Sejak beberapa hari lalu negeri pantai timur termasuk Kelantan dilanda hujan lebat hingga mengakibatkan kejadian banjir.
Namun satu perkara yang menarik perhatian ketika banjir di negeri ini, tular kejadian luar biasa bila sebuah rumah yang terletak di Kg Bukit Abal Pasir Putih tidak ditenggelami meski pun sekelilingnya dinaiki air yang agak tinggi dan deras.
Video tersebut dikongsi oleh pengguna TikTok @ise1199 yang menunjukkan keadaan sebuah rumah yang tidak digenangi air sedangkan di luar termasuk jalan sudah dinaiki air yang tinggi dan laju.
Kejadian itu menimbulkan keterujaan netizen yang tertanya-tanya kaedah yang dilakukan hingga boleh menghindari air banjir dari masuk ke dalam kawasan kediaman yang ternyata lebih rendah daripada jalan yang dinaiki air.
Video yang mendapat tontonan hingga 2.5 juta itu akhirnya mendapat respon daripada anak kepada pemilik rumah berkenaan yang dikenali sebagai nama Nurul.
Caranya buat benteng, sendal papan bungkus dengan plastik
Beliau akhirnya memberi jawapan kepada persoalan netizen. Selain dikelilingi tembok batu yang tinggi ujar Nurul, bahagian pintu masuk telah dibuat benteng yang disendal rapat dengan papan dan kemudian dibungkus dengan plastik.
Ads
Cara ini air memang tidak masuk ke dalam kediaman menurut beliau. Kaedah tersebut dicuba baru-baru ini memandangkan kawasan kediaman yang turut mempunyai beberapa buah rumah lagi sering dinaiki air bila berlaku banjir pada tahun sebelum ini.
Ramai golongan muda hari ini mengeluh dengan kos perkahwinan sekarang yang semakin mahal. Kena ada paling sikit RM20 ribu dalam tangan baru boleh langsung.
Dan dalam urusan kahwin ini, barang hantaran antara yang diambil berat oleh bakal pengantin walaupun hakikatnya tak wajib pun. Kadang-kadang boleh jadi membazir kerana tak digunakan pun lepas kahwin. Tapi disediakan sebab nak ikut trend.
Oleh sebab itulah bakal pengantin sekarang kena berpijak di bumi nyata. 14 tahun mendirikan rumah tangga, Fauzan N Siti menyarankan hantaran perkahwinan yang paling win.
Empat hantaran inilah yang sepatutnya diminta oleh pihak isteri supaya nanti akan berguna selepas kahwin dan memudahkan kerja mereka. Salah satunya steam iron, yang lain sila baca tapi memang berbaloi saranan dia orang ni.
Tak perlu hantaran berpuluh ribu pada hemat saya yang anak empat dan dah kawin 14 tahun ni..
Barang hantaran sepatut nya BUKAN bunga, kain, mekap, kasut tinggi membunuh dan minyak wangi (dahlah mahal, TAK membantu meringankan urusan isteri…Kata SAYANG…)
Tapi barang hantaran kawin adalah:
1. Steam iron Philip ( laju dpt gosok baju suami, anak-anak dan diri sendiri. Seriously lama weh gosok baju ni, bengkak kaki)
2. Pressure cooker Noxxa ( masak cepat gila, belum cerita masak utk dlm pantang. Memang mudah betul urusan so banyak lebih masa nak belai suami gitu…)
3. Mesin dryer kain ( ini memang hadiah paling istimewa, jimat masa jemur kain weh…hujan lagi. Masalah bau baju kepam tiada lagi. Bil electrik naik RM 50 sebulan ini hari-hari guna…)
4. Kuali Magic ikan (ini memang ohsem, bukan apa tambah bila kawin kan planning nak ada anak. Isteri bersalin mesti dlm pantang punya mudah masak ikan bakar. Cepat! Nanti bila anak dah besar sikit guna pulak nak buat lempeng bagai. Mudah, cepat,lebih banyak masa nak belai suami).
