Kalau korang hantu sambal bolehlah buat stok ini di rumah. Untung buat sambal balado ni, sekali buat boleh guna untuk macam macam.
Boleh gaul dengan ikan, ayam goreng atau telur goreng. Buat nasi goreng dengan sambal ni pun boleh, 5 minit dah siap. Sambal ini juga boleh tahan 2 minggu, letak dalam chiller saja. Bila nak ceduk je.
Cara membuatnya dikongsi Mazliana Mazlan yang mendapat resipi ini dari sahabat adiknya yang berasal dari Indonesia.
Cara buat sambal balado padu, pelbagai guna
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
Cara penyediaan:
1. Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil. Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.
2. Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini. Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye. Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
Ads
3. Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
4. Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis.
5. Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
Ads
6. Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
7. Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
Ads
8. Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.
Ini salah satu menunya. Pecal lele gitu. Padu betul rasa dia.
Orang perempuan kalau di dapur boleh buat banyak kerja satu masa. Boleh jadi waktu memasak, pada masa yang sama basuh kain juga.
Kadang-kadang boleh terlupa yang dimasak atas dapur hingga rentung berasap. Kalau periuk murah takpe lagi tapi kalau yang rentung itu periuk kegemaran yang mahal memang menyesal tak sudah.
Kalau berlaku kejadian begini ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.
Buat cekodok pisang ini walaupun nampak senang tapi ada juga yang buat tak kena cita rasa. Tak jadi bulat-bulat macam ni.
Sebenarnya nak dapat cekodok pisang yang elok kejadian bulat cantik ada caranya. Dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak boleh ikut cara ini ya.
Cara buat cekodok pisang yang elok bulat
Aktiviti buat cekodok, nak siap tiga kilo tepung sampai lenguh pinggang. Apa pun alhamdulillah dah siap. Memandang ramai yang nak resipi, saya share.
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 kg pisang masak ranum
3 cawan gula(boleh kurangkan)
2 sb soda bikarbonat
1 sb garam
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng.
Cara membuat:
1. Masukkan soda bikarbonat dalam tepung dan gaul rata. Ketepikan.
2. Kisar pisang, gula dan garam.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam tepung. Gaul sebati.
4. Bancuhan macam buat cekodok biasa, jangan terlalu cair.
5. Untuk dapatkan cekodok yang bulat, masak dalam minyak yang betul-betul panas menggunakan guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali (penggunaan soda bikarbonat juga akan buat cekodok jadi bulat)
6. Bila dah masak angkat dan tos.
Sukatan untuk kuantiti sederhana
Ini pula untuk bahan buat cekodok dalam jumlah yang sederhana. Bahan-bahannya;
500gm tepung gandum
7 biji pisang(ikut suka)
1 1/2 cawan gula(ikut suka)
2 sk soda
2 sk garam
3 cawan air.
Pokok betik ini antara yang selalu kita tanam di sekitar rumah. Sebab penanamannya mudah sangat. Kebiasaannya kita akan terus tabur saja biji betik ini, nanti akan naiklah anak pokok.
Tapi sebenarnya tak semudah itu. Memang lepas tabur anak pokok akan tumbuh cuma, ada kemungkinan besar pokok betik yang tumbuh ini tak akan berbuah, hanya berbunga saja.
Sebabnya kita main tabur saja biji benih tanpa pilih dulu. Biji benih betik ini ada yang jantan dan betina, kalau tanam yang jantan pokok hanya berbunga tapi takkan berbuah.
Sebab itu kita kena pilih biji benih betina. Tip pilih biji benih betik ini dikongsi oleh Ardi Tani.
Tanam betik jangan terus tabur biji benih
Nak tanam betik, jangan main tabur semua biji. Kita boleh buat pemilihan yang mana betina, yang mana jantan seawal biji benih lagi.
-Gambar di atas adalah biji benih dari separuh buah betik. Yang sebelah kiri warnanya hitam dan yang belah kanan warnanya kurang gelap.
– Kebiasaannya yang hitam gelap adalah biji benih betina dan yang kurang gelap itu pula biji benih jantan.
-Supaya pokok betik hasilkan buah, kita kena semai biji benih betina yang sebelah kiri.
-Untuk hasilkan bunga tanamlah yang belah kanan.
Info
Sebelum semai basuh biji benih untuk buang selaput luar dan jemur hingga kering kemudian barulah disemai.
Ketika ini situasi banjir di beberapa negeri masih lagi belum pulih. Malah ada tempat yang terus dinaiki air. Dalam hal ini pelbagai cara dikongsi oleh pemilik rumah untuk memastikan risiko banjir kepada harta benda dikurang.