Nak tanam pokok tomato tapi nak cepat berbuah. Boleh! Memang ada caranya.
Tak perlu tanam dari semaian biji benih sebaliknya guna kaedah tut. Pokok lebih cepat naik dan berbuah. Caranya dikongsi oleh Mohd Affandi melalui perkongsian di Facebook Berkebun D Rumah.
Cara Tanam Pokok Tomato Supaya Cepat Berbuah
Tut pokok tomato. Tak perlu toreh dan buang kulit di batang tomato, hanya lekatkan medium pengakaran di batang tomato. tunggu 2 minggu dan ia akar berakar seperti ini. cara ini cepat dan mudah dari tanam biji benih.
1. Cari batang pokok yang sihat dan berakar. Boleh kikis kulitnya tapi saya tak buat.
Ads
2. Ambil peatmoss letak dalam plastik dan ikat ketat-ketat.
3. Kemudian belah dua plastik berisi peatmoss dan telangkupkan pada batang pokok tomato. Ikat kemas.
Ads
4. Dalam dua minggu lebih boleh nampak akar keluar.
5. Bila nampak akar sudah banyak boleh potong batang dan tanam dalam polibeg atau pasu.
Ads
INFO: Kaedah ini boleh juga dilakukan pada pokok cili dan terung.
Selain hidangan paprik, menu daging merah ini juga antara yang popular kalau makan di kedai makan Thai. Sedap dan paling penting menu ni lengkap. Dah ada daging dan sayur. Masak satu lauk ni pun dah cukup.
Kalau dah puas makan kat kedai, nak buat sendiri pun boleh. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Wan Luqman. Kalau buat menu daging merah ini warna daging mestilah kena merah, baru jadi.
Bahan-bahan:
– Daging 100gm
– Sos tiram 1sb
– Sos cili 2sb
– Sos tomato 1½sb
– 1sk Nampla
– Cili Padi
– Bawang putih
– Bawang Holland
– Capsicum
– Sos Labu / Perwarna
Cara membuat:
1.Rebuskan daging bersama dengan cecair perwarna tadi. Rebus dalam 15-20 minit insya-Allah lembut.
2. Lepas rebus, rehatkan daging sekejap biar dia kering dan sejuk sikit. Baru hiris nipis.
3. Tumis bawang putih dan cili padi.
4. Masukkan sos tomato, sos sili, sos tiram berserta nampla.
5. Masukkan sedikit sos labu untuk bagi kuah tu lebih kemerah merahan.
6. Masukkan air dalam 10 sb. Kalau nak kuah lebih, lebihkan air. Nanti kena alter semula tadi.
7. Akhir sekali masukkan bawang dan capsicum. Lepas masukkan bahan ini, masak dengan api kuat sekejap bagi sekata.
Siap! Saya suka daging masak merah macam ni. Kuahnya pekat dan tak terlalu banyak atau cair.
Secara puratanya dalam setahun kita berjalan 245-292km. Jauh kan, sebab itulah sangat penting untuk mencari kasut yang sesuai.
Walaupun perlu ikut peredaran fesyen tapi kita kena cari kasut yang sesuai dan tak menyakitkan kaki. Berikut adalah 6 jenis kasut yang boleh menjejaskan bukan saja kaki tapi bahagian tubuh lain yang berkait.
Jenis kaki yang lebar memang tidak sesuai mengenakan kasut jenis ini. Ia akan terasa cukup ketat dan meletakkan banyak tekanan pada jari. Ia akan menyebabkan sakit saraf dan juga melecet. Jadi sebelum beli pastikan kasut betul-betul selesa untuk jari kaki.
Ramai yang anggap inilah alas kaki yang paling selesa. Tak juga sebenarnya, ia banyak bergesel dengan ibu jari dan boleh menyebabkan melecet.
Di samping itu selipar juga boleh menyebabkan ketidakselarian pada buku lali dan lutut kerana kaki tidak disokong dengan baik. Selain itu kaki juga akan cepat penat bila mengenakan selipar.
