Balik kampung mak goreng ikan, lauk ini saja tapi rasa punyalah sedap. Ikan goreng saja pun, siap ratah-ratah 2-3 ekor lagi. Tapi hairannya bila kita goreng sendiri tak pula rasa sesedap itu.
Ha…sebenarnya untuk hasilkan ikan goreng yang sedap, mak kita tak letak kunyit dan garam saja. Ada bahan lain yang digaul bersama garam dan kunyit untuk menjadikan ikan goreng sedap.
Menerusi perkongsian Nur Darwisya Qasdina, ini tip yang dikongsi. Diperolehi daripada ibu mentuanya, kata beliau untuk memastikan ikan goreng sedap selain garam dan kunyit gaul sekali ikan dengan asam jawa.
Letak asam jawa, rahsia mak mentua buat ikan goreng sedap
Ads
Selama 35 tahun hidup. Ini first time makan ikan goreng sedap. Ikan goreng saja pun tapi tu pun nak kecoh orang cakap.
Tapi cuba korang try buat baru tahu nikmatnya. Memang lain daripada yang lain. Ini cara yang ibu mentua saya ajar;
– Gaul ikan dengan asam jawa, bersama garam dan kunyit.
Ads
– Lumur rata dan perap sekejap. Tapi jika nak goreng terus pun boleh saja.
Ads
– Ikan yang digoreng akan bertukar warna jadi hitam sama juga dengan minyak. Tapi jangan bimbang rasanya memang sedap sangat.
– Jika ratah memang tak sedar 2-3 ekor sorang-sorang.
Ada kala kita beli bawang banyak, disebabkan lama sangat dalam bekas tak digunakan sampai tumbuh ‘jambul’.
Kalau bawang dah jadi macam ni, elok tanam saja terus. Boleh guna cara yang dikongsi oleh Weekenbaker ini. Caranya tanam bawang untuk daun bawang mudah saja, nak guna botol mineral pun boleh, kalau tiada pasu.
Tanam pokok bawang dalam botol pun boleh
Mana-mana bawang yang dah mula nampak jambul, kita tanam saja. Boleh guna untuk masakan di rumah. Bukan apa kadang-kadang nak guna bawang sikit tapi kita lebih lebih. Akhirnya rosak. Sebelum membazir baik tanam.
Cara saya;
1. Ambil botol mineral, tebuk lubang di bawah dengan dawai yang dipanaskan.
2. Isi tanah macam biasa, saya guna sekam padi campur dengan tanah.
3. Tanam bawang tenggelamkan dalam 3/4 saja. Jambul bawang digunting supaya cepat tumbuh.
4. Siram tapi jangan berlebihan. Elak juga kena air hujan, bila tanam dalam botol begini senang untuk dialih.
5. Insya-Allah dalam masa 2 minggu dah boleh dapat hasil. Jika nak daun besar tanam bawang besar.
INFO
– Daun bawang bila dah melentok maknanya dah sampai masa untuk dipotong.
– Selepas potong, daun bawang akan tumbuh semula. Boleh tuai dalam sekali-dua lagi kemudian pokok akan kering.
Ramai yang menanam pokok kelapa pandan di sekitar rumah tapi bertahun-tahun menunggu tak juga berbuah.
Sedangkan tujuan menanam pokok kelapa pandan ini adalah memudahkan kita menikmati air kelapa yang enak.
Dalam pada menunggu pokok ini berbuah tak salah juga untuk mencuba satu petua yang dikongsi oleh netizen di TikTok.
Caranya adalah dengan membakar pokok kelapa atau lebih tepat membakar sabut mayang di celah-celah pelepah pokok kelapa.
Petua ini dikongsi oleh Greennoy di akaun TikTok beliau.
Ujarnya dia pernah mendengar petua membakar pokok kelapa supaya pokok berbuah namun tidak tahu akan keberkesanannya sehinggalah dia mencubanya sendiri.
“Memang ada baca petua bakar pokok kelapa 2-3 tahun tak berbuah supaya ia berbuah. Mula-mula tak percaya sehinggalah kita buat sendiri.”
Ujarnya selepas beberapa minggu membakar sebatang pokok kelapa yang tidak berbuah walau sudah tiga tahun, dia mula nampak pokok mengeluarkan mayang. Disebabkan itu dia membuat petua yang sama pada pokok kelapa pandan lain pula.
Caranya cuma bakar sabut di celah-celah pelepah pokok kelapa. Bakar guna api yang kecil saja tak perlu besar kemudian padamkan.
Selepas beberapa minggu boleh lihat perubahan pada pokok.
@greennoy1 dulu macam tak percaya .tapi bila sendiri buat..betullah dia menjadi 🥰🥰🥰🥰 dah keluar mayang kelapa pandan ni .saya pun tak tahu kesimpulannya.. petua ni nak ikut boleh ,tak ikut pun tiada paksaan ..🙏😅 #kelapapandan#petua♬ Birds – RubénMusicMX
Bagi ibu bapa yang ada anak masuk darjah satu, masuk sesi persekolahan ini memang agak sibuk. Banyak perkara perlu diatur dan diajar pada anak tentang rutin persekolahan.
Salah satunya adalah cara untuk menyusun jadual waktu kelas. Biasanya untuk anak darjah satu ibu bapalah yang perlu melakukannya supaya tiada buku yang tertinggal.
Nampak mudah tapi sebenarnya remeh dan setiap malam kita perlu melakukannya.
Namun melalui perkongsian Syikin Zahir ada cara yang cukup mudah melakukan rutin ini. Malah anak yang darjah satu pun boleh buat sendiri tanpa ada buku yang tertinggal.
1. Guna kaedah simpan buku dalam fail macam ni!
Caranya adalah dengan menyimpan semua buku ikut mata pelajaran dalam fail khusus. Apa yang perlu dilakukan cuma beli fail ini dalam kuantiti ikut mata pelajaran anak dan labelkan.
Ha inilah fail yang dimaksudkan, yang ini harganya RM 1.50 saiz A4. Boleh cari yang warna warni.
2. Satu subjek satu fail
Satu subjek satu fail, dan pastikan semua buku diletakkan dalam fail ini. Kalau anak ramai, label juga ikut nama. Bimbang tertukar.
3. Tengok jadual, tarik fail
Bila nak menyusun buku, cuma lihat jadual dan tarik fail. Insya-Allah tiada buku yang tertinggal. Mudahkan, anak darjah satu pun confirm boleh buat.
Kaedah ini juga pantas. Satu lagi kelebihan berbanding guna stiker, tiada masalah kalau jadual waktu kelas bertukar walaupun banyak kali.