Kulit durian boleh buat baja organik, penyubur tanaman
Dah beli dan makan durian yang mahal-mahal, kulitnya jangan buang. Masih boleh digunakan lagi. Bukan untuk makan tapi untuk dijadikan baja organik cecair yang sangat elok tanaman.
Baja organik ini sudah terbukti berkesan menyuburkan tanaman disebabkan kandungan zat perangsang tumbuhan (ZPT) yang tinggi di dalamnya. Ia boleh digunakan sebagai siraman atau pun disembur pada pokok.
Cara membuat baja dari kulit durian ini juga cukup mudah, ia hanya memerlukan dua bahan saja iaitu kulit durian dan air. Panduan membuatnya dikongsi oleh Hafiz Husin II
Kulit durian buat baja, ini caranya
1. Rendam pangsa kulit durian bersama 30-40l air paip.
Ads
2. Masukkan bata sebagai pemberat atau kulit durian tenggelam. Kemudian tutup tong tapi jangan terlalu rapat.
3. Biarkan selama 4 minggu.
Ads
4. Selepas 4 minggu baja cecair sedia digunakan.
Cara penggunaan
Untuk siraman: 20ml pati baja cecair + 1 liter air
Untuk semburan: 20ml pati baja cecair + 1 liter air
alau buat nasik lemak sambal bilis yang sedap memang penting. Tapi tak ramai yang mahir buat sambal yang enak, selalunya golongan ibu-ibu kita yang berumur pandai menghasilkannya.
Pun begitu nak hasilkan sambal yang sedap bukanlah susah sebenarnya. Cikgu Zazo Mohammad berkongsi rahsianya yang diperoleh daripada sahabatnya.
Caranya hanya dengan menumis gula. Mudahkan! tapi rasanya…
“Masya-Allah… Sedap sungguh. 1st time buat sambal ikan bilis yg sedap ni. Tumis gula jadikan karamel sebelum tumis cili kering. Terima kasih la sahabat Salz Eimas tak kedekut beri resepi ni. Siapa-siapa yg suka sambal ikan bilis boleh cuba resepi ni.
1. Panaskan minyak kemudian masukkan gula sehingga ia larut menjadi karamel.
2. Kemudian tumis bahan yang dikisah iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering. Masak hingga terbit minyak.
3. Selepas itu masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dipotong. Masukkan juga air asam, gulam baram dan air sehingga sama paras.
4. Akhir sekali masukkan gula Melaka. Kecilkan api, tumis hingga keluar minyak barulah ditutup apinya.
5. Cara yang sama boleh juga digunakan untuk memasak sambal lain seperti udang, sotong atau puyuh.
Harga bawang merah sekarang dah semakin mahal, malah barang-barang lain pun sama. Oleh itu mana cara yang boleh membuatkan kita jimat, eloklah dipraktikkan.
Salah satunya tanam sendiri bawang merah. Manfaatkan laman di rumah untuk tanam bahan masakan yang memang kita guna sehari-hari. Lagi pun cara tanam bawang merah pun mudah saja.
Antara yang mempraktikkan kaedah tanam sendiri bawang ini adalah Misnah Olo. Malah beliau turut berkongsi cara penanaman yang dilakukan hingga membuahkan hasil.
1. Cara tanam cuma guna bawang di dapur saja. Potong sikit bahagian jambulnya untuk daun keluar.
2. Boleh gunakan tanah hitam sawit campur dengan sedikit tanah merah sikit.Tanah mesti peroi dan serap air.
3. Cara semai, tanam sebiji bawang dengan cara benamkan sikit saja pangkalnya. Jangan dalam sangat. Jarakkan juga supaya bawang keluar banyak.
4. Bawang yang ditanam ini boleh biarkan terdedah kepada panas dan hujan. Siram 2 kali sehari. Waktu awal bawang bercambah, air perlu cukup dan boleh letak baja 2 minggu sekali.
5. Apabila sudah keluar bawang, siram sekali sehari saja. Pokok bawang tak boleh air berlebihan kerana mudah busuk.
6. Dalam tempoh 3 bulan bawang dah boleh dituai. Paling penting daun bawang jangn petik, nanti tak jadi bawang. Tanda bawang dah boleh dituai bila lihat daunnya dan mula menguning dan kering.
Ruang rumah lain dah cantik tapi tangga saja yang macam tak kena, jika berhajat nak makeover mungkin idea dari Aina Syafiqka ini boleh digunakan.
Tak perlu tukar tiles untuk makeover tangga cuma guna cat epoxy saja, terus berubah keadaan tangga. Caranya, boleh ikut perkongsian beliau.
Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget utk install solid wood dekat tangga. Saya decide nak diy selepas banyak sangat tengok instagram mat salleh kebanyakannya cat tangga.
So lepas buat research saya nak cuba guna epoxy yang orang selalu digunakan untuk cat bilik air. Tapi kebanyakkan epoxy jenis glossy, bukan matte. Saya nak yang matte finishing. Hasil godek Shopee finally jumpa cat epoxy yg matte finishing.
Harga agak mahal berbanding epoxy yg gloss biasa – 1L around RM70 but seriously sangat cantik hasilnya. Untuk tangga 16 steps kecil 2 steps besar kuantiti cat;
✅Warna hitam – 1 tin utk 2x layer (cukup-cukup)
✅Warna Putih -2 tin (sebab banyak layer untuk dapat finishing yang smooth dan cantik)
✅Undercoat – 1 tin
1.Saya undercoat dulu semua 2 layer kemudian baru cat colour. Saya start dengan warna putih dan hitam.
2.Cat ini kena mix dengan hardener supaya cat lebih kuat dan tahan pada tiles dan tak mudah luntur kaluu kena air.
Jadi untuk tak nak bazirkan cat, saya bahagi-bahagikan jumlah cat untuk mix dengan hardener. Saya tak bancuh terus 1 tin sebab bila dah bancuh dengan hardener kena terus guna sebab cat akan keras lepas. Kalau dah keras membazir.
3. Sebelum cat saya bersihkan tangga dulu, kemudian baru start undercoat, untuk garisan tiles saya biarkan sahaja nanti bila dah cat tak nampak sangat.
4. DIY ini saya buat sorang, since sekali cat kena tunggu kering 8-12hrs so saya buat masa malam lepas anak-anak saya dah tidur. Saya akan start dari bawah ke atas, besok bangun tidur dah boleh pijak.
Untuk siapkan tangga ini ambil masa 2 minggu juga sebab kejap ada mood kejap takde.
5. Dah 11 bulan lepas saya cat tangga, alhamdulilah masih cantik lagi macam baru. Belum ada ada terkupas walau pernah heret kabinet Ikea yang besar dari bawah ke atas. Warna pun tak pudar. Saya mop macam biasa seminggu sekali.
Cuma satu saja, bila tangga hitam akan senang nampak berdebu, kena rajin bersihkan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...