Pes asam pedas ini wajib ada kalau ramai peminat lauk ini di rumah dan setiap minggu hidangan ini mesti ada atas meja.
Bila dah ada siap-siap pes begini senang kerja tiap kali nak buat asam pedas. Tak perlu dah nak kisar bawang, nak tumis lama-lama — buka bekas, ambik sesudu dua, tumis, masuk air, terus jadi asam pedas yang padu.
Cara buat pes asam pedas homemade
Bahan-bahan
3 biji bawang besar **
3-4 genggam cili kering – potong, bersihkan dan rebus **
5-6 ulas bawang putih **
1 ketul kunyit hidup **
3 inci halia **
1 sudu besar lada hitam **
Satu kiub ayam **
1 inci belacan bakar **
2 batang serai – diketuk
1 sudu besar halba
1 ikat daun kesum (60sen)
2 sudu teh garam halus atau secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
4 sudu teh gula atau secukup rasa
2 1/2 senduk besar minyak masak – menumis
Ads
Cara penyediaan
1. Cili kering dipotong serong buang biji cili, dibersihkan dan direbus lembut. Selepas itu angkat cili air rebusan buang.
2. Di dalam pengisar/blender satukan bahan bertanda kisar hingga hancur dan halus.
3. Panaskan minyak, tumis halba kemudian letak serai. Tuang bahan kisar lalu masak hingga pecah minyak (lebihkan minyak sewaktu menumis).
Ads
4. Kemudian masukkan bersama bahan-bahan lain, perasakan secukup rasa. Masakkan lebih kurang 3 minit lagi.
5. Apabila siap, sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas supaya lebih tahan lama. Nak lebih tahan lama simpan di tempat sejuk beku.
Ads
Cara memasak
Untuk asam pedas ayam kuantiti setengah ekor masukkan 5-6 sudu besar pes asam pedas tip top, air 5 cawan (agak-agak paras ayam di dalam periuk). Masak hingga mendidih.
Jika kekurangan dari segi rasa boleh tambah ikut citarasa. Jika suka kuah pekat kuah, tambah pes. Hasil kuah asam pedas menggunakan pes ini merah cantik dan sedap. Bau aroma asam pedas padu.
Ramai yang gemar makan pisang dan kebiasaannya buah ini akan sentiasa ada saja di rumah.
Tapi jadi masalahnya buah pisang ini tak tahan lama. Cepat jadi lembik dan busuk.
Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kita tahu tahu cara menyimpan pisang yang betul. Jika kena caranya buah ini akan tahan lebih lama.
Korang suka makan pisang boleh praktikkan 5 petua simpan pisang agar tidak cepat lebam dan busuk.
1. Pilih sisir ada masak dan belum masak
Pilih sisir atau setandan pisang yang di dalamnya terdapat pisang yang sudah masak dan belum masa. Supaya kitya tak perlu menghabiskan semua pisang dalam masa yang singkat.
2. Basuh pisang dengan air bersih
Kebanyakan peniaga akan menyembur sejenis bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangan pisang. Oleh itu dengan membasuh pisang bukan saja dapat mengelakkan kita termakan malah mengelakkan ia dari masak lebih cepat.
3. Balut tangkai dengan kertas aluminium
Untuk kekalkan kesegaran pisang, balut tangkat pisang dengan kertas aluminium atau kertas. Kemudian simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Selain itu boleh juga gantung pisang dalam keadaan tangkai ke atas. Ia bertujuan mengurangkan bintik-bintik pada pisang.
4. Jangan simpan pisang dengan epal
Ini kerana epas akan membebaskan sejenis bahan kimia yang disebut ‘ether’ yang akan menyebabkan pisang masak lebih cepat.
5. Elak hentak pisang
Jangan letak dengan kasar atau menghentak pisang ketika mengendalikannya. Pegang atau letakkan dengan perlahan kerana hentakan yang kuat akan menyebabkan kulit pisang menjadi gelap atau lebam dan teksturnya menjadi lembik.
Setiap kali masak sup terutamanya daging atau tulang, lemak dan minyak yang timbul memang dapat dielak apatah lagi bila sup sudah sejuk. Lemak dan minyak ini juga akan melekat pada periuk dan pinggan mangkuk.
Bagi mengelakkan sup yang dimasak dipenuhi lemak dan minyak ini ada cara yang boleh kita lakukan. Petua mudah yang dikongsi oleh Sharifah Norita adalah dengan cara memasukkan timun batang.
Petua elak lemak dan minyak bila masak sup
1. Ketika sup belum mendidih, sediakan sebatang timun. Boleh potong dua jika mahu.
2. Terus masukkan dalam sup yang sedang dimasak. Timun ini berfungsi menyerap minyak dan lemak daripada tulang dan daging.
3. Selepas sup masak, boleh keluarkan timun dari sup. Timun ini boleh dibuang kerana penuh dengan lemak.
Info: Timun yang dimasukkan dalam sup ini akan lembut namun tidak hancur atau menjejaskan rasa sup.
Tercekik tulang ketika makan, petua biasa yang dipraktikkan ramai adalah makan gumpalan nasi atau pisang.Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah...