Sejak kebelakangan ini, anak gadis Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi jadi perhatian di media sosial. Memiliki wajah yang lembut, putih gebu, pemalu sedang belajar agama pula, memang ramai jejaka yang berhasrat nak menyunting Marissa Dania sebagai isteri.
Perkara ini diakui oleh Norman dalam instagramnya. Ujar pelakon ini ramai yang menghantar mesej di instagram untuk ‘merisik’ anak dara suntinya.
Tak mahu ‘bakal-bakal imam’ tertunggu-tunggu maka ini jawapan Norman buat mereka. Padu sungguh!
Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tgh ‘viral’.Viral untuk apa tu? Yang pasti habis DM papa penuh dgn ‘risik’an yg padu.Yang pilu pun ada jugak.
Nak bagitau anak dara saya ni umur in shaa Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti. Jauh perjalanan lagi. Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan
Ads
Kepada majoriti yg ber’niat’ utk menjadi ‘Imam’ tu melalui DM yg saya baca,alhamdulillah utk nawaitu yg suci & ikhlas tu.Saya anggap itu sebahagian daripada permulaan ukhuwah & silaturahim sesama kita.
Utamakan yang utama, kata Abby
Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’.Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal ‘imam’ yg pertama sekali of course kpd Allah s.w.t.Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibubapa kita umpama esok tiada lagi hari utk kita didunia ini
Lepas tu barulah fikirkan utk ‘mendirikan masjid’.Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Nak mendirikan ‘masjid’ ni bukan sekadar bersandar pada teori.Saya yg dah nak masuk anak ke-6 ni pun masih lagi belajar seni utk ber’masjid’.
Ads
Doakan dia
Wallahualam segala yg terbaik hanya dariNya.Seboleh mungkin bila ‘comment’ kat anak dara saya ni kat ig dia,sama2 selitkan doa utk dia sbb doa yg baik2 tu semua in shaa Allah akan berbalik pada kita semula.
Pakai bahasa ‘wicet’ pun no hal janji sempoi & maksud sampai.Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas .Itu yg sama2 kita jaga ok??Aamiin in shaa Allah❤️
Ads
Ha amacam, harap yang DM Norman tu, faham ya. Kita tengok siapa jejaka bertuah yang dapat jadi menantu Norman ni nanti. Lambat lagi kot, umur Marissa ni baru 13 tahun uolls.
Selepas Nabila Huda berjaya menawan Gunung Annapurna yang berketinggian 4,130 meter dari aras laut tahun lalu, giliran bapanya pula Amy Search melaku perkara yang sama.
Tidak bersendirian, isteri Amy Nourish atau Norhasniza Hassan turut serta dalam ekspedisi itu. Pada usia 60 tahun ramai kagum dengan tenaga dan semangat penyanyi ini bila berjaya sampai menjejak kaki ke Kem Pangkalan Annapurna (ABC) di Nepal.
Tapi satu lagi yang menarik perhatian netizen ialah bila melihat foto isterinya yang sanggup berbaju kurung menahan kesejukan bagi meraikan kejayaan menawan Annapurna.
Malah momen paling indah saat-saat tiba di puncak juga turut dikongsi oleh Amy. Penyanyi ini dilihat mengalirkan air mata dalam satu video yang dirakam isterinya.
“This is it, this is your dream,”ujar Nourish sambil merakam video Amy Search mengalir air mata dan berpelukan bersama rakan-rakan lain yang menyertai ekspedisi tersebut.
Model Korea tapi berkulit hitam, memang rare. Keistimewaan ini juga menyebabkan Han Hyun Min, 17, telah tersenarai sebagai The 30 Most Influential Teen of 2017 oleh Time Magazine.
Han yang memiliki bapa berasal dari Nigeria dan ibu dari Korea ini mula memasuki pentas peragaan buat kali pertama pada tahun 2016 dalam Seoul Fashion Week.
Perbezaan warna kulit pada satu sisi menyebabkan dia cepat dikenali. Han menjadi model Korea berkulit hitam yang pertama menyertai pertunjukan fesyen di negara itu.
Tertarik dengan foto di instagram
Kerjayanya sebagai model bermula bila seorang ejen melihat foto instagramnya dengan gaya berjalan yang tersendiri.
Walaupun tahu mengambil Han sebagai model cukup berisiko kerana dia kulit hitam namun ternyata percaturannya berjaya.
