Cara mudah dapatkan sulur ubi keledek untuk tanam, boleh cambah tepi tingkap dapur saja. Kalau suka makan ubi keledek tak kiralah keledek manis, Jepun dan sebagainya bolehlah usahakan untuk tanam sendiri ikut tip ini.

Untuk mendapatkan benih atau sulur ubi keledek untuk tanam pun mudah sangat. Tak perlu beli benih bagai, kita sendiri boleh cambah tepi tingkap dapur. Beli keledek di kedai runcit untuk hasilkan benih pun boleh. Kaedahnya mudah ini dikongsi oleh Tariq Syahman.

Cara dapatkan sulur ubi keledek untuk tanam semula

1. Beli ubi keledek yang nak ditanam dari kedai/pasaraya/online.

2. Baringkan ubi dalam bekas berisi 3-4cm air.

Ads

3. Letak di tempat redup. Tepi tingkap dapur yang masuk cahaya matahari pun boleh.

Cara Mudah Dapatkan Sulur Ubi Keledek Untuk Tanam, Cambah Tepi Tingkap Dapur Saja

4. Dalam masa 1-2 minggu, sulur akan mula keluar daripada ubi.

Ads

5. Selepas 1-2 minggu sulur keluar, cabut sulur dari ubi dan tanam ke tanah/pasu.

6. Ubi tadi biarkan saja di dalam air untuk keluarkan lebih banyak sulur, sampai ubi jadi kering.

Ads

7. Sebiji ubi boleh hasilkan 20-30 sulur.

6. Cara dapatkan sulur ubi keledek ini  boleh digunakan untuk berbagai-bagai jenis ubi. Cubalah.

Cara Mudah Dapatkan Sulur Ubi Keledek Untuk Tanam, Cambah Tepi Tingkap Dapur Saja

TIP

  • Anak pokok keledek ini boleh dipindahkan dalam pasu, atau batas. Nak lagi mudah boleh juga tanam dalam guni plastik.
  • Untuk menggalakkan pokok ubi keledek yang ditanam keluarkan ubi, kena gunakan baja yang kandungan kalium/potassium tinggi.
  • Kalau hanya siram air basuhan beras, air kulit bawang, memang tak jadi kecuali tanah  memang dah ada unsur kalium/potassium yang tinggi.

Sumber: Tariq Syahman.

Baca artikel: Tip Tanam Keledek Jepun Dalam Pasu Jika Nak Banyak Isi, Tanah Jangan Padat! Ini Sukatannya

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI