Geran kereta atau geran kenderaan dokumen yang perlu ada pada pemilik kereta. Ia bukti menunjukkan pemilik berdaftar satu-satu kenderaan.
Dokumen ini jual wajib ada masa nak jual, beli, atau pindah milik kereta. Tanpa geran ini sukar untuk sahkan status pemilikan kereta itu.
Sebelum ini ramai yang berkira-kira untuk dapatkan geran ini kerana terpaksa berurusan di kaunter JPJ yang biasanya memakan masa yang lain.
Tapi sebenarnya geran ini boleh didapati dengan cara yang lebih mudah. Tak perlu menunggu lama kerana kemudahan mesin khas di JPJ untuk mendapatkan geran ini.
Cara Dapatkan Geran Kenderaan Tak Perlu Ke Kaunter
Ads
Jika mahu dapatkan salinan geran kenderaan, tak perlu isi borang pun cuma pergi dekat mesin JPJ dan ikut cara di bawah;
1) Tekan bahasa,masukkan kad pengenalan dan guna fingerprint.
Ads
2) Kemudian pilih salinan kenderaan,masukkan nombor pendaftaran plat kenderaan.
3) Bayaran dikenakan sebanyak RM20,bayaran hanya boleh gunakan kad ATM bank sahaja.
Ads
4) Tunggu sehingga salinan siap di proses,dan siap.
Senangkan, simpan dalam fail supaya tak hilang.
Pandemik Covid-19 menyaksikan banyak keluarga terjejas sumber pendapatan mereka. Ramai yang perlu berjimat dalam segala hal untuk meneruskan kehidupan. Dalam situasi sukar ini Lotus’s atau sebelum ini dikenali sebagai Tesco Malaysia sentiasa ada di sisi.
Memahami kesukaran mereka yang terjejas, harga barang yang ditawarkan tidak dinaikkan atau dengan kata lain harganya kekal sama terutama sekali untuk barang keluaran Lotus’s sendiri.
Lebih menarik Lotus’s sebenarnya menawarkan pelbagai rangkaian barangan keperluan harian dari jenama ini, jadi semuanya boleh kita beli dari satu bumbung. Jimat masa dan tenaga.
Barangan dapur
Terdapat pelbagai barangan dapur dari jenama Lotus’s, ini termasuk bahan asas memasak, makanan sejuk beku, makanan ringan, bijirin, air, biskut dan sebagainya. Antaranya Lotus’s Garam Kasar Beriodin, Lotus’s 3 in 1 coffee, NaxNax Biskut Krim Kraker, Keropok Kentang Lotus’s dan pelbagai lagi.
Lotus’s Mild 3 in 1 Coffee RM7.99
Kaum ibu yang mahu penyediaan makanan mudah sedia juga ada pelbagai pilihan, antaranya Lotus’s Chicken Lasagna, Lotus’s Minced Chicken, Lotus’s Coleslaw, Lotus’s Cereal Flakes dan banyak lagi. Malah produk-produk ini juga telah ditambah baik demi kepuasan pengguna.
Lasagna Ayam RM6.99
Produk kebersihan diri dan rumah
Ketika pandemik ini produk pembersihan diri dan juga rumah memang jadi keperluan dan keutamaan. Jadi kena pilih produk yang harga berpatutan dan yang penting berkesan. Produk ini memang tersedia di Lotus’s antaranya Aliv Senses Handwash, dan Lotus’s Disinfecting Multi Surface Wipes yang formulanya diperbaiki.
Lotus’s Disinfenting Multi Surface Wipes RM5.99
Selain itu ada juga produk pembersihan rumah Lotus’s Laundry Liquid Detergent, Lotus’s Toilet Bowl Cleaner. Tidak ketinggalan barangan untuk kebersihan diri seperti Aliv Senses Hair Shampo dan juga perapi rambut dari jenama sama.
Bagi ibu bapa yang memiliki anak kecil terdapat juga pilihan lampin pakai buang Cute & Care Baby Pants dengan pelbagai saiz. Lampin pakai buang ini juga dipertingkatkan kualitinya demi anak-anak yang menggunakannya setiap hari.
