Nasi basi jangan buang, ia mungkin nampak seperti sampah dapurtapi sebenarnya sisa dapur ini masih ada kegunaan.

Mungkin ada yang tak tahu nasi yang sudah basi ini sebenarnya boleh dijadikan baja organik yang subur untuk tanaman. Caranya mudah dan sangat praktikal, tak perlu beli tong kompos mahal pun!

Bagi yang hanya ada ruang kecil di rumah atau tinggal di rumah bertingkat, cukup sekadar sediakan satu dua pasu kosong. Gunakan pasu ini sebagai tempat ‘tanam’ sisa dapur seperti nasi basi, dan selepas beberapa bulan anda akan dapat tanah kompos yang subur untuk pokok-pokok kesayangan.

Nasi Basi Jangan Buang, Buat Kompos. Ini Caranya

  1. Sediakan pasu kosong atau bekas terpakai.
    Tak perlu besar, cukup muat untuk sisa dapur harian seperti nasi, kulit buah, sayur rosak, dan sebagainya.

2. Tanam nasi basi terus ke dalam tanah.
Caranya senang, gali sedikit, masukkan nasi basi dan tutup semula. Pastikan tak dedahkan sisa supaya tak menarik serangga atau bau.

3. Tambah bahan organik lain.
Kalau ada, boleh campurkan daun kering, kulit telur, atau ampas teh/kopi untuk tambah nutrien tanah.

Ads

Nasi Basi Jangan Buang, Tanam Dalam Pasu Kosong! Ini Kegunaannya

4. Biarkan selama 4-5 bulan.
Sisa akan terurai sendiri menjadi kompos yang kaya nutrien. Bila tanah nampak gelap dan bertekstur longgar, itu tanda kompos dah sedia untuk digunakan.

5. Gunakan pada pokok.
Ambil sedikit demi sedikit dan tabur pada pangkal pokok. InsyaAllah, pokok lebih subur, daun lebih hijau, dan kurang keperluan baja sintetik.

Ads

Kenapa Perlu Guna Kaedah Ini?

Kurangkan sampah rumah.
Nasi basi biasanya jadi punca bau busuk dalam tong sampah. Dengan tanam, kita dapat kurangkan bau dan jumlah sampah.

Tak perlu beli baja.
Jimatan berganda. Hanya guna sisa dapur, pokok pun tetap sihat.

Sokong gaya hidup lestari.
Kitar semula bahan organik ini bantu kurangkan beban tapak pelupusan sampah. Kita tolong jaga bumi, bumi pun bantu pokok kita membesar.

Ads

Jadi, selepas ini kalau ada nasi basi atau kulit bawang lebih, jangan terus buang! Tukarkan kepada sesuatu yang lebih bermanfaat.

Bagi pokok, sisa makanan kita adalah sumber makanan mereka pula. Sekecil-kecil usaha ini pun besar impaknya pada alam sekitar.

Sumber: Nabihah Abdul Rahman

Baca Lagi: Kulit Bawang Putih Jangan Dibuang. Bakar Waktu Senja Banyak Manfaatnya

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI