Hilang daripada radar dunia lakonan selama tiga tahun bukanlah bermakna pelakon, Anita Baharom hanya duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti bermanfaat. Mengakui dia aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, Anita menegaskan dia ingin membantu dalam usaha berdakwah untuk orang ramai.
“Sejak berhijab pada 2013, saya ada berlakon lagi. Tapi selepas itu saya stop sejak lahir anak kedua. Saya nak fokus pada anak-anak dan rumahtangga. Dalam masa sama ada buat bisnes kecil-kecilan. Tapi bukan itu saja yang saya buat. Saya aktif dengan aktiviti kemasyarakatan bersama Yayasan Amal Malaysia.”
Ads
Kali pertama kena mandikan jenazah
Menurut Anita, dia pernah mengikuti Misi Sukarelawan Bantuan Ziarah Dan Mahabah ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Antara yang paling memberi kesan adalah pengalaman pada awal tahun di Pulau Banggi, Sabah.
“Ketika itu saya dimaklumkan ada kematian di pulau sebelah. Orang yang meninggal dunia ialah seorang warga emas wanita. Wanita itu telah meninggal dunia jam 8 malam. Saya perlu naik bot untuk ke sana. Bot yang saya naiki ni penuh dengan kuali besar dan tong gas yang digunakan untuk kami memasak nanti. Dengan buaya di tebing-tebing sungai. Perjalanan dari Pulau Banggi ke kampung yang ada kematian itu lebih kurang 30 minit perjalanan naik bot. Nama kampung itu ialah Kampung Selangan.
“Setibanya kami di pulau itu, saya nampak kediaman warga emas yang meninggal dunia itu rumahnya di atas air. Kumpulan saya sampai di sana jam 9 pagi. Maknanya sudah lebih 12 jam wanita itu meninggal dunia. Saya memang orang yang penakut sikit. Tapi dalam grup yang pergi menguruskan jenazah itu, sayalah yang paling tua. Yang lain semua lebih muda daripada saya.”
Nak dijadikan cerita, inilah pengalaman pertama Anita memandikan jenazah. Dia memang pernah mengikuti kursus pengurusan jenazah namun secara teori. Kini apabila perlu melakukan secara praktikal, pada jenazah yang sebenar pula, memang Anita akui, dia gementar.
“Macam-macam yang saya fikirkan. Terfikir macam mana kalau tiba-tiba matanya terjegil ke, apa ke. Memang seram. Namun saya perlu buat untuk meyakinkan masyarakat di sana bahawa kunjungan kami ke sana ialah untuk membantu mereka mengamalkan ajaran Islam dengan lebih baik.”
Ads
Yakinkan diri
Apabila perlu menguruskan jenazah buat kali pertama, Anita akui perlu yakinkan diri. Ingat kembali apa yang telah dipelajari termasuk merujuk buku mengenai pengurusan jenazah. Anita memanggil ahli keluarga terdekat si mati untuk sama-sama berada dalam ruang untuk memandikan jenazah.
“Setelah selesai memandikan dan mengapankan jenazah, si mati perlu dibawa keluar dari rumah untuk dikebumikan. Lokasi pengebumian pula di pulau sebelah. Jadi jenazah wanita ini perlu dibawa menaiki bot. Saya kagum dengan masyarakat di sini. Bayangkanlah ketika itu cuaca sudah semakin gelap. Hanya dengan sedikit cahaya lampu yang dipakai di kepala, perjalanan membawa jenazah ke sana dipermudahkan Allah.”
Bot dinaiki 40 orang
Dari pulau tempat mengebumikan jenazah, kumpulan Anita yang menguruskan jenazah tadi perlu kembali semula ke Kampung Selangan. Namun disebabkan hari sudah gelap, orang yang mengetuai misi ini mengarahkan orang yang menguruskan kubur juga balik sekali dengan bot yang sama.
“Saya mulanya terkejut juga dengan arahan itu. Bila dihitung semua penumpang adalah 40 orang. Dengan muatan berat tong gas dan kuali, saya gerun juga sebenarnya. Paling saya ingat semua penumpang senyap seribu bahasa. Orang di depan saya, saya dengar dia baca ayat-ayat suci. Masa tu memang terfikir mati itu begitu dekat dengan kita. Kawasan di situ dahlah ada buaya. Macam-macam bermain di fikiran. Masa pergi 30 minit, masa balik perjalanan tu ambil masa sejam sebab bot berat dengan muatan. Bila sampai je di lokasi yang dituju, semua penumpang mengucapkan syukur tak henti-henti.”
Malu dengan orang yang lebih tua
Anita mulai menyertai misi kemanusiaan bersama Yayasan Amal Malaysia sejak 2016. Ditanya kenapa sertai misi seperti ini, menurut Anita, dia ingin berbakti dan bantu orang lain yang ingin berbakti.
