Pengalaman guna EV atau kereta elektrik ini mungkin boleh jadi panduan buat yang sedang berkira-kira membeli kenderaan jenis ini.
Kereta elektrik (EV) semakin jadi pilihan Ketika ini. Dengan kos petrol yang naik turun, dan kesedaran tentang gaya hidup lebih mesra alam, makin ramai pengguna mula berminat dengan kereta ini.
Persoalan yang selalu bermain di fikiran kita adalah, adakah EV ini betul-betul berbaloi untuk kegunaan harian?
Seorang pengguna EV Hasrul Azuan Hussin berkongsi pengalamannya tentang kereta ini selepas dua bulan setengah menggunakan EV sepenuhnya.
Daripada urusan mengecas, bil elektrik, kos servis, sampailah ke perjalanan jauh — semuanya dikongsi. Bagi yang sedang berkira-kira untuk membeli kereta ini boleh ambil kira perkongsian beliau.
Pengalaman guna EV selepas 2 bulan
Setelah 2 bulan setengah pakai kereta EV, sekarang saya nak kongsi pengalaman dan kelebihan jika korang beli kereta EV sekarang.
Sebelum beli kereta EV, korang kena pastikan korang duduk rumah landed dan bil TNB bawah RM200 sebulan barulah berbaloi.
Saya beli Proton Emas Premium, harga RM123,000 siap dapat cash rebate RM4,000. Beli kereta EV dengan proton dapat percuma wallbox charger. Hanya perlu bayar upah pasang dalam RM1,100.
Ads
Kos caj EV VS minyak kereta
Setiap bulan kereta saya jalan hampir 3900km (boleh tengok gambar mileage kereta saya sebagai bukti) dan saya memang hanya gunakan wallbox charger di rumah untuk caj kereta.
Biasanya saya akan caj 2 hari sekali pada waktu malam. Bateri akan penuh dalam masa 5-6 jam, bangun pagi baru saya cabut wall charger. Rumah saya memang dah pasang solar, jadi purata bil sebelum ini dalam RM70-RM100 sebulan.
Bulan lepas saya hanya caj kereta guna wallbox charger, jadi bil TNB meningkat menjadi Rm416. Jadi kalau tolak bil sebelum guna EV, kos caj adalah lebih kurang RM316 sebulan.
Sebelum ini saya pakai honda HRV dan saya spend hampir RM850 sebulan untuk petrol. Sekarang kos caj hanya RM316 sebulan.
RM850 – RM316 = RM534.
Ads
Jumlah saya jimat hampir RM534, tak termasuk jimat pada servis minyak hitam lagi.
Servis EV
Dulu saya kena servis kereta hampir 3 kali setahun, kos mencecah RM1200. Tapi bila pakai EV, servis hanya setahun sekali dan kos hanya RM250.
Alhamdulillah, mengikut kiraan formula ‘rapizi’, saya dapat jimat hampir RM7,350 dalam setahun. Mungkin nilai penjimatan ini nampak kecil, tapi pada sesetengah orang mungkin banyak.
Saya pernah bawa kereta EV ke Johor Bahru, perlu stop di Pagoh dalam setengah jam untuk topup bateri untuk sampai tanpa ada perasaan anxiety.
Ads
Sesuai untuk kegunaan bandar
Jadi saya syorkan kereta EV ini memang sesuai untuk kegunaan dalam bandar atau dekat rumah saja. Sebab setiap dua hari boleh caj dekat rumah.
Pasal kos bateri EV mahal, berdasarkan data ia boleh tahan hampir 1 juta km atau 50 tahun. Sesiapa bil TNB yang lebih RM400 keatas, saya syorkan pasang solar panel dulu.
Sekiranya di rumah sekarang sedang tanam anak pokok cili, tip yang dikongsi daripada Mohd Nor ini boleh dipraktikkan terus.
Ia supaya pokok cili yang baru ditanam stabil selain banyak akar. Cara ini juga membolehkan jangka hayat pokok cili tahan hingga bertahun-tahun. Bila kekal lama, hasil cili pun boleh tuai banyak kali.
Bila alihkan ke pasu atau tanah kena tanam sekali batang pokok
Menurut Mohd Nor sewaktu pindahkan anak pokok cili ke dalam pasu, polibeg atau tanah, buang daun di bahagian bawah dan tanam dalam sikit.
Untuk lebih mudah faham, tanam sampai paras tanda merah dalam gambar. Batang yang ditimbuskan akan mengeluarkan akar-akar baru yang boleh menambah kestabilan pokok & membantu pokok cepat membesar & berbuah. Cara ini jangka hayat pokok cili juga akan lebih lama.
Selain itu pastikan pokok cili dapat cahaya matahari pagi sampai petang, ini yang terbaik. Hasilnya pokok cili akan rendang & cabang dahan mudah tumbuh.
Jika kurang cahaya pokok akan tinggi & tak stabil serta cabang dahan sukar tumbuh.
Tip ekstra
Pembajaan terbaik utk cili ialah baja AB atau apa saja baja boleh digunakan cuma dengan sukatan yg betul.
Kawalan perosak juga penting kerana pokok cili sering diserang benah putih. Boleh beli atau buat sendiri menggunakan campuran bawang putih + cili padi + sabun cuci pinggan.
Tip penting jika masak telur mata supaya selamat dimakan, jangan biar lebih 4 jam
Semalam berlaku dua kematian akibat keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada makan telur mata. Mangsa dikatakan mengalami cirit birit, dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.
Berita ini sudah tentu memberi kerisauan kerana saban hari hidangan telur mata menjadi santapan kita. Justeru bagi mengelakkan kemudaratan berlaku akibat memakanan hidangan telur ini sebaiknya memerhatikan kebersihan dan keselamatannya supaya tidak membawa mudarat kepada kesihatan.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu kita praktikkan dalam penyediaan telur untuk dimakan.
Menurut laporan Public Health Malaysia telur ayam terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.
Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).
Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!
Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.
Telur mata juga hendaklah dimakan dalam tempoh empat jam disediakan.
Kena pastikan telur masak sempurna jika masak dalam kuantiti banyak.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...