“Pokok durian belanda di rumah ni dah macam buah rambutan. Trip ni hampir 130 biji satu pokok. Usia 4 tahun.”
Perkongsian dari Nik Abdul Aziz ini menarik minat ramai yang punya hobi berkebun. Ditambah pula dengan gambar buah durian belanda yang lebat bergayutan.
Mana tidaknya ramai yang cuba tanam pokok durian belanda yang banyak khasiat ini tapi selalu tak menjadi buahnya, rosak atau tak meriah hasilnya.
Memandangkan ramai yang bertanya tip, petua dan penjagaan pokok tersebut beliau berkongsi ilmu dengan semua.
Petua & penjagaan pokok durian belanda supaya berbuah lebat
Ads
– Untuk pengetahuan, pokok ini tanam di tepi rumah, kawasan sawah padi. Jadi, banyak agen-agen pendebungaan seperti lebah dan serangga kecil, termasuklah serangga perosak.
– Antara faktor buah yang banyak menjadi/melekat adalah disebabkan agen pendebungaan tadi, dan adalah lebih baik jika pokok yang sama spesis (sama jenis) ditanam secara berpasangan.
– Kajian mendapati pokok yang ditanam secara berpasangan akan menghasilkan buah yg lebih berkualiti & hasil yang lebih tinggi, kerana pendebungaan silang berlaku dibawa oleh agen pendebungaan tadi.
Ads
Pembajaan
– Untuk pokok seperti dalam gambar ini, pembajaan 3 minggu sekali untuk baja berunsur ( N ) atau urea, diselang seli dengan baja campuran berunsur N:P:K (10:15:17).
– Tak kisah ratio, asalkan unsur P&K lebih tinggi dari N. Unsur N lebih kepada tumbesaran pokok dan daun, manakala P&K untuk pendebungaan dan buah.
Ads
– Selain dari itu, kawalan racun serangga juga dilakukan (bila rajin). Lagipun pokok ni betul-betul tepi sawah padi, jadi racun serangga akan tempias juga pada pokok ini.
– Antara tip termahal, cuba lakukan cantasan/prunning pokok pada penghujung musim hujan sebelum ke musim panas, Insya-Allah bunga lebat akan keluar.
Penyediaan kawasan menanam tidak kira di halaman rumah, di kebun atau di dalam pasu memerlukan jenis tanah yang sesuai. Jadi sebaiknya sebelum memulakan aktiviti bercucuk tanah ketahui jenis-jenis tanah yang ada sekitar kita.
1. Tanah Liat
Tanah liat mempunyai partikel yang sangat kecil dan rapat antara satu dengan lain. Ia sangat meleket ketika basah dan keras ketika kering. Tanah liat juga sangat padat di antara jenis tanah yang lain. Disebabkan partikelnya sangat kecil dan halus, udara sangat kurang dalam tanah yakni bermaksud pengudaraan kurang baik. Tanah liat juga sangat sukar menerima air.
Apabila menanam sayuran pada tanah jenis ini, akar tumbuhan sukar bergerak. Ia juga sukar untuk digemburkan dan walaupun sudah digembur tetapi ia kembali mengeras setelah beberapa kali terkena air hujan atau siraman dari air anda.
Biasanya tanah liat berwarna kuning kemerahan. Untuk menentukan tanah anda itu jenis tanah liat kepal tanah tersebut ketika masih basah dan sekiranya ia meleket atau tanah tersebut boleh dibentuk seperti sosej maka tanah anda adalah jenis tanah liat.
Foto: www.wilsonbrosgardens.com
2. Tanah Pasir
Tanah pasir mempunyai partikel yang sangat besar dan longgar. Ia kering dan berderai atau peroi. Jenis tanah ini tidak menyerap air seperti jenis tanah yang lain di mana ia cepat kering dan satu lagi sebabnya ialah partikelnya yang sangat besar.
Air akan mengalir dengat cepat menyebabkan air tidak cukup sampai pada benih atau akar tanaman. Pada tanah jenis ini, nutrient tidak bertahan lama kerana cepat hilang mengikut air mengalir keluar.
Apabila tanah pasir disinari sinaran matahari, ia cepat panas. Jika anda kepalkan tanah ini atau buat seperti bentuk sosej tetapi ia tidak membentuk maka anda mempunyai tanah jenis pasir.
3. Tanah Gambut
Tanah gambut adalah warna hitam atau perang. Mempunyai bahan organik dan kandungan air yang sangat di dalamnya. Jenis tanah ini dikelompokkan dalam tanah berorganik. Ia terbentuk kira-kira 9000 tahun dahulu dengan pereputan bahan mineral, tumbuhan dan sebagainya yang tertimbus di dalamnya. Ketika hujan, air sangat banyak di dalamnya dan kering ketika musim kemarau.
Jenis tanah gambut di Malaysia adalah jenis tanah gambut yang dikategorikan sebagai tanah bermasalah sama seperti tanah bris dan tanah berasid sulfat. Jika anda kepal tanah ini ia seolah-olah seperti span dan boleh dibentuk. Maka anda mempunyai tanah jenis gambut.
4. Tanah Endapan
Tanah endapan atau silty mempunyai partikel yang kecil berbanding dengan tanah pasir dan tidak hairan ia sangat lembut dan halus apabila disentuh. Ketika lembab, ianya seakan-akan licin berbusa dan ketika anda gosok di antara dua tangan, ia cepat jatuh.
Tanah endapan boleh menyerap air tetapi tidak nutrient cepat hilang. Tanah jenis ini sejuk dan kering. Ia jenis mampat dan padat dan pengudaraan dalam tanah adalah bermasalah.
5. Tanah Keranji
Tanah keranji atau tanah seline adalah kering dan bergaram. Tumbuhan bermasalah jika ditanam pada tanah jenis ini.
Jenis tanah sesuai untuk pertanian ialah tanah loam. Tanah ini sangat disukai oleh para pekebun dan jenis tanah yang mempunyai kandungan hampir sama di antara tanah lampung, endapan dan pasir beserta humus iaitu kira-kira 40 peratus pasir, 40 peratus endapan dan 20 peratus tanah liat. Tanah loam mempunyai nilai PH yang tinggi dan kandungan kalsium.
Tanah loam berwarna hitam dan sangat gembur, lembut dan rapuh di tangan anda apabila dipegang. Ia menyerap air dengan baik untuk tanaman tetapi cepat kering. Tanah jenis ini mempunyai daya pengudaraan yang baik yakni bebas bergerak di antara partikel tanah hingga ke akar tanaman.
Walaupun tanah loam sangat sesuai untuk tanaman tetapi jangan kecewa sekiranya tanah ini tidak terdapat di kebun anda kerana tanah-tanah jenis lain masih boleh dibaikpulih dengan baik untuk dijadikan media tanaman.
Meski terkenal seantero dunia namun kebanyakan jenama popular termasuk yang mahal ini selalu saja disalah sebut.
Contoh paling mudah adalah Zara, percaya atau tidak di ibu pejabatnya yang terletak di Arteixo Sepanyol ia disebut sebagai Tsah-dah.
Selain itu terdapat banyak lagi yang selalu salah sebutannya, jadi sebelum ada yang tersenyum kerana kesilapan kita eloklah kita betulkan sebutan jenama ini.
Selain tanam sayur dalam pasu, ramai juga yang buat raised bed atau garden bed untuk bercucuk tanam. Seronok bila nampak ini pokok pokok sayur ini membesar sekata.
Bila dah tuai tak sabar pula nak tanam yang baru. Jika nak tanam pokok sayur yang baru di garden bed ini dalam tempoh yang sekejap kena tahu cara membaja yang sesuai supaya tanah cukup khasiat untuk pokok baru.
Dikongsi oleh Harun Arun langkah ini boleh dilakukan.
Cara membaja di raised bed
Garden bed ni baru tuai 2 hari lepas, nak gaul semua sekali dengan tinja ayam dah tak sempat dah (tanah dah lama guna asal dulu tanah campuran tanah hitam, topsoil, pasir, tinja ayam).
Nanti nak kena tunggu pula 10 hari baru boleh tanam, kalau lepas gaul terus tanam nanti takut akar kena panas baja. Jadi semalam gembur sikit tanah, pagi ni terus tanam.
Caranya;
Letak baja organik buat style pocket saja. Rate per pocket lebih kurang 2 sudu besar, terlebih terkurang takpa, tak rugi dan tak rosakkan pokok.
Letak baja, pocket style.
Sifat baja organik (baja ni boleh beli di Shopee) ini slow release, boleh tahan lama duduk dalam tanah & akan sentiasa berterusan supply nutrients pd pokok. Jadi makin rajin kita tambah bahan organik ni tanah makin cantik, tanah boleh guna sepanjang masa, tak perlu ganti lagi dah.
Pocket buat jauh sikit dari pangkal anak pokok lebih kurang 3 atau 4 inci. Sifir tok lagi 7 hari sempat akar anak pokok ambik nutrien kat situ. Buat sementara ni biar pokok makan dari sisa-sisa baja yg ada tertinggal dalam tanah sebelum ni.
Rumput-rumput kering yang letak sebelum ni dah digembur sekali dengan tanah, bila dah terurai nanti bakal jadi baja. Hari ni tambah rumput baru pula.
Info sungkupan
Atas raised bed ini letat rumput kering sebagai sungkupan. Tapi kalau nak guna rumput sebagai sungkupan kena solarization dulu bagi benih rumput mati. Masukkan saja dalam plastik, ikat, jemur tengah panas 1 atau 2 minggu baru guna. Boleh juga buat sungkupan guna daun-daun kering.
Info buat raised bed
Boleh guna tanah campuran, kalau bed tinggi boleh letak rumput/daun/sisa dapur bahagian di bahagian dasar.