Awalnya ramai pereka fesyen yang menolak kehadiran Han tapi ada juga yang menyukai gayanya. Sejak menjadi model dia telah terlibat dalam 30 pertunjukan dalam Seoul Fashion Show. Ia merupakan permulaan yang cukup baik untuk model baru seperti Han.
Ditipu dan disindir kerana warna kulit hitam
Tapi akui Han untuk mendapat tempat dalam dunia peragaan di Korea bukanlah mudah. Dia berdepan dengan banyak cabaran kerana warna kulitnya.
“Ia lebih sukar dari apa yang saya jangka. Saya ditipu dan selalu disindir kerana warna kulit yang berbeza. Tapi kata-kata ayah bahawa saya adalah istimewa dan ada perkara baik berlaku selepas ini membuatkan saya bersemangat kembali,” kata Han yang mempunyai lebih 95 ribu pengikut di instagramnya.
Demi memberi pengajaran terutama anak muda agar tidak terjebak dengan apa yang telah dilalui, bekas mak nyah ini berkongsi kisah hidupnya yang penuh dengan sejarah hitam.
Ibarat membuka pekung di dada tapi Harry Zulkifli mahu orang lain mendapat pengajaran daripada kisah silamnya sebelum mengambil keputusan nekad lari dan menyendiri.
Sudah meninggalkan segalanya, namun penghijrahannya juga bukan mudah, penuh dengan dugaan tapi akhirnya dibalas dengan kehidupan kini yang dirasakan cukup manis.
Saya bekas MAK NYAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Harry Zulkifli berusia 26 tahun. Berasal Kuching Sarawak dan kini menetap di tanah semenanjung Kuala Lumpur hampir 5 tahun.
Saya bekas seorang MAKNYAH dan saya tergerak hati untuk menulis sedikit perkongsian yang mungkin boleh membantu beberapa rakan saya di luar sana terutamanya para remaja. Berdasarkan pengalaman dan apa yang saya lalui, wajar untuk saya kongsikan kisah pahit manis ini.
Saya dulu bukan seorang yang menjaga solat dan hidup saya penuh dengan maksiat. Sepanjang 23 tahun saya hidup, beberapa kali saja saya solat jumaat. Mungkin kurang 10 kali. Dan dulu tidak pernah sekalipun lengkap 5 waktu solat saya untuk sehari. Demi Allah. Saya bukan nak buka aib sendiri. Tetapi ini hakikat hidup saya yang dulu.
Macam2 cara saya buat tapi semua tak jadi. Sampailah saya cuba untuk lari menyendiri dan sedaya upaya menjaga solat walaupun pada mulanya penuh dengan perasaan ” terpaksa “. Tahun pertama selepas saya berhijrah, saya masih tidak dapat menjaga solat dan masih melakukan banyak perkara2 yang buruk (maksiat).
Cuma sedikit kurang berbanding sebelum berhijrah. Sehingga saya kurang yakin dengan penghijraan saya pada masa itu. Saya masih terikut ikut dengan perangai saya yang lama. Tetapi hampir setiap hari hati saya terdetik untuk terus berubah.
Saya pelik.! Saya ambil langkah untuk menjauhkan diri dari semua kawan dan saya bawa haluan sendiri tanpa berita. Family pun saya jarang contact. Jujur saya tidak kuat masa ini. Dasyat sangat ujian yang Allah SWT bagi. Perasaan yang tidak tentu, sunyi dan didatangi dengan pelbagai masalah.
Demi Allah semua ini makan masa lebih kurang 2 tahun setengah
Ini fasa yang paling saya risau. Masalah bertubi tubi datang sampai saya hilang arah. Saya ambil langkah dekatkan diri dengan Allah dan keluarga adalah tempat saya mengadu. Biasalah lumrah manusia, bila dalam masalah baru ingat Allah, baru ingat keluarga.
Banyak kali saya minta ibu dan kakak saya untuk mendoakan kebaikan untuk saya dan saya banyak bergantung nasihat beberapa orang rakan karib saya. ” Hebat dugaan time ni masyaAllah.! ” Memang Allah bagi ujian ini supaya saya sujud selalu pada Dia. Saya tukar environment saya, saya banyak mintak nasihat beberapa orang yang arif berkenaan ilmu agama.
