Masak tempoyak ikan patin memang ramai peminatnya. Ada beberapa cara memasaknya tapi yang ini adalah original dari Pahang. Resipi asal dari negeri ini dikongsi oleh Ieda Ida.
Ia tak menggunakan banyak bahan hanya kunyit, cili, tempoyak dan daun kesum. Tapi rasanya memang terangkat.
Cara masak tempoyak ikan patin original dari Pahang
Resipi original dari Pahang;
Tak letak bawang Tak letak serai Tak letak bunga kantan Tak letak bawang putih
Ads
Hanya empat bahan digunakan selain ikan iaitu;
-Cili
-Kunyit
-Daun kesum
-Tempoyak
Cara memasak
1. Tumbuk cili dengan kunyit, kuantiti cili ikut tahap kepedasan yang diingini.
2. Masukkan ikan, daun kesum dan tempoyak dalam periuk/kuali (kuantiti tempoyak juga ikut kepekatan yang kita suka). Boleh juga masukkan timun tua jika suka.
Ads
3. Masukkan cili dan kunyit yang dah tumbuk lumat tadi.
4. Tuang air dan masak hingga mendidih. Perasakan secukup rasa. Siap
Ads
Selain ikan patin, boleh juga guna ikan talapia, kembung, kerisi, tenggiri), ayam, tulang pun boleh.
Ekstra: Tip pilih tempoyak asli
Mungkin ada yang pernah beli tempoyak tapi rasanya masam dan pahit. Ini mungkin kerana ia sudah dicampur, antaranya dengan pisang. Untuk kenal tempoyak asli mudah saja
– Teksturnya kasar (isi durian)
– Tak terlalu berair
– Tak masam pahit
– Warna durian asli
– Tak berbuih
Korean garlic cheese bread ini memang ramai peminatnya. Rasa lemak dan bawang putih memang buat kita makan tak cukup satu.
Sekarang pun ramai yang menjual roti ini. Harganya dalam RM4-RM6 seketul, memang agak mahal. Jika dalam keluarga ramai yang suka makan, elok sekiranya buat sendiri.
Caranya tak susah mana, gunakan roti bulat untuk buat burger tinggal lagi buat inti. Caranya dikongsi oleh Tyra Manan.
Tengok jeruk betik ini pun dah boleh buat kita kecur air liur. Peminat jeruk memang macam ni.
Kalau teringin dan ada betik di rumah boleh buat sendiri ikut cara yang dikongsi oleh chef terkenal, Chef Asma. Jeruk betik ini tak gunakan pengawet dan rangup, itu yang sedap.
Jika dah mahir, boleh buat jualan, tambah duit poket. Bagi yang nak cuba ini cara membuatnya.
Buat sendiri jeruk betik rangup tanpa pengawet
Bahan-bahan
3 – 4 biji betik mangkal- betik yang keras bukan yang dah masak
3 sudu besar kapur makan
1 cawan cuka
1 cawan gula pasir kasar
5 sudu kecil garam halus
15 biji asam boi putih
20 biji cili padi – ( 10 biji di hiris, 10 biji tak perlu hiris) – boleh kurangkan jika tak suka pedas
Cara membuat
1.Kupas kulit buah betik nipis sahaja. Kemudian potong seperti dalam gambar di atas. Tebal lebih kurang setengah sentimeter, jangan nipis dan jangan tebal sangat.
2. Rendam dengan air paras buah betik sahaja. Masukkan kapur makan, ramas sikit kapur supaya hancur. Rendam selama 1 – 2 jam.
3.Selepas rendam, tos hingga kering bagi kering.
4. Masukkan betik ke dalam bekas, satukan dengan cuka, gula, garam, asam boi & cili padi.
5. Pakai sarung tangan, gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam chiller.
6. Simpan semalaman, enak dimakan sejuk. Simpan di luar pun ok.
TIP
Wajib rendam dengan air kapur supaya betik rangup & pejal.
Pastikan jangan letak air, semasa gaul jeruk betik. Cukup dengan cuka dan gula, ini kerana gula dan betik itu akan berair. Kalau tambah air, jeruk tak boleh tahan lama dan akan menghasilkan buih.
Kalau nak buat jualan, kira sendiri kos, betik murah shj tapi bila jadi jeruk memang dijual mahal. Sedap… krup krap…
Bila cakap tentang bersenam ramai mengeluh mengenangkan kena peruntukkan masa keluar joging, beli alat senaman atau pun pergi gim.
Tapi hakikatnya nak amalkan gaya hidup sihat taklah perlu banyak modal dan masa. Ada saja cara mudah nak bersenam tanpa keluar rumah atau pejabat pun.
Caranya buat senaman panjat atau naik tangga saja. Kelebihan senaman mudah ini punyalah banyak. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan telah senaraikan manfaatnya. Rugi sangat kalau tak buat.
Panjat tangga senaman ringkas sesuai untuk orang bandar
“Jika anda sesak nafas setelah naik tangga 2 tingkat, anda mungkin ada masalah jantung!”
Masalah orang zaman sekarang. Tak ada masa nak bersenam dan tempat nak bersenam. Terutamanya yang tinggal di bandar-bandar. Hasilnya ramai yang ada masalah kesihatan.
Jangan risau! Ada satu senaman ringkas yang sesuai untuk orang bandar macam kau orang ni! Panjat tangga!
1. Memanjat tangga diklasifikasikan sebagai senaman berat, dan membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding berjogging.
2. Memanjat tangga ada senaman yang sesuai untuk orang bandar sentiasa yang kesuntukan masa serta tempat untuk beriadah/bersenam.
3. Memanjat tangga tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan.
4. Memanjat tangga di tempat kerja tidak kelihatan janggal atau seperti membuang tabiat berbanding dengan berlari-lari anak di tempat kerja.
5. Memanjat tangga lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif, jika sesuatu bangunan itu mempunyai 5 tingkat atau kurang.
6. Memanjat tangga memerlukan 8-9 kali lebih tenaga berbanding duduk, dan membakar sekitar 7 kali lebih kalori daripada menggunakan lif.
7. Memanjat 20 anak tangga bakar sekitar 3 kalori, bersamaan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. 1 tingkat mempunyai 17-20 anak tangga.
8. Menuruni 20 anak tangga membakar kalori pada kadar lebih rendah iaitu sekitar 1 kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.
9. Menuruni anak tangga bakar kurang kalori, tetapi menguatkan otot berlainan dengan otot untuk memanjat tangga. Buat keduanya baru seimbang.
10. Memanjat tangga membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.
11. Memanjat tangga dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.
12. Memanjat tangga 7-10 minit sehari menurunkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.
13. Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, 3 kali seminggu. Bersamaan 90 minit seminggu.
14. Memanjat tangga lebih mesra alam sekitar. Ia kurangkan pengeluaran karbon sebanyak 0.3-0.6kg CO2 sehari, melalui penjimatan tenaga operasi lif.
Ha! Dah tak ada alasan, kan?
Nota: Jika kalian ada masalah jantung atau sendi, jumpa dulu doktor sebelum nak cuba senaman panjat tangga.
Kulit bawang putih yang siap dikupas, biasanya kita buang saja tapi buat pengusaha makanan berpantang ini bahan tersebut adalah 'harta' yang sangat bernilai. Sebab...