Ads
“Mereka yang buat kerja amal ni ramai juga yang tua-tua. Dan mereka ini tak pernah mengeluh walau sedikit pun. Pernah saya naik trak nak ke satu lokasi yang jauh di Sarawak. Kaki saya dah mula kebas-kebas dah. Konon nak luruskan kaki. Tapi saya pandang kiri kanan mereka ni umur dah 60, 70 tapi duduk tegap je. Takde pun kebas ke, sakit kaki ke. Saya malu. Jadi, kita yang muda-muda ni apa sumbangan kita pada masyarakat?
Niat kena ikhlas
Anita berterima kasih kerana suaminya reda dengan pemergiannya mengikuti misi kerja amal ini. Tanpa reda suami, pasti Anita tak berpeluang untuk berbuat bakti seperti ini.
“Kalau ada yang kata saya buat kerja amal sebab nak glamour, itu sangat salah. Saya tak pernah pun minta mereka letak poster ada gambar saya. Taka da. Saya pergi bukan atas jemputan tapi atas inisiatif sendiri saya nak pergi. Niat saya ikhlas membantu mereka yang memerlukan.
“Selain itu, sebelum pergi buat kerja amal, kena persediaan diri yang tinggi. Ada tempat yang tiada air, tiada elektrik, kena bangun tidur jam 4.30 pagi. Jadi kalau bersedia dengan itu semua, barulah boleh sertai sebagai sukarelawan. Hanya Allah yang membalas segala sumbangan kita ini.” kata Anita menutup bicara.
Kemanisan dalam kehidupan.. . Ada orang ingat saya pergi holiday… Sebenarnya bukan…. Saya sedang mengikuti MISI SUKARELAWAN BANTUAN ZIARAH DAN MAHABBAH bersama YAYASAN AMAL MALAYSIA @amalmalaysia . Kami membantu masyarakat di pedalaman Sabah atau Sarawak… Tapi sekarang ni di Sabah… Yg masih daif kehidupannya… Membantu menjana ekonomi kehidupan mereka.. Membantu mereka mendapatkan pendidikan pra sekolah / tadika.. Tidak kira bangsa dan agama… Yg paling penting… Memberi mereka senyuman kegembiraan dengan kehadiran kita… Ini dah 4 kali saya join…. JOM JOIN JADI SUKARELAWAN..
VK jumpa Anita ketika majlis Media Preview – Tayangan 13 Khurafat (Episod Minyak Dagu & Buluh Perindu). Seronok berbual dengan Anita, mak 3 anak ni. Semoga come back Anita selepas tiga tahun bersara berlakon ni akan menambah seri dalam dunia seni. Anita kata, ini semua rezeki anak dan dia pun dah rindu dengan dunia lakonan. Anita bakal muncul dalam episod Gerun. Cerita 13 Khurafat ini akan ditayangkan mulai 17 Oktober 2018, jam 11 malam, Astro Prima dalam slot Meremang.
Gadis manis plus size yang yang menggunakan nama Instagram sebagai Monalisa Cavalli menjadi viral selepas muncul dalam pertunjukan fesyen Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini atas undangan pelakon, Fazura. Walaupun berbadan gempal, namun dia yang juga dipanggil Pom ini begitu yakin dan mendapat pujian ramai.
Semangat Pom untuk menerima undangan Fazura dilihat begitu positif kerana dia ingin membuktikan bahawa isu body shaming di khalayak ramai bukanlah isu yang perlu dipandang ringan. Sebaliknya isu itu satu isu yang besar kerana boleh membuatkan seseorang menjadi murung kerana rasa terhina.
Pom mengatakan bahawa dia akan ingat detik diberi peluang oleh Fazura untuk menyertai pertunjukan fesyen yang lazimnya hanya untuk individu cantik dan bertubuh langsing. Baginya inilah mesej yang ingin disampaikan. Kecantikan itu datang dari pelbagai bentuk dan saiz.
Apa juga bentuk dan saiz, kecantikan yang sebenarnya datang dari hati. Pada sesiapa yang rasa tersisih, terpinggir dan tidak dilayan dengan sepatutnya hanya kerana penampilan diri, anda perlu sedar bahawa kita semua sempurna sebagaimana yang Allah telah jadikan.
Pom Pandai Masak Menu Orang Berpantang
Selain keyakinan dan semangatnya, Monalisa ini juga punyai kelebihan tersendiri. Orangnya pandai memasak rupanya. Terbaru dia memuat naik posting menyediakan hidangan untuk ibu baru bersalin dan juga menyediakan kek.