Memang nampak cantik bila memakainya tapi kesannya cukup besar pada kesihatan. Ia akan menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang. Bukan itu saja ia kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya mengakibatkan timbulnya masalah kesihatan pada kaki dan keseluruhan badan.
Akibat lebih buruk jika pemakainya mempunyai berat badan yang berlebihan. Ia boleh memberi tekanan berlebihan pada lutut dan juga tumit, pengelakangan kaki.
Seperti selipar, ramai yang menyangka kasut ini paling selamat. Rupanya tidak, ini kerana kasut ini rata dan tidak diletakkan sebarang sokongan yang mana akan menyebabkan tekanan pada bahagian plantar fascia, iaitu di bahagian tengah kaki.
Ia boleh menimbulkan sakit pada bahagian lutut dan belakang badan. Untuk selamat, beli alas orthotic untuk membetulkan kedudukan kaki ketika memakai kasut ini.
Kasut untuk berlari hanya dipakai bila kita berlari. Jika dipakai setiap hari kerana selesa ia sebenarnya akan memberi kesan kerana kasut jenis ini terlalu fleksibel dan juga lembut. Kasut atlet dengan bahagian tapak yang lebih keras adalah lebih sesuai.
Kasut jenis ni tak fleksibel dan mempunyai ruang yang terhad sedangkan kaki perlukan ruang untuk ia berasa selesa. Oleh itu kasut jenis itu tak seeloknya tidak dipakai selalu.
Niat di hati membawa anak kecil ke masjid terutama di bulan Ramadan untuk bertarawih agar mereka mencintai rumah Allah dan sentiasa mahu datang ke sini.
Namun hakikatnya bukan sebegitu mudah. Kalau dah namanya anak kecil memang sukar duduk diam hingga seringkali kita dengar keluhan anak-anak ini berbuat bising mengganggu jemaah lain menunaikan solat.
Tapi dalam masa yang sama, ada juga anak yang ‘behave’ dan boleh duduk diam di sisi ibu bapa mereka sampailah selesai solat tarawih.
Macam mana ya nak didik anak begini? Salah satu caranya anda boleh ikut apa yang dikongsi oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Membawa dua anak kembarnya ke masjid untuk solat tarawih, mereka ‘behave’ di sisi semasa bapa mereka solat. Menurut Dr. Sheikh Muszaphar untuk memastikan anak-anaknya yang berusia dua tahun itu selesa dan tenang sepanjang dia menunaikan solat ada 5 tip yang dipraktikkan.
Solat tarawih bersama anak lelaki. Mengejutkan hari ini, anak lelaki saya cukup baik. Adam dan Noah duduk elok di tepi saya semasa saya solat. Alhamdulillah.
5 tip jika nak bawa anak solat tarawih ke masjid:
1. Bersedia Bawa susu, lampin pakai buang, mainan kesukaan mereka. Kita tak tahu bila mereka memerlukannya jadi sentiasalah bersedia.
2. Cari sudut hujung Supaya anak tidak mengganggu jemaah lain solat tarawih.
3. Sentiasa awasi anak Jangan biarkan anak-anak berjalan-jalan atau merayau sendiri di dalam masjid.
4. Jika anak menangis Jika anak menangis, bawa mereka keluar dan tanya puncanya. Mereka mungkin lapar atau tidak selesa kerana lampin penuh. Jangan biarkan anak terus menangis hingga mengganggu jemaah lain. Sambung solat tarawih selepas anak-anak tenang.
5. Makan sebelum ke masjid Pastikan anak-anak kenyang sebelum bawa mereka ke masjid, sekiranya mereka tidur biarkan saja mereka lena.
Bawa anak ke masjid bersama-sama untuk menunaikan solat tarawih adalah latihan terbaik untuk anak. Ini adalah proses pembelajaran awal bagi mereka untuk mendirikan solat.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...