Baru-baru ini viral apabila melihat pelbagai bentuk dan nama emas yang ada dijual di pasaran.
Malah kenaikan harga emas juga menjadi faktor penggemar barangan emas ini membuat belian dan tukaran dengan emas sedia ada.
Tidak kiralah berapa banyak emas yang dibeli tetapi jangan sesekali lupa untuk membayar zakat ke atasnya.
Walau bagaimanapun pengiraaan bagi pembayaran zakat emas adalah berbeza.
Perkongsian lelaki ini di laman Twitter menggunakan akaun @acaiijawe memberitahu cara pengiraan sebenar zakat emas.
Ayuh ikuti perkongsiannya untuk dijadikan panduan kepada kita.
Cara Kiraan Zakat Emas
– Semua emas yang dipakai atau tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat (jika cukup syarat).
– Bagi emas dipakai, >uruf baru kena zakat.
– URUF : Kadar kebiasaan orang pakai emas.
Jika emas yang dibeli melebihi berat ditetapkan, baru dikenakan zakat.
Selangor, Kuala Lumpur = 800 gram
Johor, Terengganu = 850 gram
Perak, Pahang = 500 gram
Negeri Sembilan = 200 gram
Melaka = 180 gram
Kedah = 170 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf
Namun begitu,
Jika dalam tempoh setahun emas tidak pernah dipakai (contoh : emas rosak, emas design lama, emas waris tok nenek atau sebagainya), jika beratnya lebih dari 85 gram memang kena zakat 2.5%.
Oleh sebab itu, emas perhiasan ni memang kena pakai setahun sekali. Misalnya ketika hari raya, sambutan harijadi atau hari lain.
CARA KIRA ZAKAT EMAS (Basic)
Senario 1
Emas tidak dipakai = 90 gram
Emas dipakai = 50 gram
Kiraan Zakat Emas:
*Emas tidak dipakai : dikenakan zakat, sebab >85 gram.
*Emas dipakai : tidak dikenakan zakat, sebab <800 gram.
90 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%
= RM663
Senario 2
Emas dipakai (gelang, rantai, cincin dan lain-lain) = 900 gram
Kiraan Zakat Emas:
*Dikenakan zakat sebab > Uruf 800 gram
*Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800)
100 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%
= RM738
Senario 3
Emas tidak dipakai = 50 gram
Emas dipakai = 900 gram
Kiraan Zakat Emas
*Perlu campur kedua-dua jenis emas.
50 gram + 100 gram (900-800) = 150 gram
150 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%
= RM1,106
Info tambahan:
Di Selangor, Zakat Emas digabungkan dengan Zakat Simpanan & Zakat Saham. Jika TOTAL MELEBIHI NISAB baru kena 2.5% zakat.
Nisab 2020 : RM18,510
Contoh :
Zakat Emas : RM5,000
Zakat Simpanan : RM10,000
Jumlah : RM15,000
Tak dikenakan zakat sebab kurang dari Nisab.
Contoh 2
Zakat Emas (gelang, jongkong, syiling dan lain-lain) : RM10,000
Zakat Simpanan : RM20,000
Jumlah : RM30,000
Dikenakan zakat sebab total > Nisab (RM18,510)
Zakat : 30,000 x 2.5% = RM750
Nota berkaitan:
1. Emas perhiasan, jongkong, pajak semua kena zakat (syarat).
2. Kalau cuma ada emas saja, kira guna kiraan basic.
3. Kalau ada harta lain (simpanan,saham), ia perlu dimasukkan dalam kiraan harta keseluruhan. Bukan kira asing-asing. Itu adalah kekayaan semasa kita.
4. Ingat. Amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran sangat keras dan jelas. Emas akan dipanaskan (cair) dan diselar ke tubuh badan yang tidak bayar zakat (maksud Surah Taubah : 34-35)
5. Masa nak buat investment emas, jangan lupa kira zakat setiap tahun.
Artikel berkait:
Wang Simpanan Dalam Bank Pun Wajib Zakat, Ini Kiraannya