Cara buat nasi ulam, ini merupakan salah satu hidangan tradisi yang bukan saja sedap tapi sangat berkhasiat. Penuh dengan ulam-ulaman, nasi ini juga terasa wangi dan segar.

Cuma untuk menghasilkannya memang akan memakan masa kerana perlu menyediakan ulam-ulaman tapi percayalah selepas siap, memang berbaloi. Sekali rasa akan teringat-ingat kesedapannya.

Untuk pengetahuan nasi ulam ini ada banyak versi yang dikongsi adalah dari Terengganu oleh Muliayadi Ramli menggunakan 15 jenis ulam-ulaman.

Cara Buat Nasi Ulam

Cara Buat Nasi Ulam, Sedap Wangi Penuh Khasiat 15 Ulam. Sekali Makan Teringat-Ingat

Bahan A : Ulam-ulaman (hiris halus)

Daun kunyit
Daun selon
Daun cekur
Daun pegaga
Pucuk tenggek burung
Pucuk putat
Pucuk jambu golok
Pucuk ulam raja
Daun kesom
Daun selasih
Daun kemangin
Bunga kantan
Serai
Kacang botol
Cili padi

Ads

Cara Buat Nasi Ulam, Sedap Wangi Penuh Khasiat 15 Ulam. Sekali Makan Teringat-Ingat

Bahan B: Tumbuk halus

5 biji bawang merah
3 sudu besar lada hitam
3 ekor ikan selayang bakar
2 ekor ikan kering goreng

Bahan C: Bahan campuran nasi

2 cawan nasi (dimasak kering sedikit)
½ biji kelapa parut
1 sudu besar kerisik
Garam, gula dan perasa secukupnya
Jus limau nipis

Cara Buat Nasi Ulam, Sedap Wangi Penuh Khasiat 15 Ulam. Sekali Makan Teringat-Ingat

Ads

Cara Penyediaan Nasi Ulam

1. Sangai kelapa parut atas api perlahan hingga kering sedikit dan naik aroma.

2. Masukkan bahan B yang telah ditumbuk dan gaul bersama kelapa.

3. Tambahkan kerisik, garam, gula dan perasa. Gaul rata dan tutup api.

4. Dalam bekas besar, satukan nasi, kelapa berbumbu, dan semua ulam yang telah dihiris.

Ads

5. Perahkan limau nipis, gaul semua bahan hingga sebati dan wangi.

6. Siap untuk dihidang bersama telur masin, keropok atau lauk kegemaran.

Cara Buat Nasi Ulam, Sedap Wangi Penuh Khasiat 15 Ulam. Sekali Makan Teringat-Ingat

TIP

  • Nasi ulam ini lebih sedap jika dimakan dalam keadaan sejuk atau pada suhu bilik.
  • Boleh simpan dalam peti sejuk dan makan sejuk-sejuk seperti salad ulam.

Sumber: Muliadi Ramli

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI