Rahsia pokok limau purut kampung cepat besar, buang durinya! Tip mudah ini dikongsi oleh seorang netizen di Facebook iaitu Afeeq Feeq, jadi jika menanam pokok limau purut di rumah, bolehlah dipraktikkan.
Pokok limau purut bukan saja terkenal dengan daun yang wangi dan banyak digunakan dalam masakan, tapi ia juga agak lambat membesar jika tidak dijaga dengan betul.
Ramai yang tanam tapi tak tahu kenapa pokok lambat naik. Kalau ada yang alami masalah yang sama, mungkin belum tahu tentang cara ini.
Rahsia Tanam Pokok Limau Purut Cepat Besar, Potong Durinya
Ads
Menurut Afeeq, duri pada pokok limau purut sebenarnya menyedut banyak nutrien termasuk baja, air dan tenaga dari pokok itu sendiri. Bila terlalu banyak tenaga disalurkan untuk pertumbuhan duri, pertumbuhan daun dan batang utama jadi perlahan. Jadi, langkah paling mudah dan berkesan ialah potong duri-duri ini.
Katanya lagi pokok limau purut kampung ini adalah antara varieti yang paling wangi. Bau daun dan kulit buahnya jauh lebih kuat berbanding varieti hybrid moden. Sebab itulah ia menjadi pilihan utama untuk digunakan dalam masakan tradisional, terutamanya masakan Thai dan Melayu seperti tomyam, kerabu dan rendang.
Ads
Ads
Tip Penjagaan Pokok Limau Purut Supaya Cepat Membesar
Potong duri secara berkala.
Siram dua kali sehari, pagi dan petang.
Letak baja organik setiap 2 minggu.
Pastikan pokok dapat cahaya matahari secukupnya.
Guna pasu besar atau terus tanam di tanah untuk akar bebas berkembang.
Pokok herba dan limau-limauan seperti ini sangat sesuai ditanam di rumah, sama ada di halaman atau dalam pasu. Dengan penjagaan yang betul, pokok bukan saja hidup subur, tapi boleh jadi stok segar untuk dapur setiap hari.
Bagi yang sedang merancang membeli kediaman info yang dikongsi oleh Fahimah Mahayudin berkenaan saiz rumah elok dijadikan panduan.
Ia bagi memastikan kita tidak tersilap memilih kediaman. Boleh jadi bila melihat saiz beratus-ratus kaki persegi dalam risalah atau mendengar penerangan pemaju kita sangka ia luas rupanya sangatlah kecil. Mungkin tidak sesuai untuk yang berkeluarga.
Berikut adala perkongsian beliau berdasarkan pengalaman dalam bidang pembinaan dan juga hartanah.
Bulan lepas, ada seorang pembeli ini cerita dekat saya yang dia tersilap beli rumah. Bukan rumah bawah ni tau. Masa dia beli tu rumah tu under construction, kira tak ada rumah contoh.
Jadi just tengok layout semua nampak macam besar, luas dia booking saja untuk beli. Tapi after rumah tu siap dia terkejut sebab rumah tu kecil size nya. Parking pun muat satu kereta saja.
Bila saya tanya berapa bukaan lebar rumah? Dia kata 18 kaki. Untuk size 18 kaki memang muat satu kereta saja parking. Melainkan kereta kecil mungkin boleh muat dua. Yang ni ikut pagar yang developer bagi. Belum renovate tukar pagar semua.
Memang selalu kalau kita tengok model rumah, atau layout rumah dan kita tak ada pengalaman untuk bayangkan “size” rumah, kita akan rasa ok. So saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang size rumah yang biasa di jual dekat malaysia ni dan kategori rumah tu besar atau kecil.
Selain dari tengok jumlah bilik tidur dan bilik air, ada faktor lain yang kena ambil kira bagi saiz sesebuah rumah. Saiz tanah ( bagi rumah landed) dan saiz binaan ( rumah landed / apartment).
𝗧𝗲𝗿𝗲𝘀 / 𝗟𝗮𝗻𝗱𝗲𝗱
Intermediate. Kalau corner / end lot saiz tanah lebih besar. Size rumah teres ni biasanya (ukuran kaki)
-16×60
-18×60
-18×70
-20×60
-20×65
-20×70
-20×75
-20×80
-22×70
-22×75
-24×70
𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟭𝟲-𝟭𝟴 𝗸𝗮𝗸𝗶 : 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹.
Lebar ni di kira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Bagi saiz ni kecil dan untuk parking kereta kalau 16 kaki muat satu kereta sahaja. Untuk 18 kaki muat 1 kereta juga tapi kalau kereta saiz kecil boleh muat 2. Bergantung pada pagar rumah. Kalau takde tembok kiri kanan boleh masuk dua.
