Ramai yang jual kek coklat moist dalam bekas kecil macam ni. Tapi kalau kita nak buat untuk makan sendiri boleh saja.
Boleh ikut langkah dikongsi Nasriah Ramli. Kek coklat moist ini katanya untuk manisan anak-anak di rumah.
Jelas Nasriah, cara buatnya mudah, bancuh pakai blender saja. Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah demi langkah ini. Nak mulakan jualan pun boleh juga.
Bahan A
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
Campur semua bahan A, Masak atas api kecil sampai larut.
Ads
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Satukan bahan B dan ayak
Bahan C
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Masukkan bahan dalam blender, kisar hingga putih
Cara membuat:
Ads
Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul whisk saja dan bancuh hingga sebati dan tiada ketulan tepung.
2. Panaskan periuk kukusan tuang adunan kek dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
3. Sediakan bahan untuk topping coklat. Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (minyak masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
Ads
4. Cara buat topping coklat
-Satukan semua bahan dan masak menggunakan teknik double boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
-Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek tadi.Tabur coklat rice untuk hiasan. Sedia untuk dinikmati.
Sambal sotong ini biasanya hidangan wajib kalau buat nasi lemak. Cuma kalau tak kena cara memasaknya sotong ini akan jadi liat macam gigit getah. Memang spoil kalau jadi macam ni.
Supaya sotong kembang ini tak jadi liat bila dah jadi sambal boleh ikut tip yang dikongsi oleh Reen Sofee.
Sebelum masak, panaskan sotong ini dalam kuali atau periuk, guna api perlahan tanpa minyak. Biarkan air dari sotong ini keluar sehinggalah kering. Selepas air kering boleh potong ikut saiz yang dikehendaki dan masak seperti biasa.
Boleh juga direbus dulu sotong kembang tapi sekejap saja. Bila dah mendidih tutup api. Kemudian boleh potong. Jika direbus begini masak sambal tak perlu lama.
Sambal sotong yang dimasak cara ini juga tak berair dan akan jadi pekat cantik.
Cara buat sambal sotong kembang pekat & sedap
Jika nak masak sambal sotong boleh juga ikut perkongsian resipi dari Jimmy Aisy.
Bahan bahan:
-3 ekor sotong kembang (ikut tip di atas sebelum masak)
-3 senduk cili yg di kisar
-6 ulas bawang merah kecil dikisar atau ditumbuk
-4 ulas bawang putih dikisar atau ditumbuk
-2 biji bawang besar dihiris
-1/2 ketul gula melaka (sambal akan jadi cantik warnanya dan sedap. Kalau tiada gula melaka boleh guna gula biasa dan boleh letak kicap manis atau kicap pekat dalam 2 sudu)
-1 keping asam keping
-Garam
-Perasa
-Minyak untuk menumis
Cara masak sambal tumis pekat
1. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Api perlu kecil supaya sambal masak.
2. Kemudian masukkan gula melaka dan masukkan sotong, jika terlalu kering masukkan sedikit air dan tunggu sambal pekat semula.
3. Masukkan garam, perasa dan asam keping, gaul sebati sehinggga sambal pecah minyak dan betul -betul masak dan masukkan bawang yang telah dihiris. Sambal akan bau wangi dan sedap.
Siapa yang tak geram bila tengok jerawat pada muka. Walaupun dah dipesan banyak kali supaya tak dipicit tapi kita tetap akan melakukannya juga.
Kalau dah macam tu lebih baiklah kita belajar teknik betul picit jerawat supaya tak tinggalkan parut dan berlaku jangkitan hingga jerawat merebak.
Langkah 1
Cuci tangan! Ini sangat penting untuk elakkan jangkitan dan seterusnya melambatkan proses penyembuhan jerawat.
Langkah 2
Cuci wajah. Gunakan pencuci muka yang ada bahan antibakteria.
Langkah 3
Lakukan skrub pada bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan kerja memicit jerawat. Jangan gunakan skrub untuk badan pada muka ya!
Langkah 4
Gunakan sarung tangan atau pun sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum memicit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.
Langkah 5
Cari ‘mata’ jerawat, regangkan kulit kiri dan kanan dan kemudian picit di bahagian tepi jerawat untuk keluarkan isinya.
Urut sikit untuk pastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat tu, kecuali waktu mahu lapkan isi jerawat yang keluar. Jika ada darah yang keluar, gantikan tisu sebelum mengeluarkannnya sehingga habis.
Langkah 6
Lapkan toner atas jerawat tu, atau boleh jugak gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat.
TIP
Jangan picit jerawat yang belum matang atau baru tumbuh.
Bila nampak tanda putih di permukaan jerawat, baru boleh picit
Boleh juga stim wajah terlebih dahulu sebelum membuat langkah di atas untuk membuka pori-pori.
Sup bunjut ini wajib ada kalau nak masak hidangan sup dan sering kali kita beli saja bila nak menggunakannya. Tapi lepas ini cuba buat sendiri.
Sebab nak buat sup bunjut ini punyalah senang. Semua bahan pun selalunya ada di rumah kita. Cuma tinggal gabung dan bungkus saja. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Delihayat Kitchen
Bahan (untuk satu bunjut):
1 kulit kayu manis (pecahkan menjadi kecil – masukkan sedikit saja)
1 bunga lawang (ceraikan)
3 bunga cengkih
Bahan yang dipecah-pecahkan:
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh jintan manis
3 biji buah pelaga (pecahkan)
Secubit biji sawi (mustard seed)
Secubit biji kas-kas (kalau tiada pun tak mengapa)
Cara membuat:
Masukkan semua bahan rempah dalam kain kasa, lilit dengan benang. Dah boleh gunakan.
Seeloknya buat banyak sekali gus sup bunjut ini supaya mudah untuk gunakan bila teringin masak sup. Jimat RM1.50.
Sup bunjut yang siap dibuat simpan dalam balang kedap udara supaya tahan lama.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...