Lampin pakai buang ini lebih cepat menyerap lembapan supaya bayi sentiasa rasa kering dan selesa. Selain itu lampin pakai buang ini juga mempunyai pita pelekat di pinggang yang lembut dan mudah dibuka.
Apa yang disenaraikan di atas hanya sebahagian saja daripada jenama Lotus’s. Ada banyak lagi pilihan barangan yang ditawarkan dengan kualiti setanding dengan jenama lain. Walau pun harga mungkin ada perbezaan atau berubah dari semasa ke semasa tapi yang pasti ia tetap mampu milik.
Lotus’s sejak daripada dulu memang amat menitik beratkan kualiti sebab itu produknya sentiasa ditambah baik. Malah, sekiranya ada barangan yang tidak menepati kepuasan, Lotus’s sedia memulangkan semula wang atau menggantikannya.
Lebih 20 tahun di Malaysia membantu menyediakan barang keperluan rumah Lotus’s sentiasa berusaha memberi yang terbaik keperluan keluarga Malaysia.
Ramai yang punya hobi bercucuk tanam di rumah. Punya seronok tengok pokok atau sayuran yang ditanam bercambah. Tapi ada juga yang dah lama tanam dan dijaga namun tak juga mengeluarkan hasil atau berbuah.
Untuk tanaman begini elok gunakan tip yang dikongsi oleh Malmisa Swak Lis Lis. Mudah saja cuma siram dan sembur tanaman yang tak berbuah ini dengan air booster yang dibancuh menggunakan MSG atau Monosodium glutamate. Selain untuk menyedapkan masakan, MSG ini juga berguna untuk tanaman ya.
Perkongsian ini dibuat selepas dia melihat hasilnya.
Air booster untuk pokok
Bukan kita saja kena booster tanaman pun sama. Saya dah cuba dan inilah hasilnya. Kelebihan air bancuhan MSG ini ialah;
– Menyubur pokok yang susah berbunga dan berbuah
– Daun sayur akan membesar dua kali ganda dari saiz asal
– Pokok membesar lebih cepat
Cara bancuhan
Ambil 1 sudu serbuk MSG (15g)campur dengan 5 liter air. Bancuh dalam baldi.
2. Peram semalaman
4. Keesokan hari barulah boleh digunakan. Siram terus ke tanah dan sembur sedikit pada daun.
5. Siram dengan air booster ini sekali seminggu saja. Jangan terlebih siram hari-hari.
Air booster ini sesuai untuk pokok sayur dan juga bunga. Selepas seminggu baru booster buat kerja dan nampak hasilnya.
Koleksi bra/coli dan seluar dalam wanita selalunya banyak, sama juga dengan koleksi yang sudah tak muat.
Selalunya yang dah tak muat atau tak selesa kita akan simpan saja dalam almari kerana tak tahu macam mana nak melupuskannya.
Nak buang dalam tong sampah memang rasa tak selamat, maklumlah pakaian dalam adalah barang yang sangat peribadi. Mungkin juga boleh disalahguna oleh mereka yang ada niat tak baik.
Selain itu ada juga yang membakar bra dan panties lama, namun cara ini akan menyebabkan pencemaran dan juga mungkin bahaya. Mana mungkin nak membakar kalau duduk di rumah apartment atau teres. Tak logik pula.
Nak hantar hantar ke pusat recyle memang tak lah kan. Takkan nak derma coli yang pernah kita pakai.
Jadi bagaimana nak lupuskan coli dan panties lama kita? Paling selamat boleh ikut perkongsian dari blog ini.
1. Untuk bra/coli, keluarkan dawainya lalu gunting jadi potongan yang kecil seperti kain perca.
2. Kaedah yang sama juga boleh dilakukan untuk seluar dalam.
3. Selepas dipotong kecil boleh dibuang dalam tong sampah. Kalau rasa tak selamat juga, bahagikan potongan bra dan panties ini kepada beberapa bungkusan, sebelum dibuang dalam tong sampah. Lebih elok buang tong sampah yang khusus untuk kitar semula fabrik.
Jadi bolehlah ambil masa, kumpul dan gunting koleksi bra dan seluar dalam lama korang ya sebelum dibuang. Kalau ada cara lain boleh juga kongsikan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...