𝗦𝗶𝘇𝗲 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 : S𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
20 kaki ni dikira size standard kebanyakan rumah teres dekat malaysia ni. Kira saiz yang paling banyak ada dekat pasaran. Muat untuk parking dua kereta dan dalam kategori lebar rumah yang jadi pilihan ramai.
𝗦𝗶𝘇𝗲 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗿 𝟮𝟮 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 : 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿.
Size yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk size 24 kaki ke atas dikategorikan sebagai “superlink”. Bukan lagi teres biasa sebab saiz yang besar dan luas. Untuk size 24 kaki ke atas kalau parking 2 kereta pun dah terlebih selesa dan siap ada ruang lagi dekat tepi untuk mini garden dan sebagainya.
Selain lebar, satu lagi faktor yang kena ambil kira adalah panjang tanah sesebuah rumah.
𝟲𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 – 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸.
Panjang 60 kaki biasanya selepas di tolak ruang untuk car porch dan binaan rumah, biasa bahagian belakang ada sedikit. Car porch pun lebih pendek.
𝟲𝟱-𝟳𝟬 𝗸𝗮𝗸𝗶 – 𝘀𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮.
Standard size bagi kebanyakan rumah yang dibina sekarang. Tak pendek sangat. Tak panjang sangat. Size yang paling ramai suka. Carporch pun tak pendek sangat dan biasa bahagian belakang pun ada lebihan tanah.
𝟳𝟱 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 – 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴
Untuk panjang ni biasanya car porch akan panjang sedikit atau size standard. Bahagian backyard pun ada lebihan tanah lagi. Kadang 10 kaki atau lebih. Size 80-90 kaki dikira panjang.
Untuk rumah teres setingkat keluasan binaan boleh ambil kira saiz rumah apartment sebagai panduan. Untuk rumah teres 2 tingkat
𝟭𝟱𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 – 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹.
Biasa sekarang ni developer banyak buat rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1500sqft. Kadang dia bagi tanah lebih. Dapur dan bilik kecil. Tapi ada lebihan tanah di belakang untuk kita buat sendiri tambahan.
𝟭𝟱𝟱𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 – 𝟭𝟳𝟱𝟬+ 𝘀𝗾𝗳𝘁- 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗻𝗮
Bagi saiz ni dikira saiz standard untuk keluasan binaaan sebuah rumah. Saiz yang boleh dikatakan “just nice”. Tak besar. Tak terlalu kecil sangat. Tapi biasa saiz dapur ada yang sederhana, ada yang kecil bergantung pada design rumah.
𝟭𝟴𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁 -𝟮𝟬𝟬𝟬𝘀𝗾𝗳𝘁++ – 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿
Untuk saiz ni dikira besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Saiz ni biasanya kalau tak buat tambahan dapur , bilik dan sebagainya pun dah cukup. Tak perlu extend dah biasanya.
Semua ini dikira pendapat peribadi saya yang pernah involved dalam bidang construction dulu dan sekarang bekerja sebagai perunding hartanah. Boleh jadi panduan bagi yang sedang mencari rumah.
Apapun saiz pilihla ikut bajet dan citarasa masing-masing. Pilih betul-betul supaya tak salah buat pilihan.
Hujung minggu ramai yang suka bawa keluarga untuk berkhemah atau pun berkelah tepi pantai mahu pun sungai.
Untuk jimat biasa kita akan masak sendiri saja. Cuma nak masak ini biasanya kenalah bawa dapur gas portable. Tapi jika kita tak bawa atau terlupa bawa boleh gunakan idea dapur DIY yang dikongsi oleh Cheff Dapo Dak Yoi.
Dengan hanya menggunakan kapas muka, minyak masak terpakai dan bekas tin, ia boleh dijadikan dapur untuk memasak. Cara selanjutnya boleh ikut perkongsian beliau.
Zaman gawat ni kita masak guna dapur ni saja, jimat…
Hari ni masak telur kicap je, makan tepi laut. Letak cili api kampung, yang ini tak boleh tinggal.
-Bahan bakar atau dapur cuma guna kapas muka, minyak masak terpakai saja. Kapas muka guna dalam 6 keping.
-Cara nak buat letak satu-satu kapas dan tuang minyak. Kemudian tarik sikit kapas untuk cucuh api. Dah boleh masak.
-Kalau minyak tinggal sikit, tutup dulu bekas untuk padam api, tambah minyak kemudian hidupkan semula api. Boleh pakai berkali-kali.
Dapur ini boleh masak untuk hidangan yang ringkas seperti telur goreng atau dadar, sardin dan sebagainya.
Untuk tonton video DIY dapur ini oleh Cheff Dapo Dak Yoi boleh klik SINI
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...