Selepas 27 tahun rakyat negara ini bebas dari ancaman virus polio, baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes polio di Sabah. Ia membabitkan seorang bayi yang berusia 3 bulan.
Memandangkan ia adalah penyakit yang sudah lama pupus di negara kita maka ada baiknya kita ambil tahu fakta tentang penyakit polio yang semakin dilupakan ini.
Ibu bapa khususnya perlu ambil tahu tentang 5 perkara ini yang dipetik dari portal Myhealth
Polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat. Virus polio lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian. Walau bagaimanapun virus ini boleh menjangkiti orang dewasa.
Virus liar polio (wild polio virus – WPV) masih endemik di tiga buah negara (Afghanistan, Pakistan dan Nigeria). Beberapa buah negara lain juga dijangkiti virus ini kerana pergerakan manusia. Selagi terdapat negara yang menyebarkan WPV, semua negara masih berisiko dijangkiti.
Agen penyebab: Poliovirus jenis 1, 2 dan 3 (genus Enteroviruses). WPV jenis 2 telah dibasmi semenjak tahun 1988.
Jangkitan berlaku dari orang ke orang melalui transmisi faecal-oral. Ini bermaksud kontaminasi dengan najis dari individu yang dijangkiti. Namun, wabak polio jarang berlaku disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar kerana 95% kes yang dijangkiti tidak akan mengalami gejala.
Jangkitan virus polio biasanya berlaku dalam saluran gastrousus (GI) dan merebak ke kelenjar limfa setempat. Dalam kes tertentu ia merebak ke sistem saraf pusat.
Tempoh pengeraman: 7 hingga 14 hari sebelum gejala timbul. Ia boleh berlaku seawal 3 hari.
Seramai 95% kes tidak menunjukkan gejala dan tubuh membentuk antibodi memberi perlindungan sepanjang hayat. Manakala 5% lagi menunjukkan tanda dan gejala selesema dan kemudiannya pulih semula.
Kurang dari 1% kes yang dijangkiti virus polio menyebabkan penyakit lumpuh yang menjejaskan sistem saraf.
Tanda dan gejala ringan yang terdapat dalam 5% pesakit yang dijangkiti adalah demam, malaise (letih dan lesu), sakit kepala, loya dan muntah.
Pesakit boleh menjadi lumpuh sekiranya virus ini menyerang sistem saraf pusat. Pesakit akan mengalami sakit otot dan kaku di bahagian leher dan belakang.
Lumpuh biasanya tidak simetri (bukan pada kedua-dua belah anggota) dan pesakit mengalami demam sebelum lumpuh peringkat awal. Kaki lebih kerap terjejas berbanding tangan.
Otot pernafasan dan/atau otot menelan menjadi lumpuh sehingga boleh mengancam nyawa. Kelumpuhan anggota badan adalah kekal.
Tiada rawatan khusus. Rawatan diberikan semasa fasa akut sehingga ke peringkat komplikasi lumpuh. Peralatan pernafasan diperlukan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan otot pernafasan.
Terapi fizikal dilakukan untuk memaksimumkan fungsi otot selepas menjadi lumpuh bagi mencegah kecacatan lain yang muncul lewat.
Jenis vaksin: terdapat dua jenis vaksin polio iaitu Oral Polio Vaccine (OPV) yang dititiskan ke dalam mulut dan Inactivated Polio vaccine (IPV) yang diberi secara suntikan.
Bilangan dos: 3 dos prime dan 1 dos tambahan.
Jadual: diberi ketika berumur 2, 3, dan 5 bulan dengan dos tambahan pada umur 18 bulan (Jadual Imunisasi Kebangsaan di Malaysia).
Kontraindikasi: Tiada
Pengembara: Mereka yang hendak mengembara ke negara yang endemik atau sedang mengalami jangkitan WPV, dinasihatkan untuk mendapatkan pelalian polio selewat-lewatnya 4 minggu sebelum berlepas.
Langkah berjaga-jaga khusus: Individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunocompromised) hendaklah mengambil vaksin IPV. Vaksin OPV yang mengandungi virus polio yang dinyahaktifkan boleh bertukar menjadi aktif dan menyebabkan penyakit kepada mereka yang immunocompromised ini.
Bila pilih ayam untuk dibuat lauk dah tentu kita mencari yang segar saja. Tapi masalahnya bila kita simpan lama dalam freezer ayam ini dah jadi kurang segar.
Sebenarnya ada petua mudah yang boleh kita praktikkan untuk memastikan isi ayam ini kembali segar dan kemerahan. Caranya dikongsi oleh Rohaida Ieda.
Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar
1) Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.
2) Biarkan selama 5 minit.
3) Cuci ayam seperti biasa.
4) Isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar
Tip ekstra
-Boleh juga letak renjis sedikit cuka bersama garam untuk menghilangkan bau hanyir dan juga lemak pada ayam.
-Selain juga, penggunaan tepung gandum yang dilumur pada ayam juga boleh menghilang bau hanyir.
Sebelum ini pernah viral info tentang wang tak dituntut. Tapi dulu kita kena pergi ke agensi yang terbabit untuk semata-mata untuk periksa ada atau tidak wang tersebut.
Sekarang lebih mudah boleh buat secara online saja. Tak perlu beratur pun. Cubalah mana tahu ada rezeki terpijak macam wanita ini yang dapat lebih RM3 ribu. Boleh juga buat belanja atau simpan. Caranya dikongsi oleh Nurazlina Aini Mahamad.
Rasanya pernah viral pasal wang tak dituntut ni 2-3 tahun lepas. Tapi tak ambil pusing sangat. Entah kenapa tiba-tiba pagi tu tangan ringan je register masuk nak tengok. Senyum sampai telinga.
Kalau belum check wang tidak dituntut, cepat cepat pergi check. Mana tau ada duit terpijak jugak. Apapun, semestinya itu duit dan hak kita. Ada sikit boleh simpan bank, ada banyak terpaksalah bekukan tukar jadi emas. Since ada yang tanya nak check kat mana, ni saya kongsikan :
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...