
Ads
3. Selepas selesai disagat, biarkan selama lebih kurang sejam dua sebelum digoreng.
4. Panaskan minyak yang agak banyak, kemudian goreng menggunakan api perlahan. Kacau selalu, kerepek ini mengambil masa untuk garing jadi jangan gunakan api yang terlalu perlahan, nanti lambat siap.
Ads
5. Tanda kerepek sudah masak, ia akan rasa ringan bila kacau. Waktu ini bolehlah diangkat dan tos.
Ads
6. Biarkan sejuk, kemudian boleh simpan dalam bekas kedap. Kerepek biji durian ini sedap kerana ada rasa lemak-lemak.
Sambal nasi lemak dah ramai puji sedap, teringin pula nak berniaga. Tapi nasi lemak pulak tak tahu nak sukat kalau masak dalam jumlah banyak.
Kalau macam tu boleh ikut tip dari Fazniza Razali ini untuk sukat jumlah beras, air, santan dan garam. Tip ini boleh digunakan untuk masak nasi lemak sama ada untuk berniaga atau nak makan ramai- ramai.
Jadi takde lah kita teragak-agak, risau terlebih atau terkurang. Lebih tak mengapa tapi kalau banyak sangat membazir pula.
Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan
Sukatan 30-40 orang makan
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Santan
Sukatan 55-60 orang makan
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil ini untuk seorang makan.
Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba berniaga nasi lemak ya.
Bila beli tepung beras untuk buat kuih biasanya kita tengok tulisan tertera tepung beras dan nampak saja cap gajah kita terus beli. Kemudian bila buat kuih walau pun dah ikut resipi tapi tetap tak menjadi. Kenapa ya?
Ha! Ini mungkin sebab kita beli tepung beras yang berbeza dari yang digunakan dalam resipi. Ramai tak tahu bahawa tepung beras yang dijual di kedai sebenarnya ada beberapa jenis. Salah pilih mungkin sebab itu kuih tak menjadi.
Tepung beras yang kita beli biasanya diperbuat dari Thailand dan ia ada 3 jenis yang berlambangkan gajah. Perasan tak lambang gajah tapi bilangan gajah ini berbeza. Inilah membezakan jenis tepung. Kemudian ada pula gambar Teratai, ini pun berbeza
Supaya tak silap beli, kena tahu perbezaannya ya!
Tepung Beras Cap 1 Gajah
Sangat sesuai untuk mengoreng seperti buat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan seperti goreng mamak, goreng berempah.
Tepung ini sangat ranggup sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dhall
Tepung Beras Cap 3 Gajah
Sangat sesuai untuk kuih kuih tradisional seperti contoh kuih kuci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih.
Ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat
Tepung Beras Cap 5 Gajah
Sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
Sebab ia lebih kental
Tepung Beras Cap Teratai
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
Kalau buat apam rasa tepung nya kurang
Jika buat rempeyek dan tumpi sangat ranggup hasilnya
Melihat ada yang menanam pokok kurma di kediaman dan tumbuh subur mungkin ramai turut berminat untuk cuba menanamnya.
Maklumlah kurma ini memang makanan yang selalu kita ambil bukan setakat bulan puasa saja. Bagi yang berhajat untuk cuba tanam, sebelum itu boleh baca panduan daripada Mahadzir Hashim.
Menurut beliau meskipun pokok kurma yang ditanam boleh membesar dengan elok tapi ada beberapa perkara yang perlu kita tahu supaya tidak kecewa nanti. Ini kerana info tersebut mungkin tidak dibekalkan oleh nurseri yang menjual anak pokok kurma.
Perkara penting kena tahu kalau nak tanam sendiri kurma
Kalau anda meminati atau berura-ura menanam pokok kurma dan menghasilkan buah kurma di taman kebun anda sendiri, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.
Kebanyakan nurseri yang menjual anak pokok kurma tidak akan membekal kepada anda beberapa maklumat penting.
Foto: JuraisHafiza Al-Ayubi Al-Muhami via Facebook Berkebun D Rumah
1. Kena ada sekurang-kurangnya 2 pokok kurma
Untuk pokok kurma menghasilkan buah kurma anda perlu tanam sekurang-kurangnya 2 batang pokok kurma, pokok kurma jantan dan pokok kurma betina. Sebatang pokok kurma tidak akan menghasilkan buah.
2. Perlukan angin kuat seperti padang pasir
Untuk proses pendebungan pokok kurma perlukan angin yang kuat seperti di padang pasir. Ini untuk menerbangkan debu bunga jantan ke pokok bunga betina. Binatang seperti burung atau rama-rama, kumbang dan lain-lain tidak akan mendekati bunga kurma atas sebab bunganya tiada bau dan juga tiada madu.
3. Pendebungaan manual
Pendebungaan perlu dilakukan secara manual dengan cara memotong bunga dari pokok jantan dan di ketuk perlahan-lahan ke bunga pokok betina. Atau dengan mengikat bunga jantan ke bunga betina.
4. Ambil masa untuk tahun pokok jantan atau betina
Pokok kurma mudah tumbuh jika ditanam dari biji tapi mengambil masa 4-7 tahun untuk anda tahu jenis jantan atau betina. Dan 50% pokok kurma yang ditanam dari biji akan menjadi kurma jantan.
Cara terbaik ialah dengan tanaman dari sulor kurma yang tumbuh. Jika sulor tadi dari pokok jantan, itu baka jantan dan kalau dari sulor pokok betina itu baka betina. Dengan ini kita dah tahu jantan betina dari awal tanaman. Jangka masa matangnya akn menjadi lebih singkat iatu dri 2-4 tahun sahaja.
INFO
– Anda boleh dapatkan benih bunga jantan yang siap ‘dibungkus’ dari penanam pokok kurma atau nurseri tertentu yang menjualnya secara online.
Pokok kurma jantan
– Bagi anda yang tiba-tiba mengetahui pokok kurma anda yang sebatang itu adalah jantan, manfaatkan bunga jantan anda dengan menjualnya di pasaran. Jangan ditebang pulak.
– Jika anda hanya ada sepokok pohon kurma dan pokoknya kelihatan berbuah itu adalah pokok kurma jantan. Bunga pokok jantan akan kelihatan seperti buah-buah kurma pada satu peringkat, tapi “buah-buah” itu akan gugur sendiri beberapa lama kemudian. Ini kekeliruan yang sering terjadi dalam kalangan kita.
Pokok kurma betina
– Seperti manusia ada pokok kurma bersifat “khunsa” punya kedua-kedua bunga jantan dan betina. Ini kes rare tapi pernah banyk kali berlaku.
Tercekik tulang ketika makan, petua biasa yang dipraktikkan ramai adalah makan gumpalan nasi atau pisang.Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah...