Tanam pokok buah dan sayur keliling rumah tapi ada masalah daun kerinting dan dimakan ulat, pokok buah pula hasilnya banyak yang busuk.
Biasanya atasi masalah ini, kita sembur racun atau air semburan yang dibuat sendiri. Tapi kalau kedua-duanya tiada, boleh juga guna paracetamol untuk merawat pokok ini.
Ya betul, paracetamol yang kita selalu guna untuk sakit demam tu. Ia juga boleh digunakan untuk mengatasi pokok yang ‘sakit’.
Masalah daun dimakan ulat, daun berkerinting, buah selalu busuk itu petanda pokok ‘sakit’. Kalau dah sakit Paracetamol jawapannya. Ambil pil paracetamol sebarang jenama, belah 2 atau 4.
Ads
Tanam dekat dengan pokok yang sakit. Insya-Allah pokok akan sihat, daun pokok segar serta buah tak busuk lagi.
Justifikasinya, pokok akan menyerap bahan dari paracetamol dan menyebar ke seluruh jasad pokok, daun akan menjadi pahit. Waktu ini ulat serta serangga akan hindari pokok tersebut selama mana Paracetamol ada dalamnya.
Ads
Boleh guna paracetamol sebarang jenama, paling baik yang dah tamat tempoh. Daripada buang lebih baik tanam pada pokok sakit.
Belah 2, bergantung pada saiz pokok.
Belah 4, tanam kiri dan kanan pokok.
Ads
Tanam jauh sikit dari pangkal pokok. Bagi pokok dalam pasuan, 6″-9″ dari pangkal pokok. Lebih pun tiada masalah sebab dalam pasu.
Paracetamol akan terlarut secara perlahan, dan diambil pokok secara sikit sikit.
Kalau di rumah ada tanam pokok buah tapi tak nak berbunga dan berbuah, mungkin tiba masa untuk kita buat sendiri baja buah.
Memang boleh beli tapi kalau nak jimat buat sendiri sebab, bahan-bahannya adalah sisa dapur yang memang kita buang. Guna tiga bahan ini saja.
Boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair yang baik untuk buah.
Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)
Kulit pisang (700g)
Kulit udang (belum dimasak) (200g)
Kulit telur (100g)
Bekas besar
Botol plastik 1.5 L
1. Kisar kulit pisang, udang dan telur.
2. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata.
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
4. Peram selama 15 – 20 hari ( seminggu pun boleh guna dah)
Selepas 27 tahun rakyat negara ini bebas dari ancaman virus polio, baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes polio di Sabah. Ia membabitkan seorang bayi yang berusia 3 bulan.
Memandangkan ia adalah penyakit yang sudah lama pupus di negara kita maka ada baiknya kita ambil tahu fakta tentang penyakit polio yang semakin dilupakan ini.
Ibu bapa khususnya perlu ambil tahu tentang 5 perkara ini yang dipetik dari portal Myhealth
Polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat. Virus polio lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian. Walau bagaimanapun virus ini boleh menjangkiti orang dewasa.
Virus liar polio (wild polio virus – WPV) masih endemik di tiga buah negara (Afghanistan, Pakistan dan Nigeria). Beberapa buah negara lain juga dijangkiti virus ini kerana pergerakan manusia. Selagi terdapat negara yang menyebarkan WPV, semua negara masih berisiko dijangkiti.
Agen penyebab: Poliovirus jenis 1, 2 dan 3 (genus Enteroviruses). WPV jenis 2 telah dibasmi semenjak tahun 1988.
Jangkitan berlaku dari orang ke orang melalui transmisi faecal-oral. Ini bermaksud kontaminasi dengan najis dari individu yang dijangkiti. Namun, wabak polio jarang berlaku disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar kerana 95% kes yang dijangkiti tidak akan mengalami gejala.
Jangkitan virus polio biasanya berlaku dalam saluran gastrousus (GI) dan merebak ke kelenjar limfa setempat. Dalam kes tertentu ia merebak ke sistem saraf pusat.
Tempoh pengeraman: 7 hingga 14 hari sebelum gejala timbul. Ia boleh berlaku seawal 3 hari.
Seramai 95% kes tidak menunjukkan gejala dan tubuh membentuk antibodi memberi perlindungan sepanjang hayat. Manakala 5% lagi menunjukkan tanda dan gejala selesema dan kemudiannya pulih semula.
Kurang dari 1% kes yang dijangkiti virus polio menyebabkan penyakit lumpuh yang menjejaskan sistem saraf.
Tanda dan gejala ringan yang terdapat dalam 5% pesakit yang dijangkiti adalah demam, malaise (letih dan lesu), sakit kepala, loya dan muntah.
Pesakit boleh menjadi lumpuh sekiranya virus ini menyerang sistem saraf pusat. Pesakit akan mengalami sakit otot dan kaku di bahagian leher dan belakang.
Lumpuh biasanya tidak simetri (bukan pada kedua-dua belah anggota) dan pesakit mengalami demam sebelum lumpuh peringkat awal. Kaki lebih kerap terjejas berbanding tangan.
Otot pernafasan dan/atau otot menelan menjadi lumpuh sehingga boleh mengancam nyawa. Kelumpuhan anggota badan adalah kekal.
Tiada rawatan khusus. Rawatan diberikan semasa fasa akut sehingga ke peringkat komplikasi lumpuh. Peralatan pernafasan diperlukan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan otot pernafasan.
Terapi fizikal dilakukan untuk memaksimumkan fungsi otot selepas menjadi lumpuh bagi mencegah kecacatan lain yang muncul lewat.
Jenis vaksin: terdapat dua jenis vaksin polio iaitu Oral Polio Vaccine (OPV) yang dititiskan ke dalam mulut dan Inactivated Polio vaccine (IPV) yang diberi secara suntikan.
Bilangan dos: 3 dos prime dan 1 dos tambahan.
Jadual: diberi ketika berumur 2, 3, dan 5 bulan dengan dos tambahan pada umur 18 bulan (Jadual Imunisasi Kebangsaan di Malaysia).
Kontraindikasi: Tiada
Pengembara: Mereka yang hendak mengembara ke negara yang endemik atau sedang mengalami jangkitan WPV, dinasihatkan untuk mendapatkan pelalian polio selewat-lewatnya 4 minggu sebelum berlepas.
Langkah berjaga-jaga khusus: Individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunocompromised) hendaklah mengambil vaksin IPV. Vaksin OPV yang mengandungi virus polio yang dinyahaktifkan boleh bertukar menjadi aktif dan menyebabkan penyakit kepada mereka yang immunocompromised ini.
Risiko beli emas preloved di media sosial, ada tiga sebab kenapa kena berhati-hati sebelum buat keputusan. Harga memang agak murah, tapi jangan sampai tersilap langkah dan menyesal kemudian hari.
Sekarang ini ramai yang berminat untuk beli emas terpakai atau ‘pre-loved’ kerana harganya jauh lebih murah berbanding yang baru. Apatah lagi bila melihat promo emas ini lalu lalang di media sosial, memang mudah tergoda.
Tapi sebelum buat bayaran, penting untuk tahu apa risiko yang menanti jika tersalah beli. Emas bukan barang murah. Jadi, lebih baik kita tahu siap-siap apa yang perlu dielakkan supaya tidak terpedaya.
Tip ini dikongsi oleh mentor kewangan Azizi Ali sebagai panduan untuk kita semua.
Ini risiko yang paling merugikan. Emas yang dijual mungkin kelihatan cantik dan bersinar, tapi sebenarnya bukan emas tulen. Ada kes di mana pembeli tertipu dengan emas palsu, yang sebenarnya hanya disadur sahaja.
Bila nak jual semula, barulah sedar emas itu tidak laku atau langsung tiada nilai. Nak buat aduan pun sukar kerana tiada bukti kukuh pembelian.
Lebih serius, emas pre-loved yang dijual di platform media sosial berkemungkinan mungkin juga dari barang curi. Sekiranya pemilik asal membuat laporan polis dan anda cuba menjual semula emas itu di kedai atau syarikat emas seperti Public Gold (PG), emas tersebut boleh ditahan untuk siasatan.
Pihak polis akan dipanggil dan anda mungkin disiasat sebagai suspek. Bayangkan beli untuk simpan, tapi akhirnya terlibat dalam kes jenayah.
Emas terpakai yang sudah dipakai lama ada kemungkinan rosak, calar atau kemek. Kedai emas atau bank biasanya tidak akan terima emas yang dalam keadaan tidak sempurna.
Kalau terima sekalipun, harga akan ditolak dengan kadar yang tinggi, kadang-kadang boleh cecah 20-30% dari nilai asal. Rugi besar kalau beli tanpa periksa betul-betul.
Sebenarnya bukanlah tak boleh beli emas preloved tapi biarlah daripada sumber yang sah dan dipercayai. Emas bukan sekadar perhiasan, ia juga satu bentuk pelaburan. Jadi elakkan dari beli secara sembarangan terutama melalui media sosial yang tidak dapat dipastikan ketulenannya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...