
Rendang pedas ikan kayu boleh jadi sajian bagi penggemar rendang dan nak cuba sesuatu yang lain daripada biasa.
Selalunya kita jumpa rendang ayam atau daging, tapi ramai yang tak tahu rendang ikan kayu atau ikan tongkol ini sangatlah sedap sampai jadi kegemaran keluarga
Laila Safiah.
Katanya, setiap kali beli ikan kayu, rendang pedas ini mesti jadi pilihan.
Cara buat rendang pedas ikan kayu
Bahan-bahan
1 ekor ikan kayu (anggaran 600gm) – dipotong dan dibersihkan
4 ulas bawang kecil – dihiris nipis
2 batang serai besar – dihiris & ditumbuk
8 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi merah – dikisar
Sehelai daun kunyit – dihiris halus
3 keping asam keping
250ml santan
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Kisar cili kering dan cili padi merah hingga lumat.
2. Satukan semua bahan dalam kuali termasuk ikan (tak perlu digoreng).
3. Masak atas api sederhana, kacau selalu hingga rendang menjadi pekat dan agak kering.
TIP
- Jika mahu rasa lebih berlemak guna santan pekat dan tambah sedikit hirisan daun limau purut.
- Lebih pedas? Tambah cili padi ikut tahap kepedasan yang diingini.
- Ikan boleh digoreng dahulu jika suka tekstur isi yang lebih kukuh dan tidak mudah hancur.
- Sesuai dimakan dengan nasi putih panas, nasi impit atau lemang.
- Boleh juga disimpan dalam peti sejuk dan panaskan semula — lebih sedap esoknya!
Sumber: Laila Safiah
Baca Lagi: Sambal Ikan Kayu Sedap & Tak Jemu Makan, Ini Cara Membuatnya