Duit tak keluar di ATM waktu buat pengeluaran atau duit kena ‘telan’ waktu nak masukkan duit ke dalam akaun. Ini antara situasi ‘cash jammed’ yang boleh berlaku pada kita sewaktu menggunakan mesin ATM.

Mestilah kita gelabah tambah pula kalau melibatkan duit wang yang banyak. Situasi ini memang ada terjadi, maklumlah mesin pun macam manusia akan ada waktu ia tidak berfungsi dengan baik.

Sebab itu kita kena tahu apa yang perlu dilakukan supaya kita dapat Kembali wang kita. Jika cash jammed ini terjadi pada kita, lakukan perkara berikut;

Apa perlu buat kalau duit tak keluar di ATM atau cash jammed

1. Ambil Gambar Paparan Skrin ATM

Jika terpapar mesej seperti “cash jammed” atau sebarang ralat, ambil gambar skrin sebagai bukti. Gambar ini akan membantu pihak bank mengesahkan bahawa benar berlaku masalah semasa transaksi.

Ads

2. Ambil Gambar Nombor ID Mesin ATM

Setiap mesin ATM mempunyai nombor ID unik yang biasanya tertera di bahagian atas atau sisi mesin. Gambar ini penting kerana pihak bank akan merujuk ID tersebut untuk menjejak transaksi bermasalah.

Duit Tak Keluar Di ATM Waktu Buat Pengeluaran, Ini Yang Perlu Kita Lakukan Untuk Semula Wang

3. Simpan Resit atau Catat Maklumat Transaksi

Jika mesin mengeluarkan resit, simpan resit tersebut. Jika tidak, segera catat maklumat seperti tarikh, masa, lokasi cawangan, dan jumlah wang yang dimasukkan.

Ads

4. Hubungi Khidmat Pelanggan Dalam Tempoh 24 Jam

Segera hubungi pusat khidmat pelanggan bank dan buat laporan. Minta nombor rujukan laporan sebagai bukti bahawa aduan telah dibuat.

5. Catat Nama Pegawai dan Nombor Laporan

Simpan nama pegawai yang mengendalikan aduan serta nombor laporan. Ini penting untuk rujukan jika perlu membuat susulan.

Ads

6. Kunjungi Cawangan Jika Berlaku Pada Hujung Minggu

Jika insiden berlaku pada hari cuti atau hujung minggu, pergi ke cawangan terdekat pada hari bekerja. Isi borang “cash jammed” dan simpan salinan borang sebagai bukti rasmi.

Biasanya wang akan dikreditkan semula dalam tempoh 3 hingga 14 hari bekerja, bergantung kepada semakan pihak bank.

Sumber: Mohd Azzmie

Baca Lagi: Simpan Duit Selamat, Perancang Kewangan Saran Simpan Setiap Bulan Di Sini

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI