Tong gas memang ada di kebanyakan rumah kita untuk tujuan memasak. Tong gas ini pula biasanya diletakkan di dalam kabinet dapur yang ditutup. Yalah, letak di luar nanti nampak tak elok pula. Namun untuk keselamatan tong gas dan keluarga, cara ini sebenarnya tidak disarankan.
Tempat letak tong gas seharusnya mempunyai pengaliran udara yang baik dan bukan dalam kabinet bertutup. Ia untuk mengelakkan berlakunya kejadian buruk di rumah akibat kebocoran gas atau api menyambar tanpa disedari. Selain daripada cara letak tong gas, terdapat beberapa lagi panduan keselamatan penggunaan tong gas di dapur yang disyorkan Petronas.
Panduan Keselamatan Tong Gas Di Dapur
Berikut ialah garis panduan asas yang praktikal untuk diamalkan di rumah:
Ads
Pastikan jarak selamat. Jarak antara silinder gas dengan alat memasak mestilah 1 hingga 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi daripada silinder untuk mengurangkan risiko haba terus kepada tong gas.
Elakkan tempat bertutup. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup atau ruang tanpa pengaliran udara yang baik seperti dalam kabinet bertutup.
Awas bau pelik. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas menunjukkan kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik yang boleh mencetuskan percikan.
Uji dengan air sabun. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas pada saluran atau sambungan alat atur gas. Jika terdapat buih, itu tanda kebocoran. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan baik.
Nyalakan api sebelum hidupkan alat. Nyalakan api dahulu sebelum membuka bekalan gas pada alat memasak bagi mengelakkan gas berkumpul.
Kekalkan pengudaraan. Pastikan pengudaraan sentiasa baik dan jangan tinggalkan masakan tanpa pengawasan.
Tutup selepas guna. Tutup peralatan memasak dan buka (tutup) injap alat atur gas jika tidak digunakan bagi mengelakkan kebocoran kecil berterusan.
Tip Penting Keselamatan Tong Gas Di Rumah
Pastikan tong gas sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas.
Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara semula jadi.
Jangan letakkan kuali panas atau benda panas lain di atas tong gas.
Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
Jangan tinggalkan apa yang anda sedang masak tanpa pengawasan.
Jika ingin meninggalkan rumah untuk tempoh yang panjang, matikan kepala gas.
Pastikan kedudukan dapur memasak lebih tinggi daripada tong gas.
Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah (gasket) dalam injap tong gas.
Mengesan Kebocoran & Prosedur Selamat
Jika anda terhidu bau gas, itu bermakna terdapat kebocoran gas. Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan gas keluar. Sesetengah serangga juga tertarik kepada bau gas dan akan mengerumuni kawasan kebocoran.
Cara paling selamat untuk menguji ialah dengan air sabun pada saluran atau sambungan alat atur gas dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut. Jika disahkan ada kebocoran, tutup sumber api, elakkan menekan suis elektrik, buka pengudaraan (pintu/tingkap), dan alihkan tong ke kawasan yang berventilasi baik sebelum mendapatkan bantuan teknikal.
Ads
Di Mana Patut Letak Tong Gas?
Untuk menyokong keselamatan tong gas, letakkan silinder di ruang terbuka atau separa terbuka (seperti bawah meja kerja yang tidak bertutup di sisi dan belakang), jauh daripada punca haba terus. Elakkan meletak tong gas dalam kabinet bertutup, stor sempit, atau ruang tanpa aliran udara. Gunakan lantai rata dan kukuh, serta jauhi cahaya matahari terik berpanjangan.
Kesilapan Lazim Yang Perlu Dielakkan
Menyembunyikan silinder dalam kabinet untuk “nampak kemas”. Ini membahayakan kerana gas LPG lebih berat daripada udara dan boleh berkumpul di ruang tertutup.
Menggunakan hos getah yang sudah keras/retak. Sentiasa periksa tarikh luput hos dan ganti bila perlu.
Tidak memeriksa gelang getah (gasket) pada injap semasa menukar tong. Gasket rosak boleh menyebabkan kebocoran halus.
Menyalakan suis atau telefon bila terhidu gas. Percikan kecil pun boleh menjadi punca letupan.
Kesimpulan
Utamakan keselamatan tong gas dengan letak di kawasan berventilasi, periksa kebocoran secara berkala, dan ikut panduan Petronas. Amalan kecil seperti jarak yang betul, hos yang elok, dan pengudaraan mencukupi dapat mencegah insiden berbahaya di dapur. Bila ada tanda kebocoran, bertindak cepat dan utamakan keselamatan keluarga.
Biasanya setiap rumah mesti akan ada tabung untuk simpan duit. Paling tidak pun akan ada satu untuk simpan duit syiling atau duit yang kita jumpa dalam rumah.
Tapi pastikan duit yang kita simpan dalam tabung ini tidak bercampur antara duit kertas dan juga duit syiling. Ia untuk mengelakkan kejadian duit reput seperti yang berlaku terjadi pada rakan Lily Noorly Mohd Noor ini.
Duit yang disimpan rakannya dalam tabung tin reput, jumlah pula bukan sedikit hampir RM1k.
Elok juga kita ambil pengajaran daripada kisah ini. Boleh jadi ia berpunca daripada duit lembap yang dimasukkan dalam tin. Ia mungkin penyebab berlaku proses pereputan, apatah lagi ia disimpan dalam tabung jenis besi atau tin.
Duit kertas reput, hancur, lebur RM1k
Sekadar perkongsian bersama, ia terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya lebur macam tu ja. Semua duit mereput, relai, hancur, bila cuba nak buka dari lipatan.
Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir RM1k lebur, bawa pergi bank tak tahulah terima atau tidak.
Edit: Alhamdulillah, terima kasih yg share dan beritahu boleh tukar dan bank terima. Mudah-mudahan dapat balik ganti.
Untuk pengetahuan duit yang reput seperti ini boleh ditukar di Bank Negara. Duit yang reput tapi masih ada lebih separuh daripada saiz asal boleh menerima nilai penuh.
Rumah dah deko cantik, kemas tapi bau pulak tak best. Jadi boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Aien Suraya ini untuk memastikan rumah kekal wangi.
Selain mengharumkan kediaman tip yang dikongsi ini juga berguna untuk bersihkan ruang rumah dan memastikan habuk tak melekat.
1. Rumah wangi, habuk tak melekat pada perabot
Bahan-bahan:
1 penutup pelembut fabrik (klik SINI untuk beli)
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. Lantai berkilat, satu rumah bau harum
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-bahan:
1 penutup pencuci lantai (klik SINI untuk beli)
Beberapa titis cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. DIY pewangi rumah guna cecair pelembut fabrik
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-bahan:
1 penutup pelembut fabrik (klik SINI untuk beli)
Beberapa titis cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur, baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan bilik air
Bahan-bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Setiap orang memiliki ukuran dan bentuk tubuh yang berbeza, tetapi dalam aspek pipi yang tembam dan dagu berlapis, ia mungkin kerana faktor kita sendiri.
Untuk menghilangkan lemak di bahagian tubuh lain mungkin ada senamannya tapi di bahagian wajah walau pun ada namun keberkesanannya masih dipersoalkan.
Bagaimana pun jika langkah ini anda lakukan setiap hari, ia bukan saja berupaya mengurangkan lemak pada wajah tapi juga di seluruh bahagian tubuh.
1. Kurangkan gula dan garam
Ini antara kaedah cepat untuk mengurangkan berat badan. Sekiranya kita mengambil terlalu banyak gula dan garam, tubuh akan menyimpan banyak lebihan air. Oleh itu jika mengehadkan pengambilan kedua bahan ini berat badan akan turut secara semula jadi.
2. Senaman kardio
Jika anda serius ingin mengurangkan lemak di seluruh bahagian tubuh, senaman yang sesuai adalah senaman kardio. Apa itu senaman kardio? Ia adalah set senaman yang berulang-ulang dalam tempoh masa tertentu. Paling tidak, anda perlu melakukan 60 minit sesi senaman lima kali dalam seminggu agar perubahannya lebih ketara.
3. Jaga pemakanan
Jika anda melakukan senaman berjam-jam tapi pemakanan tidak dijaga maka maka perbezaan nyata tidak akan dapat dilihat pada bahagian wajah. Hadkan makanan yang diproses, makan makanan segar dan berhenti sebelum kenyang.
4. Minum air secukupnya
Minum air putih secukupnya akan membuat perut lebih terasa kenyang, meredakan sakit kepala dan juga mengelakkan rasa lapar. Selain itu, ia juga akan membuat kulit lebih lembap, selain meningkatkan metabolisme.
5. Tidur perlu cukup
Tidur yang cukup akan meningkatkan daya tahan tubuh dan menjaga keseimbangan hormon. Tidur paling tidak 7 jam setiap malam juga akan memberikan anda tenaga dan juga membantu pembakaran lemak.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...