Tanam pokok buah dalam pasu antara cara yang dilakukan oleh mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai halaman terhad seperti di taman perumahan atau kediaman bertingkat.
Kebiasaannya yang ditanam adalah pokok limau, mangga atau jambu. Tapi sebenarnya ada beberapa lagi jenis tanaman yang sangat sesuai ditanam dalam pasu.
Jenis pokok buah sesuai tanam dalam pasu
Dengan menggunakan teknik yang betul dan penggunaan pasu yang sesuai (sekurang-kurangnya 50 liter, pokok buah ini mampu menghasilkan hasil yang memuaskan seperti di ladang. Berikut adalah antara buah-buahan yang paling sesuai ditanam dalam pasu besar:
1. Limau (Citrus)
Limau kasturi, limau purut, limau nipis, lemon dan mandarin sangat sesuai kerana pokoknya bersaiz sederhana dan akarnya tidak terlalu agresif. Ia mudah dijaga dan cepat berbuah jika cukup cahaya matahari.
2. Jambu Batu & Jambu Air
Kedua-dua jenis jambu ini sesuai untuk pasu besar kerana pokoknya boleh dikawal saiz melalui pemangkasan. Ia juga cepat matang dan menghasilkan buah walaupun dalamruang terhad.
Ads
3. Buah Tin (Fig)
Pokok tin sangat sesuai dalam pasu kerana akarnya pendek dan tahan cuaca panas. Ia cepat mengeluarkan buah, terutama jika dijaga dengan siraman dan pembajaan yang konsisten.
4. Anggur
Walaupun anggur memerlukan sokongan seperti trellis atau para, ia boleh tumbuh subur dalam pasu besar. Penjagaan seperti pemangkasan dan pencahayaan cukup penting bagi memastikan penghasilan buah.
5. Mangga Kerdil
Mangga jenis kerdil contohnya Chokanan Dwarf boleh hidup dalam pasu, tetapi perlu dipangkas dan dijaga dengan rapi. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menikmati buah mangga di halaman rumah sendiri.
Ads
6. Delima
Delima mudah tumbuh dan tahan lasak. Ia mempunyai akar yang tidak terlalu besar, menjadikannya sesuai ditanam dalam pasu untuk kegunaan hiasan dan juga penghasilan buah.
7. Strawberi
Walaupun kecil, strawberi menghasilkan buah dengan cepat dan sesuai untuk kawasan berangin dan redup. Ia boleh ditanam dalam pasu bertingkat atau pasu gantung.
8. Ceri Barbados (Acerola)
Pokok renek tropika ini bukan sahaja menarik dipandang, tetapi juga mudah dijaga dalam pasu. Ia menghasilkan buah kecil yang kaya vitamin C.
Ads
9. Belimbing
Belimbing sesuai untuk ditanam dalam pasu jika dipangkas selalu. Ia juga cepat berbuah dan boleh menjadi pokok teduhan mini di halaman.
Cara tanam pokok buah dalam pasu
Gunakan media tanaman yang poros dan kaya nutrien seperti campuran tanah hitam, cocopeat dan kompos.
Siram secara konsisten tetapi elakkan air bertakung.
Lakukan pembajaan sebulan sekali dengan baja buah atau organik.
Pastikan pasu diletakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
Menanam buah dalam pasu bukan sahaja menjimatkan ruang, tetapi juga memberi kepuasan apabila hasilnya boleh dituai sendiri.
Bab cuci bilik air atau tandas memang memenatkan. Bila lama tak dibersihkan lagilah kotoran akan melekat termasuklah termasuklah di lubang tandas.
Dah disental pun masih juga berkeladak. Bagi menyelesaikan masalah ini Puan Suhaili Baharudin berkongsi DIY toilet bomb untuk membersihkanya tanpa perlu memberus.
DIY toilet bomb, campak seketul selesai masalah
Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata itu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah. Jom buat.
Bahan-bahan yang diperlukan
1 cawan – Sodium bicarbonate (baking soda)
1/4 cawan – citric acid (boleh cari di kedai bakery)
1 sudu hydrogen paroxide (cari di farmasi)
2. Campurkan sodium bicarbonate dan citric acid. Gaul rata dan pastikan tak berketul.
Selain biskut raya semperit, tart, coklat chip cookies dan sebagainya, kacang botak ini juga antara yang selalu jadi hidangan waktu raya.
Rasa rangup, pedas dan lemak kacang itu sendiri, boleh buat kita tak sedar dah kunyah habis sebalang. Bagi yang tak suka biskut manis-manis ini juga antara kuih raya yang kita boleh buat.
Cara buat pun tak susah dan yang penting modal pun murah! Jadi buat sendiri, jangan beli! Ikut resipi Are Peace ini ya!
Cara buat kacang botak
Bahan-bahan:
400g kacang tanah
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
1 sk ajinamoto
1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
Cara membuat:
1. Bersihkan kacang tanah. Jangan basuh terlalu lama, lepas basuh terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering (saya keringkan dalam oven sekejap saja).
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul lagi sekali sampai sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang yang digaul tadi dengan api sederhana.
5. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih buih di atas minyak akan terbentuk. Selepas masukkan kacang terus kacau, jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat. Goreng sehingga masak.
Cara buat ikan pari bakar ini dikongsi oleh Erma Azizie. Cukup ringkas dan boleh sangat untuk membuatnya sendiri di rumah.
Jika selama ini makan hidangan di restoren, apa kata cuba buat sendiri. Paling penting sambalnya kena banyak barulah terasa keenakan ikan pari bakar.
Cara buat ikan pari bakar
Bahan-bahan
3 ekor ikan pari saiz sederhana dipotong 2
Daun pisang
Aluminium foil
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
Daun limau purut -dimayang halus
Daun kunyit -dimayang halus & buang urat tengah
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus)
3 batang cili besar
4 batang cili padi
Cara membuat
1. Cuci bersih ikan pari dan tos.
2. Untuk menyediakan sambal ikan bakar, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai garing.
3. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan tutup api.
5. Ambil aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian tindan engan ikan. Kemudian letak lagi sambal di atas ikan.
6. Balut ikan dan bolehlah dibakar hingga masak menggunakan pemanggang atau oven. Jika menggunakan oven tetapkan suhu 200°c danbakar dalam 30 – 40 minit dengan api atas bawah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...