Tidak dinafikan apabila musim PKPB ini, ramai yang bertukar menjadi seorang yang kreatif.
Pelbagai idea boleh kita baca dan lihat yang dikongsi di alam maya melalui medium media sosial.
Salah satunya adalah perkongsian menarik dari Cik Siti Noor Aziera yang menggunakan bahan terbuang seperti tin terpakai untuk dijadikan pasu bagi meletakkan pokok kaktus.
Ads
Guna tin minuman terpakai.
Apabila disusun, walaupun simple tetapi kelihatan sangat cantik dan menarik. Jadi bagi mereka yang menyukai atau penggemar kaktus, boleh cuba cara dikongsi ini.
Tanam Kaktus Guna Tin Minuman Terpakai
Bahan diperlukan:
Seberapa banyak tin minuman
Pokok kaktus
Cantik disusun kemas.Tin pelbagai warna yang menarik.
Caranya:
Bersihkan tin minuman dan tebuk lubang di bahagian bawah dengan paku untuk pengaliran air daripada bertakung.
Tebuk bawah dengan paku.Letak pokok disukai.
Info Tambahan:
– Gunakan playar untuk membuka penutup tin ini.
– Untuk kaktus, gunakan tin tinggi. Letakkan suku atau separuh dari tin batuan, sepihan pasu pecah atau pasir sungai dulu. Kemudian bahagian atas barulah letak tanaman yang bersesuaian.
Selalu hobi tukar dan make up kereta ni dilakukan oleh lelaki tapi rupanya ada juga orang perempuan yang minat.
Cik Puan Auniantara wanita yang mencari kepuasan dengan hobi ni dan koleksi kereta yang dimiliki oleh dia memang hot lah.
Paling best kereta-kereta tu semuanya dibeli ‘cash’. Mesti ramai nak tau kenapa Cik Puan Auni minat sangat dengan kereta ni. Ini cerita dia.
Ada yg tanya kenapa laa Auni ni minat sngt Sport Car dan Makeup keta rare sangat . Ni Jawapannya…
Uools mesti ada hobi kan… Ada yg hobi dia kumpul barang makeup, ada yg hobi melancong, ada yg hobi dia suka makan, ada yg hobi pelik jenis suka mengumpat. Tapi hobi Auni ni lain sikit…Selain makeup muka sendiri, Auni suka gila makeup keta bagi power, bagi cantik bagi rare.
Antara sebab-sebab Auni suka sportCar, sebab Auni suka bentuk dia, tergoda mak yg paling best part bunyi ekzossss. Meleleh ayaq liuq kalau dengaq… Ni antara keta-keta yg Auni dah beli TUNAI dari standart ..dari rim x da yelek, kaler pun x menarik semua Auni tukaq buat lain make up bgi cun & rare…
Bila dah tak da benda nak di makeup, Auni akan juai dan akan ulang benda yg sama untuk keta lain.. Ni lah Hobi Auni. Auni beli keta CASH, Auni x suka HUTANG, sebab ada interst.. Biar kecik ke buruk ke janji tak HUTANG..Kalau tak mampu atau beban Auni x beli.
Ni lah antara keta-keta yg Auni dapat kumpul syukur sangat2, Alhamdullilah..Jangan Ingat lelaki ja hobi keta perempuan pun ada, Sayalah orgnya…
Honda Civic FD 2.0 keta Pertama setelah 3 bulan buat Bisness beli TUNAI..keta ni asal standrt Hitam Rim x da.. Ni Auni pasang bodykit Mugen RR, buat cat FireRed luaq dlm, Tukaq Rim 18 ??? syok x kira masa ni, dah x da mnda nk makeup Auni juai & beli keta baru..
BMW 350i keta kedua. Selepas juai Honda FD ni, sama juga Auni buat cat warna GreyMetal, Tukaq Full Bodykit M3, Rim sama 18 . Pakai x lama, ada org nak beli jual la, beli keta num 3 lak.
Keta Chevrolet Cruze 1.8 , keta ni asal standart , warna hitam. Auni beli bodykit, beli Rim 18 juga cat tukaq buh kuning sbb minat sbb Transfomer. Cantik tak! Keta ni sedap bawak syok naik. Pakai 6 bulan boring la tukaq warna biru sbb suka pulak kaler mcm Subaru Empreza. Keta ni x juai lg. Hmm rasa nk juai juga sbb dh beli keta yg bawah ni…
Haii miss blue.. boring yellow i tukq warna.. kes tgk subaru punya kaler berkenan tu buat kaler sebiji hehehe.
