Diketahui umum asap rokok memberi kesan buruk bukan sahaja kepada kesihatan diri diri, malah kepada orang sekeliling.
Asap ini mengandungi lebih 6,000 bahan kimia yang menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik termasuk kanser, masalah pernafasan dan penyakit jantung.
Meskipun begitu, usaha berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah terutama bagi perokok tegar. Ramai yang sudah mencuba pelbagai cara, tetapi masih belum berjaya meninggalkan tabiat itu sepenuhnya.
Atas sebab ini dalam beberapa tahun kebelakangan semakin banyak teknologi dicipta untuk beri pilihan yang lebih baik kepada mereka.
Antara inovasi terkini diperkenalkan ialah IQOS ILUMA i, yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia oleh Philip Morris Malaysia (PMI).
Ads
Peranti ini adalah sebahagian daripada usaha global untuk menyediakan alternatif yang kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional.
Menurut Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia & Singapura, Naeem Shahab Khan, inovasi ini bukan sekadar soal teknologi, tetapi juga sebahagian daripada usaha jangka panjang untuk mencapai masa depan yang lebih sihat.
Ads
“Sebagai peneraju global dalam usaha menuju masa depan bebas asap rokok, kami berusaha untuk menyediakan alternatif bebas asap rokok yang berasaskan sains.
“Hari ini kami membawa produk ini ke tahap yang lebih tinggi dengan inovasi terkini dalam portfolio bebas asap rokok kami yang menawarkan pelbagai ciri canggih.
Ads
“Inovasi ini memberi peluang kepada kami untuk memperbaharui visi bebas asap rokok kami,” katanya.
Naeem Shahab Khan, Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia & Singapura
Terlebih dahulu dua tahun lalu di Malaysia jenama ini mencetuskan perubahan dalam kategorinya dengan memperkenalkan teknologi pemanasan aruhan (induction-heating) yang memanaskan tembakau dari dalam, tanpa meninggalkan sisa tembakau.
Jelas Naem sepanjang 10 tahun yang lalu, inovasi bebas asap rokok PMI yang disokong oleh sains, telah memberi impak positif kepada jutaan golongan perokok tegar dan individu sekeliling mereka sekaligus membantu mempercepatkan pengakhiran rokok konvensional.
Bagi yang baru nak mula bercucuk tanam, cara yang dikongsi oleh Rose Jepun Laila ini boleh dipraktikkan.
Lebih mudah untuk beginner, semai biji benih dalam cup plastik letak terus dalam polibeg sampai tumbuh daun.
Tip mudah tanam bendi tepi rumah
Untuk makan sendiri, saya tanam 10 polibeg tepi rumah. Cara saya;
Semai dalam cup plastik bila dah keluar 4 helai daun, tanam dalam polibeg bersama cup (rujuk gambar di bawah).
2. Selepas 3 hari, keluarkan anak bendi dari cup dan masukkan dalam lubang polibeg yang dah tersedia cantik seperti gambar di bawah.
3. Ini yang dah siap dipindahkan. Cantik je kan.
Tanam bendi ini untuk makan sendiri, tanam dalam polibeg. Tanam satu jenis sayur dalam 10 polibeg.
10 pokok dah ok dah untuk bendi
10 pokok terung
10 pokok cili
10 polibeg kangkung
10 polibeg bayam brazil
10 polibeg apa apa sayur yang awak suka
Dah boleh rotate untuk makan seminggu.
Pokok kari dah besar tapi tiba-tiba daunnya kuning dan gugur. Dahan-dahan kecil pun mula mati, seterusnya pokok pun tak dapat diselamatkan.
Kalau terjadi begini, boleh ikut tip dikongsi oleh Mohd Nor supaya pokok dapat dipulihkan.
Tip Rawat Pokok Yang Terkena Serangan Kulat
Pernahkah pokok yang ditanam (pokok kari, limau, tin) daunnya banyak yang gugur. Dahan kecil mula mati, daun-daun menjadi kuning kemudian pokok mati.
Jika ini berlaku cuba lihat sekeliling batang pokok, pasti banyak kulat & berdebu ketika kering.
Ia berpunca daripada pokok yang kerap basah(lembab), kurangnya cahaya matahari & pokok terlalu padat. Tiada racun yg boleh membunuhnya kecuali dgn menggunakan teknik di bawah.
1. Bila nampak batang pokok dipenuhi kulat, cantas semua dahannya macam pokok kari ini.
Daun di bahagian atas masih boleh digunakan.
2. Selepas dicantas hingga tinggal dahan utama, cuci sekeliling batang pokok menggunakan sabun pencuci pinggan & span.
3. Tapi sebelum itu alas dulu permukaan tanah supaya air sabun tak jatuh ke tanah. Kemudian lap dahan tadi sehingga kering batangnya. Kalau ada kawalan perosak seperti strex, brogard, kitosan atau lain-lain jenama bolehlah spray selepas dicuci.
4. Setelah dicuci batangnya kembali segar.
5. Selepas 1 minggu pucuk baru mula keluar dan insya-Allah akan membesar sihat selepas kaedah ini.
Cucur bantal ini elok sangat di buat waktu petang kalau tengah hari masak kari ayam atau sambal sardin. Boleh cicah dengan lauk tadi.
Cucur bantal ini garing di luar dan berongga di dalamnya memang kena sangat untuk menyicah. Nak buat untuk menu sarapan pun boleh. Cara membuatnya dikongsi oleh Mariana Zainal.
Buat cucur bantal untuk menyicah petang-petang
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar Planta/ mentega
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yis kering mauripan
1 sudu kecil baking soda
2 cubit garam
1 cawan air suam
Cara membuat
1. Dalam satu besen, satukan mauripan, gula, air suam. Kacau hingga larut. Masukan tepung, baking soda, Planta dan garam. Uli sebati selama 8-10 minit.
2. Peram adunan selama 1 1/2 jam dalam bekas yang bertutup.
3. Selepas itu tumbuk tumbuk adunan untuk buang angin dalam doh dan uli.
4. Tabur tepung dan letakkan doh. Gelek leper tapi jangan terlalu nipis. Tabur tepung lagi. Potong adunan menjadi segi empat tepat tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
5. Biarkan 10 minit dan bolehlah digoreng dalam minyak yang panas guna api sederhana. Bila warna sudah perang dan garing bolehlah angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan bersama kari ayam, sambal bilis, sambal sardin dan kuah kacang.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...