Sehari sebelum raya biasanya, kaum ibu dah sibuk menyediakan rendang. Selalunya dimasak dalam jumlah yang banyak.
Tapi ada juga kejadian malam masak rendang, esok tengah harinya rendang dah basi. Memang geram kan.
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
1. Pilih santan berkualiti
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
2. Tunggu sejuk baru tutup
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
3. Pastikan betul-betul pecah minyak
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
Ads
4. Masak sampai rendang kering
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
5. Kurangkan santan
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
6. Goreng ayam / daging separuh masak
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
Ads
7. Pastikan bekas kering
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
8. Sejukbeku & Asingkan
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Macam-macam resipi boleh dibuat menggunakan mi. Cuma yang paling kerap kita masak dah tentulah mi goreng. Tapi jika nak kelainan boleh cuba mi goreng tauhu hancur yang dikongsi oleh Nurul Ateekah.
Tambah sedap bila rencahnya menggunakan seafood. Menu mi goreng tauhu hancur ini memang jadi kegemaran keluarganya. Rasanya sedap, pedas manis sebati. Boleh cuba ya.
Mi goreng basah seafood tauhu hancur
Bahan-bahan:
500gram mi kuning
Udang saiz sederhana 15 ekor
Sotong 2 ekor saiz besar
Taugeh
Sawi
Tauhu (1 ketul besar dihancurkan)
Tomato 1 biji (dibelah 6)
Kicap manis -7 sudu besar
SOS tiram -1 sudu besar
SOS cili -1 sudu besar
SOS tomato -1 sudu besar
Minyak masak
Serbuk perisa Knorr(jika perlu)
Bahan dikisar
Bawang besar -½ biji
Bawang putih -2 ulas
Cili kering -5 batang (di rendam air panas Dan toskan)
Ikan bilis (1 sudu besar)
Cara membuat
Panaskan minyak masak secukupnya
2. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga kering dan pecah minyak.
3. Masukkan sotong, udang, masak seketika.
4. Kemudian,masukkan ,kicap Manis, sos cili, sos tiram, sos tomato dan tauhu yang telah dihancurkan.
5. Akhir sekali masukkan mi, tauge, sawi, tomato, serbuk perasa. Gaul sebati.
6. Tutup api dan sedia dihidangkan. Lagi sedap makan ketika masih panas.
Pokok bendi ini memang berbaloi tanam. Kalau tanam berbuah tak berhenti, jika betul penjagaannya. Lagi satu cara tanam dan penjagaannya juga cukup mudah.
Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut tip dikongsi oleh Theamrie Arm
Tanam di tanah sekangkang kera tapi bendi buah tak berhenti
Tanam bendi di tanam sekangkang kera tapi bendi buah tak berhenti. Memandangkan ramai tanya macam mana nak tanam bendi, saya beri sedikit tip yang sangat senang.
Tip tanam bendi
Ambil 2 biji benih bendi yg dibeli di kedai. Boleh juga keringkan bendi tua dan ambil benihnya.
2. Masukkan dalam tanah, kedalaman 1 inci saja. Jarakkan 1 kaki kalau nak tanam lebih sepokok (jangan lupa sambil itu selawat)
3. Siram setiap hari benih yang ditanam.
4. Dalam beberapa hari, akan keluar tunas, teruskan rutin siraman setiap hari sampailah pokok bendi besar sedikit.
4. Kemudian barulah bubuh baja sekeliling pokok.
Boleh guna baja ini.
5. Dalam beberapa minggu akan keluar bunga bendi dan boleh lihat hasilnya.
6. Tempoh semai sampai berbuah lebih kurang 7 minggu.
Ramai saja kalangan kita yang masih menerima gaji RM1500 sebulan malah ada yang kurang daripada itu. Keluhan yang selalu didengar kalangan golongan ini adalah kesukaran menyimpan wang memandangkan duit yang masuk ngam-ngam untuk keperluan hidup.
Hakikatnya kalau kita tahu caranya dengan gaji yang sedikit ini kita tetap boleh menyimpan. Perancang kewangan Dr Adam Zubir menerangkan cara untuk menyimpan atau menabung khusus buat mereka yang bergaji RM1500 atau ke bawah.
Teknik 3 bank
Menurut Dr. Adam bagi mereka dalam golongan ini menabung mereka boleh mempraktikkan Teknik 3 Bank.
Teknik ini bermakna mereka perlu ada 3 bank berbeza untuk kegunaan yang berbeza. Boleh guna mana-mana bank yang ada yang memudahkan kita menyimpan.
Apa kegunaan 3 bank ini?
Bank 1 – adalah bank gaji masuk dan bank yang duit di dalamnya kita gunakan untuk keperluan harian seperti beli barang dapur, bayar sewa rumah, loan rumah, minyak kereta, tol dan lain-lain.
Bank 2 – adalah bank untuk entertaiment yang mana duit yang diperuntukkan di dalam bank ini digunakan untuk kita hiburkan diri seperti tengok wayang, makan kat luar, melancon dan lain lain lagi. Perkara ini perlu sebab kita dah penat bekerja dan perlu beri reward pada diri supaya tak demotivated. Even orang kaya pun ada bank ini.
Bank 3 – ini adalah bank yang duit dalamnya adalah untuk simpanan dan pelaburan. Ia tak boleh digunakan sama sekali.
Berapa percent untuk agihkan duit gaji kepada 3 bank ini?
Bila gaji masuk RM1,500 terus agihkan wang masuk dalam 3 bank ini.
-10% untuk bank 2 bagi kegunaan entertaiment
-10% untuk bank 3 bagi investment.
Berapa 10% dari RM1500? Kita cuma agihkan RM150 saja untuk bank 2 dan bank 3. Total hanya RM300 saja. Selebihnya duit gaji adalah untuk keperluan hidup.
Peraturan: Wajib habiskan bank 2, jangan sentuh bank 3
Peraturannya wajib habiskan peruntukan untuk bank 2 bagi hiburan tapi jangan sesekali sentuh duit dalam bank 3 untuk pelaburan.
10 bulan dah ada RM1,500
Hasilnya bila dah 10 bulan kita akan ada simpan RM1,500. Duit ini boleh kita guna untuk laburkan beli unit trust, emas dan sebagainya, tapi JANGAN keluarkan untuk beli handbag baru, telefon baru atau pergi travel dengan duit ini, ‘diharamkan’.
Bagi yang bergaji kecil, inilah teknik yang boleh digunakan untuk menyimpan. Biarpun simpanan kecil tapi yang penting ada!
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...