Ni keta Terkini Auni Nissan 3.5 NISMO Fairlady Z, sebab apa minat keta ni? Sebab nama dia sesuai ngn perempuan, mcm Auni hehehe Fairlady. Keta ni beli standrt juga ,so Auni ubah mcm dlm gambaq ni.. Keta ni paling banyak habis. Duit makeup. Dari tayar smpai ke cat sampai ke rim sampai ke exzos sampai kluaq lebih 15 k untuk makeup sahaja.. Tak juai lg sebab syg sangat2 tapi kalaw nak juai nak upgrade ke GTR.. Doa-doa kan la kot merasa join Group GTR.
Ni keta no. 5, Honda City 1.5 Full Spec keta ni beli & hadiahkan untuk abah tersayang. Tak lupa jasa ibu & abah tercinta.. Tips murah rezeki jangan kedekut ngan ibu bapa, doa dan restu mereka sngt penting.. Ni lah keta2 Auni dan ai lah hobi Auni…
Syok pulak tengok koleksi kereta dia kan. Bukan jutawan pun tapi orang-orang biasa ja tapi Cik Puan Auni ni ada strategi dia sendiri untuk miliki kereta idaman dia. Yang penting dia tak hutang.
Terima bil elektrik yang tinggi setiap bulan memeningkan. Apatah lagi kalau mencecah lebih RM200, kos ini dah tentu menjejaskan perbelanjaan lain.
Untuk mengurangkan bil elektrik ini mahu tak mahu memang kita kena ubah apa yang kita lakukan sekarang. Dan perubahan ini pun sebenarnya bukanlah yang susah untuk dilakukan.
Seperti yang dikongsi oleh Mehmed Aezhad, hanya sedikit tindakan dan perubahan, iaitu tutup suis barang elektrik yang tak digunakan, bil api kediamannya berjaya dikurangkan. Pengurangannya pula lebih daripada separuh, dari RM208.90 kepada RM36.60. Ini yang beliau lakukan.
1. Aircond
Hanya buka 30 minit sebelum tidur dan tutup bila bilik dah sejuk.
Siang memang tak buka aircond.
2. Wifi
On Wifi bila nak guna sahaja. Nak tidur tutup.
3. Lampu
Sebelum tidur tutup semua lampu rumah biar gelap. Lagi gelap lagi senang nak tidur.
4. TV
Aku bukan kaki tengok TV. Tengok Netflix pun dekat laptop itupun jarang (kat sini dah jimat elektrik juga).
5.Plug
Disebabkan pakai MBP (Macbook Pro), sekali caj bateri tahan 12-18 jam.
So, caj 2 jam-3 jam dan tutup suis plug.
6. Tidur rumah orang lain
Weekend balik rumah family or tidur rumah kawan (sesuai untuk yang bujang je ya)
Bila tiba musim haji macam sekarang ini dan lihat pula jemaah yang bakal berangkat ke tanah suci hati kita rasa teruja nak jejak ke sana.
Kalau dah ada hasrat tak perlu tunggu lama, kena mula mendaftar. Jangan risau sangat pasal duit deposit sebab sekarang ada saja cara untuk mudahkan pendaftaran haji cuma kita saja yang tak tahu.
Cara yang paling mudah nak daftar haji tanpa keluar duit adalah melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ya, maksudnya pemilik akaun KWSP tak perlu pun menyediakan deposit RM 1,300 ketika membuat pendaftaran haji seperti biasa dan kemudahan ini juga tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.
Ha menarikkan! Macam mana caranya? Ikut langkat Ini yang VK petik daripada laman web KWSP.
Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) TANPA perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.
Satu lagi, kemudahan ini juga tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap b. Beragama Islam c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00 d. Belum mencapai umur 55 tahun e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja. Untuk emak, anak isteri atau ahli keluarga lain belum boleh lagi.
Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.
1. Pemilik akaun KWSP boleh pergi ke cawangan LTH, Bank Rakyat atau Bank Islam untuk mendaftar haji.
2. Bawa bersama MyKad dan Penyata Ahli KWSP.
3.Maklumkan kepada pegawai TH anda mahu mendaftar haji menggunakan KWSP dan proses pendaftaran haji seterusnya adalah mengikut prosedur semasa LTH.
Meski menggunakan akaun KWSP namun pendaftaran haji ini tidak melibatkan pengeluaran duit dari akaun pun, ia sekarang cagaran saja.
Kemudahan ini sebenarnya sudah ada sejak 3 Januari 2012 lagi ya. Kita saja yang tak tahu.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...