Bila saya jaga beberapa perkara wajib yang Allah suruh, saya perasan yang saya semakin kuat untuk berubah. Saya selesaikan segala masalah saya satu persatu. Saya berhenti mengambil pil perancang ( hormon ), saya potong rambut saya semakin pendek, saya berhenti pergi ke club, saya berhenti buat benda terlarang dan saya berjaya buang segala “hobi” buruk saya dahulu. Demi Allah semua ini makan masa lebih kurang 2 tahun setengah.
Benar, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan susun hidup kita satu persatu. Allah temukan saya dengan orang2 yang hebat.! Allah rapatkan hubungan saya dengan keluarga saya di kampung. Allah berikan rezeki dari bermacam macam sumber.
Allah bagi saya rakan2 yang baru. Dan paling hebat, Allah bagi saya sokongan hebat dari kawan2 lama saya. Saya selama ini lari dari kawan2 sebab malu dengan penghijrahan sendiri. Rupa rupanya majoriti di antara mereka paham dan Alhamdulillah hubungan saya dengan mereka semua masih akrab. Allahuakbar.!
Sekarang saya tahu, semua orang berniat untuk berubah menjadi yang lebih baik, akan terlintas di dalam hati masing2 untuk berhijrah. Tidak kira sesiapa pun. Tetapi mungkin tidak tahu cara yang betul2 sesuai pada diri.
Nasihat saya sebagai sahabat, jangan paksa diri untuk berubah secara drastik. Langkah paling baik, tukar environment kita untuk sementara waktu. Banyak muhasabah diri, mintak kat Allah satu persatu. Memang sunyi waktu ni, tetapi percayalah, Allah ada dengan kita time ni. Sangat dekat Allah dengan kita.
Buang rasa malu
Allah tahu kita tidak kuat lalui sorang2. Allah sebenarnya nak pimpin hati kita. Allah nak hadiahkan hidup yang baru. Hati yang baru. Sesuatu yang hebat sedang menunggu. Demi Allah, sumpah atas nama Allah yang Maha Agung.! Ini benar2 betul. Lama kelamaan mesti kita akan bertambah kuat. Bertambah yakin.!
Masa ini lah kita jumpa balik environment dan kawan2 kita. Jangan buang kawan pulak. Mintak maaf dengan semua, bagitau perkara yang betul. InsyaAllah ramai yang akan paham. Buang rasa malu. Sebenarnya kalau difikirkan, tidak ada siapa yang nak marah kalau kita buat benda yang baik. Cuma jangan kita bongkak, jangan kita riak membandingkan diri dengan sesiapa. Jangan buat sesiapa terasa hati . Itu paling penting.
Sebenarnya ramai yang menjaga solat. Saya yakin anda semua lebih banyak amalan2 yang baik. Cuma saya berkongsi lebih pada jalan cerita hidup saya. Saya yakin yang menjaga solat ni, hidup mereka jauh lebih baik daripada apa yang pernah saya lakukan dulu. Itu perbezaan jelas kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah.
Maafkan saya, bukan niat saya bercerita yang baik2 saja tentang diri saya. Saya tahu ramai yang terdetik hati tapi tidak yakin dengan diri sendiri. Kalau saya boleh, sahabat semua mesti boleh. Kita buat bukan kerana orang lain. Kerana Allah dan kerana ibubapa kita yang banyak berdoa akan kebaikan dari kita.
Dulu ramai sangat kata saya tidak boleh berubah. Saya pun kata saya tidak akan berubah sampai bila2. Tapi bila kita mula yakin.! Kita mesti akan dapat berubah satu hari nanti. Akhir kata, saya harap masyarakat kita jangan berkeras dan beri pendekatan yang baik terhadap kami semua.
Saya bukannya baik sangat, masih belajar
Jadikan kami kawan baik anda. Dan InsyaAllah dengan pendekatan yang lembut, saya sangat yakin ramai akan berusaha berubah ke arah yang lebih baik. Maafkan saya kalau ada menyinggung perasaan mana2 pihak. Saya sekadar bercerita pengalaman penghijraan saya.
Harap jangan dikaitkan dengan sesiapa. Saya bukan nya baik sangat. Masih belajar erti kehidupan sebenar. Niat saya untuk bantu rakan2 saya yang mungkin ingin bersama sama mencari redha Allah SWT. Kita hidup di dunia tidak lama. Tidak salah kiranya kita saling usaha untuk kebaikan diri kita sendiri. InsyaAllah. Saya Sayang semua. Terima kasih sebab sentiasa mendoakan saya dan semua. Saya harap Allah jaga dan sayang kita semua. InsyaAllah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...