
Sayur jenis daun memang tak tahan lama kalau diletak begitu saja dalam peti sejuk. Selalu 3 hari dah layu. Tapi kalau ikut cara yang dikongsi oleh Huda Zainal, daun kunyit dan kesum yang disimpah lama pun masih segar.
Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.
Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.
Caranya
Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.
Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
Cover atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam refrigerator.
Selamat mencuba!
Sumber: Huda Zainal
Jika Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans, Ini Cara Untuk Kita Tuntut Ganti Rugi

Anda memandu dengan cermat namun malang tidak berbau anda terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta. Kereta anda remuk dan anda sendiri kecederaan hingga patah kaki.
Bila terjadi kemalangan begini kita biasanya akan menuntut ganti rugi Insurans Pihak Ketiga daripada pelanggar.
Tapi macam mana kalau pihak yang melanggar tiada perlindungan insurans? Lebih serius, pihak yang melanggar tidak punya wang untuk membayar kerosakan atau pun bil untuk rawatan anda. Jadi apa yang perlu kita buat?
Boleh tuntut menerusi MIB
Mungkin ramai tak tahu sekiranya pihak pelanggar tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans, anda boleh menuntut ganti rugi menerusi Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia yang lebih dikenali dengan MIB.
Berikut adalah cara-cara untuk anda tuntut ganti rugi jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak mempunyai insuran.
- Hantar tuntutan ganti rugi anda ke MIB atau anda boleh lantik peguam bagi pihak anda.
- Pastikan anda ingat nombor plat kenderaan yang melanggar anda. Kes langgar lari yang tiada nombor plat tidak akan diproses oleh MIB.
- Tuntutan mestilah dihantar dalam tempoh tiga (3) tahun dari hari kemalangan.
- MIB hanya akan membayar ganti rugi jika berlaku kemalangan terhadap diri sendiri.
Kerosakan kenderaan dan barang peribadi tidak akan dibayar ganti rugi.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Surat rasmi tuntutan anda yang mengandungi butiran dan maklumat kemalangan.
- Laporan polis
- Laporan polis dari pihak ketiga (jika ada)
- Laporan perubatan
Hantar dokumen lengkap tersebut ke alamat berikut:
Motor Insurers’ Bureau Of West Malaysia
Wisma Piam, No. 150-3, 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50782 Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel : +60 3-2274 7395
Jumlah bayaran yang diberikan oleh pihak MIB adalah tertakluk kepada pertimbangan MIB dan berkemungkinan besar pampasan yang diterima tidaklah sebanyak yang kita jangkakan daripada polisi insurans pihak ketiga. Tapi lebih baik daripada tiada apa-apa langsung kan?
Sumber: Asklegal.my & careta.my
Sukatan Bahan Masak Mi Goreng Untuk 60 Orang Makan

Bulan Syawal ini ramai yang buat rumah terbuka atau atau ajak sahabat handai datang ke rumah. Untuk acara begini ada yang pilih untuk masak sendiri hidangan.
Tapi untuk masak sendiri dalam kuantiti banyak bukan semua tahu. Jika salah satu menu adalah mee goreng boleh gunakan resipi perkongsian Nur Ismail. Resipi ini dah ada sukatan untuk 60 orang makan. Jadi boleh ikut saja.
Cara masak mi goreng untuk 60 orang makan
Bahan-bahan:
12 bungkus mi kuning
60 ekor udang sederhana besar
4 bungkus fishcake -potong nipis
2 kilo sawi Cameron -potong kecil
1 kilo kobis -potong kecil
20 keping tauhu -digoreng dan potong kecil
400 gram minyak masak
1/2 kg bawang besar -kisar halus
2 labu bawang putih -kisar halus
400 gm cili giling
400 gm sos tomato
300 gm sos cili
400 gm kicap manis
6 SB kicap pekat
6 SB gula
4 SB garam
12 SB stok ayam
800 gram air
Bahan hiasan
12 biji telur -goreng dadar dan potong halus
RM5 daun sup dan daun bawang -potong halus
1 paket sederhana bawang goreng
Cili merah -dihiris
Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan cili giling, kacau hingga naik minyak
4. Masukkan air 200gm
5. Masukkan batang sawi, kacau hingga layu
6. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air kacau rata.
7. Masukkan udang dan fishcake, kacau rata
8. Masukkan sawi, kobis, mi dan tauhu
10. Kacau lagi dan kaup balik hingga sebati dan masak
INFO
- Saya goreng 2 kali jadi semua bahan-bahan dibahagi dua.
- Masukkan dalam bekas hias dengan hirisan telur dadar, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah
Selamat mencuba
Sumber: Nur Ismail
Semai Pokok Betik Ikut Cara Ini Kalau Tanam Sekitar Rumah Supaya Tak Meninggi

Pokok betik antara pokok buah yang selalu ditanam di kediaman. Tanam tepi rumah pun menjadi kerana ia mudah hidup dan dijaga.
Bagi yang berminat untuk tanam di sekitar rumah namun belum tahu cara yang betul penanaman betik, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaiton Hamid ini.
Cara semai biji benih dan tanam anak pokok betik
Pokok betik merupakan pokok yang boleh hidup lama jika dijaga dengan baik. Ilmu ini saya dapat dari seorang rakan.
Cara semaian biji betik
- Rendam biji betik dalam air suam lebih kurang 3 jam atau jemur di tengah panas hingga kering.
- Biji betik mengandungi gel pelindung maka kita perlu hilangkan gel itu dulu supaya mudah bercambah. Kalau tanam biji yang kering, dalam seminggu dua biji benih sudah bercambah jadi anak pokok. Berbanding yang tak dikeringkan yang akan ambil masa lebih lama.
- Setelah kering, taburkan biji tersebut di tapak semaian.
- Siram 2 kali sehari untuk proses penumbuhannya.
- Tunggu sehingga anak pokok tumbuh.
Tip pilih biji benih betina supaya berbuah

Sewaktu pilih biji benih pastikan pilih biji benih betina supaya pokok berbuah. Caranya cari biji betik yang berwarna hitam.
Artikel Berkait: Cara Betul Pilih Biji Benih Betik Supaya Pokok Yang Ditanam Berbuah
Ataupun guna cara ini;
– Rendam biji betik yang baru diambil daripada buah ke dalam gelas yang berisi air dan kacau.
– Buang biji yang terapung kerana biji yang terapung itu adalah biji benih jantan.
– Ambil biji yang tenggelam dan keringkan bawah panas matahari.
Cara tanam anak pokok & tip supaya pokok berbuah rendah

1. Pindahkan anak pokok ke tempat yang sesuai.
2. Pastikan menanam anak pokok betina untuk mendapatkan buah, jika tanam anak pokok jantan maka bunga sahaja yang akan keluar tapi buah tiada.
3. Untuk membezakan anak pokok betik jantan atau betina lihat pada akarnya.
– Akar memanjang ke bawah jantan (tak perlu tanam kerana tak berbuah)
– Akar berselerak betina (tanam dan tunggu hasilnya)
4. Pokok betik perlukan banyak air untuk proses tumbesarannya, maka siram 2 kali sehari namun pastikan jangan sampai air bertakung nanti pokok mati.
5. Tip jika mahu pokok betik berbuah rendah, tanam batang pokok semuanya dalam tanah sewaktu semai anak benih. Biar tinggal sikit saja bahagian batang kat bahagian atas.
Semoga bermanfaat
Sumber: Zaiton Hamid