Sejak beberapa hari lalu video seorang bapa mententeramkan anak autisme yang ‘meronta-ronta’ di sebuah pusat membeli belah telah menarik ramai perhatian netizen.
Bagi yang tidak memahami mungkin memandang serong tindakan si ayah, Iman Wan yang dilihat agak keras dalam menenangkan Adam yang meronta malah menjatuh diri ke lantai.
Tapi sebenarnya inilah hakikat yang perlu dilalui oleh ibu bapa yang mempunyai anak autisme. Tiga video yang awalnya dimuat naik oleh Adlina Sharine Abdillah sebenarnya telah menyedarkan ramai pihak tentang anak autisme terutama sekali yang sudah dewasa.
Menurut Iman, Adam telah didiagnos mengalami autisme ketika usianya dua tahun setengah, dan sejak itu kehidupan mereka sekeluarga berubah.
VK sendiri dapat merasainya ketabahan keluarga Iman Wan yang juga seorang bekas komposer selepas melihat satu persatu video yang sebelum itu dikongsi oleh Iman Wan dalam instagram @adamautismfamily
Part 1- Kerana lewat makan Adam ‘meragam’
Hanya kerana lewat makan, Adam sudah menampakkan tanda-tanda tidak stabil. Sejak didalam kereta lagi sebenarnya.
Belum sempat memasuki restoran Adam sudahpun mengamuk, kali ini agak teruk. Dia menjatuhkan dirinya ke lantai dan terpaksa dibawa ke kawasan parking kereta.
Adam terpaksa kawal dengan dibaringkan ke lantai untuk mengelakkan dia bertindak agresif merosakkan barang di sekeliling.
Memandangkan sudah remaja, dia cukup kuat, dan banyak kudrat digunakan untuk mententeramkan dirinya. Memang sukar untuk mententeramkan anak autism yang mengamuk di khalayak.
Saya sendiri perlu bertenang. saya mengambil masa 15 minit untuk menenangkan dirinya dan akhirnya barulah dapat kembali ke restoran untuk makan.
Part 3 – Selepas 15 minit ‘bertarung’ akhirnya Adam tenang
Kami bawa dia masuk ke restoran dan ibunya sudah bersedia. Mujur staf restoran itu memahami dan menyiapkan hidangan spageti kegemarannya dengan segera.
Ibunya segera menyuapkan Adam makanan. Selepas makan Adam disapu dengan minyak esensial untuk membantu menenangkannya.
Netizen yang melihat ketiga-tiga video ini rata-rata memuji ketabahan ibu bapa ini malah berdoa agar mereka terus diberikan kesabaran untuk menjaga Adam.
Video Adam ‘mengamuk’ juga telah mendapat lebih dua juta tontonan di Facebook Adlina Sharine Abdillah.
Bagi yang ingin memahami lebih lagi tentang situasi keluarga yang mempunyai anak autism boleh mengikuti instagram @adamsautismfamily yang kini sudahpun mempunyai lebih 100k pengikut.
Selepas memperoleh 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2004, gadis bernama Nur Amelina Che Bakri ini tak menoleh ke belakang lagi.
Dia terus melanjutkan pengajian ke luar negara dan kini sudah memperoleh pencapaian yang membanggakan bila bakal bergelar pakar bedah.
Tapi dalam rutinnya yang sibuk sebagai doktor, Dr Amalina dilihat cukup aktif. Kadangkala nampak beliau bercuti ke tempat menarik. Sekejap di sana, sekejap di sini dan selalu juga beliau menghadiri majlis sosial malah tetap ada masa bersama dengan teman-teman.
Sebagai seorang doktor, bagaimana agaknya beliau uruskan masa. Persoalan ini sebenarnya selalu ditanya oleh pengikutnya di laman sosial dan baru-baru ini Dr. Amalina memberi jawapannya.
Kena ada diari
Semua orang selalu bertanya soalan ni, bagaimana saya uruskan masa antara kerja, study, perhubungan, dan kehidupan sosial? Ini semua soal pengurusan masa. Kita kena ada diari. Mudah untuk kita rancang aktiviti harian, mingguan dan bulanan. Urus masa secara advance dalam jadual kerja. Work hard, play harder.
Everyone always asks me this question, how do you manage your time between work, postgraduate studies, relationship, and social life? Well, it’s all about time management, having your own diary and plan your days, weeks and months in advanced around your work schedules. As you know, my life motto is work hard, play harder. @danielwellington definitely keeps me on time.
Bagi yang selalu mengeluh sibuk, takde masa boleh ikut cara Dr. Amelina ni ya. Pastikan ada diari dan rancang masa secara harian, mingguan serta bulanan. Barulah ada masa nak bercuti dan bersosial walau pun sibuk.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...