Kalau masak hidangan mi, taugeh antara sayur antara yang selalu kita sertakan. Ada yang rasa letak lagi banyak lagi sedap.
Tapi masalah bila beli taugeh ini adalah beli RM1 pun jumlahnya banyak. Gunanya sedikit saja. Selebihnya kita simpan dan sayur ini pula tak tahan lama. Sudahnya terbuang!
Sebenarnya kalau nak pastikan ia tahan lama ada cara untuk menyimpannya. Mudah tapi ramai tak tahu. Petua ini dikongsi oleh Norhaniza Kamaruddin
Ads
Lebih dua hari dah hitam
Selalu kalau beli taugeh simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan.
Saya share petua yang saya amalkan. Hanya letak sekeping asam keping dalam taugeh yang direndam air. Biar dalam peti ais. Ia akan kekal rangup.
Ads
Mula tak percaya tapi bila dah cuba sendiri barulah saya berani share.
Pengantin baru atau pasangan yang baru berkahwin perlu bijak menghias rumah supaya situasi lebih tenang dan mood ‘baru kahwin’ itu berkekalan. Syarikat hiasan dalaman, ZBS Furnishing & Interior memberikan 10 tip hiasan dalaman untuk kediaman yang dihuni oleh pasangan baru berkahwin.
Sudah menjadi lumrah pasangan muda yang baru memulakan hidup akan menyewa atau membeli kediaman bersaiz kecil. Selain dari harga sewa yang murah, kediaman kecil seperti flat atau apartmen dilihat sesuai untuk pasangan yang hanya tinggal berdua. Jika tinggal menyewa semasa bujang bersama kawan-kawan, kebiasaannya apa yang ada sudah memadai. Tilam single, almari dan meja di bilik dirasakan sudah sempurna dan lengkap tetapi apabila berkahwin pastinya kita mahukan perabot rumah lebih sesuai dan selesa. Jom semak tip hias rumah yang dilakukan oleh pasangan ini. Murah, cantik dan mampu milik, paling penting mesti bijak cari perabot sesuai.
1. Tentukan konsep pilihan yang diminati oleh suami dan isteri. Inggeris, moden, loaf, scandinavian dan lain-lain. Jika kedua-duanya mempunyai cita rasa yang berbeza maka bincanglah dan buat konsep mix dan match.
2. Rajin-rajin rujuk majalah dekorasi, mencari idea secara online atau offline.
3. Beli keperluan utama dahulu seperti peti ais, meja makan, sofa, tv, dapur dan katil. Kemudian barulah mula mencari keperluan hiasan untuk mencantikkan rumah.
4. Setiap hujung minggu anda suami-isteri mesti rajin ke kedai perabot, shopping mall dan juga ekspo dekorasi untuk mencari idea dan juga survey harga. Adakalanya jika bernasib baik anda akan terjumpa tawaran yang tidak masuk akal.
5. Mesti rajin DIY olah semula perabot terpakai atau benda terbuang dan ditukarkan menjadi salah satu elemen dekorasi yang menarik.
6. Mesti rajin mengemas rumah bagi memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selesa barulah rumah jadi tenang umpama ‘RUMAHKU SYURGAKU”.
7. Barang-barang hobi juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah atau sebagai hiasan dinding. Contohnya gantungkan papan karom, lukisan yang dicat sendiri dan sebagainya.
8. Ada perabot yang boleh dibeli secara online tetapi dengan harga yang murah. Anda kena rajin membuat perbandingan harga. Kedai online yang berpangkalan di China juga banyak menawarkan perabot harga murah. Cuma anda sanggup tunggu lama atau tidak untuk proses shipment.
9. Jika ingin kurangkan belanja maka lebih baik cat sendiri kediaman. Walaupun mengambil masa yang lama tetapi anda dapat jimat beratus-ratus ringgit.
10. Untuk bahagian dapur beli bekas makanan dari warna dan jenis yang sama untuk kelihatan seragam.
Ada pantang larang orang tua yang pesan jangan tanam pokok betik depan rumah. Kita pun ikut tapi ramai yang tak faham kenapa ia dilarang hingga ada yang mengaitkannya dengan perkara mistik.
Hakikatnya ia tiada kaitan dengan ilmu mistik atau perkara pelik lain. Tapi apa yang boleh kita faham dari pantang larang itu adalah secara logiknya ia berkait dengan akar pokok betik itu sendiri.
Akar pokok betik ini sebenarnya bersifat besar dan menyelinap di bawah tanah. Ia boleh menyebabkan lantai rumah atau longkang pecah jika ditanam berhampiran.
Perkara ini ditunjukkan oleh PuteraKe4 melalui satu perkongsian YouTube. Beliau menunjukkan betapa besarnya akar pokok betik yang baru ditanam 3 tahun.
Menurut beliau kebetulan pokok betik tumbang tapi masih hidup. Ia mennyebabkan akarnya membesar di atas tanah dan boleh dilihat.
Akar pokok betik yang ditanam ini katanya menjalar hingga berhampiran rumah menyebabkan ia perlu ditebang dan akarnya dikerat kerana bimbang menjejaskan lantai rumah.
Dalam video yang dikongsi dapat dilihat saiz akar pokok betik yang berjaya menjalar dan dikerat yang sememang besar.
Info akar pokok betik
Pokok jantan-akar tunjang (tidak berbuah, boleh tebang)
Pokok betina – akar serabut
Gelang, cincin dan rantai emas antara aksesori yang kebanyakan wanita pakai setiap hari. Disebab itu haruslah ada banyak kotoran yang melekat terutama peluh, minyak, habuk yang melekat.
Kita pula tak rajin nak mencucinya dengan kerap. Jadinya sebaiknya setahun sekali kita buat deep cleaning barang kemas yang selalu kita pakai.
Setahun sekali dan tak lama pun nak buat cuma ambil masa 10 minit saja.
Tutorial deep cleaning dikongsi oleh Dr. Hani Mynis. Esok cuti jomlah ambil masa untuk buat.
Sebelum cuci
Selepas cuci
Langkah 1 – sediakan cecair pencuci pinggan, garam, baking soda
Langkah 2- letak satu sudu semua bahan
Langkah 3 – tuang air suam, kacau semua sampai berbuih dan letak barang kemas
Langkah 4- berus sikit-sikit
Langkah 5 – biarkan 10 minit
Langkah 6 – dah cukup masa bilas dengan air bersih, gosok sikit.
Langkah 7 – akhir sekali tekap dengan tisu untuk keringkan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...