Kalau Pintu Rumah Jenis Tombol, Elok Tukar. Doktor Jelaskan Sebabnya
Pintu rumah jenis tombol sebenarnya kurang sesuai terutamanya di rumah ada warga emas, ahli keluarga OKU atau kanak-kanak.
Alasannya boleh ikut perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini. Semuanya demi kemudahan dan keselamatan golongan di atas.
Disarankan Tukar Pintu Rumah Jenis Pemegang
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik atau rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
▪️ Lebih mesra warga emas ada masalah sendi
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
▪️ Mudah diguna oleh kanak-kanak
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
▪️ Tombol sukar pulas jika tangan basah
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombol menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
▪️ Boleh diguna OKU yang tiada jari atau sebahagian tangan
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
▪️ Kegunaan ketika keadaan genting
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Pilih untuk pili juga
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Ramai yang beberapa kali cuba tanam pokok kesum tapi tak menjadi. Awalnya nampak subur tapi akhirnya layu dan mati.
Jangan putus asa, apa kata kali ini cuba kaedah yang dikongsi oleh Ibrisam Wossali. Kadar peratusan pokok kesum untuk hidup dengan kaedah penanaman ini sangat tinggi. Insya-Allah hidup.
Tanam pokok kesum dalam polibeg rendam air, lagi senang hidup
Sebenarnya dah banyak kali mencuba semai pokok kesum berbagai cara, tapi kaedah ini paling sesuai sebab peratus semaian hidup sangat tinggi. Caranya mudah saja;
1. Semai dalam polibeg kecil, masukkan media dan tanam guna pucuk atau keratan batang.
Kerat separuh daunnya
2. Kemudian letak polibeg tadi dalam bekas berisi air. Rendam separuh bahagian polibeg.
3. Letak tempat teduh. Tujuan rendam polibeg supaya tanah sentiasa basah.
4. Alhamdulillah 2 minggu dah hidup dan dah mula berpucuk baru. Akar pokok pun dah nampak keluar dari polibeg. Waktu ini dah boleh alihkan ke tanah ataupun ke dalam pasu lain.
Rendam atau goreng, ini antara dua cara masak mi segera yang biasa. Apa kata kita cuba cara yang lain daripada yang lain. Maggi sambal cobek, kalau suka pedas memang layan sangat.
Bahan-bahan: 1 orang makan
1 pek mi segera (Maggi Kari)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah (kecil)
1 tangkai cili
1 butir telur
1 biji limau kasturi
Cara membuat:
1. Bahan segar, kita potong jadi kecil sikit, kemudian tumis dalam minyak. Tumis sampai bahan-bahan ni berwarna keemasan. Itu tandanya luaran dia terkaramel.
2. Lebih kurang macam ni kira dah boleh angkat. Bahan-bahan ni dah jadi beraroma dan lembut. Sekarang kita gesek bahan-bahan ni atas cobek. Guna lesung pun boleh.
3. Oleh kerana kita dah goreng dulu, bahan-bahan ni mudah lumat. Ini kalau perah limau dan tabur garam pun dah padu ni. Cuma, kali ni kita nak masak Maggi, jadi bertahan dulu.
4. OK, tumis serbuk ⅔ perencah kari dari pek Maggi. Ini kali pertama saya guna perencah kari ni dalam perkongsian. Kita gunakan sikit sahaja sebab nak buat kuah pekat. Takut jadi masin.
5. OK masukkan bahan yang telah dilumatkan tadi. Letak secawan air, dan reneh sampai mendidih.
6. Dah mendidih, masukkan mi kering ni. Eh, macam tak cukup air je. OK tambah sikit lagi ikut kesesuaian. Ada orang suka celur dan tos mi ni asing. Boleh juga. Hari ni hari malas saya, jadi saya letak je terus dalam kuali.
7. Pecahkan sebiji telur. Reneh. Tutup kuali suapay telur ceoat masak dan mi cepat kembang. Saya nak mi ni nanti kuahnya pekat dan likat. Tak mahu macam sup. Sebab itu saya tambah air sikit demi sedikit.
8. OK mi dah kembang, dan telur pun dah masak. Kuah dia ngam-ngam seoerti yang saya mahu. Dah boleh tutup api.
Tada! Hidang dalam cobek tadi je lah. Malas cuci banyak perkakas dapur. Mi ni rasa dia pedas, berlemak(bawang putih),manis(bawang terkaramel) dan berempah(kari). Kalau perah limau, syahduuu!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...