Sayur di pasar raya selalu dijual dalam kuantiti banyak walau pun kita nak makan sikit saja. Jadi selalu ada lebih. Bila tak kena cara simpan, sayur ini akan layu dan lembik dalam peti sejuk. Seminggu simpan dah tak boleh makan, rugi dan membazir. &
Supaya tak terus membazir boleh guna tip yang dikongsi oleh Areini Hezry untuk simpan lebihan atau stok sayur supaya tahan lama. Cara ini sayur boleh tahan berminggu-minggu.
Tip simpan ulam dan sayur tahan berminggu minggu
Saya nak share tip dan cara simpan ulam dan dedaunan kehijaun untuk tahan lama. Amat berguna utk suri yg segan nak ulang alik pergi kedai atau pun beli dalam jumlah banyak macam nak buat kenduri.
1. Daun kari
Dah 2 minggu masih fresh. Cara simpan: tak payah basuh, terus letak dalam bekas kering dan tutup rapat. Letak tempat beku. Nak guna nanti baru basuh. Boleh guna kaedah sama utk simpan daun limau purut ( Sebenarnya simpan cara ini, berbulan-bulan boleh tahan)
2. Daun bawang dan serai
Nampak segar kehijauan kan walau pun dah dekat 4 minggu. Cara simpan: letak air dalam bekas paras akar simpan peti sejuk. Kena rajin tukar air. Kemudian kerat hujung daun yang layu. Potong takat yang layu saja macam dalam gambar. Kaedah sama juga kalau nak simpan daun sup.
Ads
3. Petai
Dah banyak hari tapi masih handsome fresh dan rapuh biji petai. Cara simpan: simpan terus tempat beku dengan kulit tak payah kopek biji. Kalau kopek ambik biji simpan beku nanti lembikk. Tak caya buat.
4. Mempelam dan ulam-ulaman
Ads
Waktu ini mempelam ini dah dekat 3 minggu, tapi masih fresh dan rapuh macam baru petik dari pokok! Sama juga dengan pucuk pegaga mak beri bekal dari kampung daun masih elok tak layu.
Cara simpan: rendam dalam air pastu letak peti sejuk. Kalau pelam yang dah masak pun sama juga, beli banyak tak habis makan boleh simpan cara sama supaya tak buruk. Rekod saya simpan 2 bulan masih elok
5. Bunga kantan
Jiran beri bunga kantan dah seminggu. Elok molek mekar dalam peti. Cara simpan: letak dalam bekas isi air paras batang. Simpan peti sejuk.
Ads
6. Kangkung
Cara simpan: letak dalam bekas isi air paras akar smpai batang sikit. Tukar air 3 hari sekali. Kalau ada daun kuning macam dalam gambar potong dan buang.
Lagi kita petik lagi naik pucuk muda bercambah. Syok tak payah tanah nak tanam kangkung. Guna jag saja dan yang ini tak perlu letak dalam peti ais, kat letak luar ja.
Siapa saja tak suka makan kek coklat kan. Tapi kita biasa beli saja setiap kali nak makan.
Rasa macam remeh saja nak membuatnya. Dua minggu duduk rumah tempoh PKPB ini apa kata kita cuba buat sendiri untuk makan satu famili.
Kita ikut resipi yang senang, kek coklat kukus. Takde periuk pengukus pun tak mengapa sebab empunya resipi ini pun kukus guna kuali saja. Gitu…
Tapi hasilnya lembut dan sedap, tengok gambar pun dah tau! Ok jom cuba buat resipi perkongsian Noriza Awang Hamat ini.
Kek coklat kukus, ringkas, lembut dan sedap
Resipi asal, 1 cawan untuk 1 adunan, tapi saya gandakan jadikan 2 cawan nak jadikan kek yang lebih besar. Penuh loyang 8×8.
Bahan-bahan
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat Bahan di atas diputar dalam blender saja untuk sebati
8 biji telur gred B – blender dan ketepikan.
Bahan diayak
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
Cara membuat:
1. Dalam mangkuk, masukkan bahan yg diputar dengan blender tadi berselang seli dengan tepung yg telah diayak.
2. Atau nak lagi senang blender semua sampai sebati, sapu Planta pada loyang kemudian curahkan adunan yang diputar guna blender.
3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu kemudian kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
4. Cara buat topping coklat satukan coklat masakan dan sedikit Planta, masak secara double boil hingga cair. Curah atas kek yang sudah masak. Boleh tabur kekacang jika suka.
Tengok pun dah tau sedap, meriah coklat
TIP
Boleh kukus guna kuali biasa tapi alas guna tungku besi. Tunggu air menggelegak barulah letak loyang dan tutup dengan penutup periuk.
Saya tak alas penutup sebab air tak masuk dalam loyang.
Daging goreng kunyit antara lauk yang kita akan buat bila sudah habis idea untuk menyediakan hidangan berasaskan daging. Cara paling simple gaul garam,kunyit dan terus goreng. Boleh tambah dengan sayur kegemaran.
Tapi cara ini hasilnya biasa-biasa saja, jika nak daging goreng kunyit lagi sedap dan berperisa bila dikunyah boleh guna cara yang dikongsi oleh Aisyah Humaira.
Katanya resipi ayam goreng kunyit ini adalah daripada ayahnya. Bila dimasak memang adik beradik akan berebut meratah kerana sedap dan rasanya lebih berperisa. Daging juga garing tapi lembut.
Bahan-bahan
1 mangkuk daging dihiris nipis
1 sudu kecil penuh serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat (inilah rahsia daging lebih berperisa dan sedap)
Garam, Maggi cukup rasa -secukupnya
2-3 sudu besar air
Cili padi
Bawang besar – dihiris
Kacang panjang – dipotong
Cara membuat:
1. Satukan daging dengan semua bahan lain dan gaul rata
2. Panaskan minyak dan goreng hingga hingga masak.
3. Bila hampir masak boleh masukkan bawang besar dan sayur. Kacau hingga sayur masak kemudian bolehkan dihidangkan.
Daging goreng kunyit ini dah cukup sedap bila dimakan dengan nasi, kicap dan telur mata.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...