Ini baru berguna, ini baru tanda sayang isteri, ini baru akan membantu isteri utk lebih effektif dan dan ini baru tidak membazir duit.
Seriously kasut tinggi hantaran saya tak pernah pakai. Rasa macam nak mati pakai..Sakit sana sini, rugi betul. Kalau beli kuali magic ikan tu dah dpt sebijik.
Senang nak masak utk siapa? SUAMI juga..
BETUL…kalau bakal suami nak isteri layan lebih walaupun dah anak 10 org, invest lah siap-siap utk benda-benda begini…memang tak rugi.
Cepat tag tunang masing-masing or mak bapak sila fikirkan. Tak payah minta wang hantaran puluh ribulah senangkan bakal menantu tu. Minta ini sudah, yg senang anak awak juga nanti..
Kata sayang anak… gitu…
Dan duit guna utk tangkap gambar beribu photoshoot bagai tu, pelamin semua cuba kira, Dryer dpt sebijik (RM 800), steam iron Philip sebijik (RM 1400), Noxxa sebijik (RM 800)
Note : Saya tidak jual barang-barang ini. Ini posting dari hati.
Baru-baru ini, seorang penceramah bebas, Ustazah Datuk Norhafizah Musa menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) sekali gus melayakkan beliau mendapat gelaran Doktor. Seperkara lagi yang hebat mengenai Dr. Norhafizah ialah beliau merangkul PhD pada usia 43 tahun dan sudah mempunyai tujuh orang anak. Sungguh menginspirasikan.
Kejayaan Dr. Norhafizah sememangnya memberi inspirasi kepada wanita dalam golongan usia 40-an dan sudah mempunyai ramai anak. Tiada alasan untuk berjaya. Melalui seorang wanita yang menggunakan facebook dengan nama Nurul Husna Kamarudin, kejayaan Dr. Norhafizah dianggap sebagai beauty with brain.
Inilah indikasi contoh terbaek untuk seorang “beauty with brain”.
Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh muslimah Malaysia.
Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa ni memang buat saya rasa inspired sangat nak berjaya macam dia. Even dia dah kaya dan femes dan ada Dato dah pun, tapi still dia spend time and effort unt PhD. PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau; yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu. Kita pun harus mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama; secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”. ??
Tahniah Ustazah. Semoga ilmu dan tauliah yang dicapai dapat menambah ‘power’ dalam dakwah Ustazah. Semoga Allah meredhai perjuangan ustazah.
Percayalah, tak sikit yang beliau berkorban untuk berada di tempat beliau sekarang. Dengan izin Allah, beliau menempa kejayaan demi kejayaan. Semoga terus sukses.
Dan semoga kita, muslimah; sentiasa berusaha untuk tambah ilmu pengetahuan (taksemestinya belajar PhD), sentiasa berusaha nak majukan diri, tak jadi pemalas yang pilih untuk goyang kaki.
Semoga kita, muslimah; tak ambil mudah dengan peranan seorang Wanita. Wanita ni “power” dia besar tau. Sebab dia yang akan didik anak dia. Dia pintu syurga anak dia. So kalo baek wanita tu, insya Allah baeklah generasi hasil didikannya. Jadi nak taknak, kena lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya dan kemahiran-kemahiran yang berguna juga.
Begitulah perempuan. Harganya bukan pada kecantikan mahupun pada hartanya. Tapi harga seorang wanita adalah pada hati dan fikirannya. Hatinya yang baik dan penyayang. Hatinya yang jernih dan penyabar. Fikirannya yang tajam dan berilmu. Dari hati dan fikiran yang baek; lahirlah akhlak yang mulia. Disitulah letaknya harga seorang wanita. Bukan pada cantik, bukan dengan pandai bergaya, bukan dengan harta mahupun kekayaan.
Tapi Percayalah, dengan agama, akhlak dan ilmu; seorang wanita akan jadi wanita yang paling cantik dan kaya. ?
Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini selain Redha Tuhan akan kita? Apa yang kita cari dalam dunia ini selain keberkatan? Apa lagi yang kita mahu selain merasa senang dan sejuk hati memandang pasangan dan anak-anak kita? Itulah syurga dunia.
Wanita solehah ni digambarkan adalah sebaik-baik perhiasan. Semoga kita berjaya menjadi dan mendidik wanita solehah.
Dari rahim seorang ibu yang solehahlah akan lahir benih zuriat yang baik. Semoga kita sentiasa berusaha untuk itu. ??
Begitulah kehidupan. Kalo jadi manusia, jadilah manusia yang banyak memberi manfaat buat masyarakat. Hidup adalah perjalanan menuju akhirat.
Buat semua muslimah yang berhajat menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah KITA SEMUA. Amiiin. ?
*ramai orang tertukar ibu saya Che Norisah Norika dengan ustazah Norhafizah ni. Kadang pernah orang beratur nak bersalam sebab muka nak sama. Masa pergi kenduri semua orang tengok sebab ingat Ustazah Norhafizah. Haha.
Doakan saya berjaya juga menjadi another “beauty with brain”. Sebuah perjalanan membaiki diri yang masih jauh dan panjang.
Beauty with brain in-progress; NH. ?
*dibenarkan SHARE. Semoga bermanfaat. ?
VK meremang baca kejayaan seseorang dalam bidang akademik ni. Sebab VK faham betapa nak meraih Ijazah Doktor Falsafah PhD ni bukan senang. Kena berjuang. Nak siapkan thesis penyelidikan tu susah betul. Tabik dan syabas kepada Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.
Seringkali mereka yang bergelar usahawan gigih menghadiri kursus dan kelas untuk melonjakkan keuntungan. Pada mereka inilah asas untuk memajukan perniagaan tapi hakikatnya mereka terlupa bahawa dalam Islam sendiri sudah ada cara tersendiri untuk melakukannya.
Ia tak lain tak bukan adalah melalui pemberian zakat. Inilah petua sebenar untuk menyuburkan rezeki. Malah perkara ini dibuktikan oleh dua wanita Che Salamiah binti Malik dan Norazimah Hasmi yang dulunya penerima zakat tapi kini menjadi pengeluar atau penyumbang zakat selepas perniagaan yang diusahakan semakin berkembang hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor.
Puan Che Salamiah binti Malik, seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan yang menghasilkan pelbagai jenis rempeyek sebagai produk utama.
Beliau merupakan usahawan Zakat Selangor daripada daerah klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor iaitu bantuan Modal Pusingan sebanyak RM1,000.00 pada Mei 2014 dan RM2,000.00 pada Disember 2017.
Beliau juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah RM3,500.00 bagi meningkatkan pasaran produk beliau dengan lebih luas.
Manakala usahawan Norazimah Hazmi mendapat bantuan Zakat Selangor daripada di bawah projek usahawan lori bergerak. Selain itu, pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak RM1,500.00 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak RM1,870.16.
Beliau menjalankan perniagaan beliau secara bergerak di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis, bangunan kerajaan dan sebagainya. Bergiat aktif niaga di merata tempat tanpa mengira lokasi dan waktu.
Beliau juga memberikan komitmen yang baik untuk menyertai program anjuran Zakat Selangor sebagai tanda sokongan kerana telah banyak membantu dalam perkembangan perniagaan beliau.
Bagi yang tertanya-tanya tentang cara pengiraan zakat kiraannya cukup mudah. Anda hanya perlu mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.
ASET SEMASA bermaksud : Baki tunai dalam bank, baki tunai pada tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.
LIABILITI SEMASA pula bermaksud: Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil eletrik, air dan sewa pejabat.
Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Maka dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan.
Untuk lebih mudah kiraan zakat perniagaan boleh DI SINI dan kalau nak tunaikan zakat perniagaan pula mudah saja, klik saja di sini https://fpx.zakatselangor.com.my/
Semoga dengan usaha mengira zakat ini dan menunaikannya, rezeki akan bertambah subur dan berkat . Perniagaan kita pun bertambah maju.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...