
Isi Kandungan
ToggleDaun pandan memang banyak kegunaan di dapur jadi elok sangat kalau tanam sepokok dua.
Tak perlu pasu atau polibeg, guna saja baldi lagi senang terutama kalau nak alih. Cara inilah digunakan oleh Ku Nur Huda.
Benihnya cuma dari keratan pokok pandan ada berakar yang dibeli di pasar. Caranya boleh ikut langkah di bawah, mudah saja.
Cara tanam pokok pandan dalam baldi
Pokok pandan hasil semai keratan pokok yang dibeli di pasar. Saya tanam dalam baldi yang ada tanah dan ada air. Caranya;
1. Sediakan benih keratan pokok pandan yang ada akar.
2. Ambil baldi dan masukkan tanam tapi jangan penuh baldi. Separuh pun dah ok. Tak perlu buat lubang pada baldi.
3. Kemudian tuang air hingga paras lebih daripada tanah. Siap! Insya-Allah pokok pandan hidup subur.
4. Cara ini tak perlu siram lagi tapi kena air tukar paling tidak 3 hari sekali untuk elak jentik-jentik.
Tip
- Untuk elak air bertakung banyak dalam baldi boleh juga tebuk lubang bahagian atas baldi separas dengan tanah.
- Tanam pandan cara ini tak perlu baja tapi akan tetap subur.
- Bagi mengelak pembiakan jentik-jentik boleh letak seulas atau dua ulas bawang putih dalam baldi.
- Guna air hujan, pokok pandan lagi cepat besar.
Semoga bermanfaat.
Sumber:Ku Nur Huda
Tabur Garam, Tip Simpan Aiskrim Supaya Kekal Beku, Tak Cair. Berguna Bila Buat Acara Luar

Bila buat acara keluarga kat luar sama berkelah, berkhemah, barbeku atau acara makan-makan lagi best kalau bawa sekali aiskrim.
Tak perlu risau masalah aiskrim cair kalau tahu cara untuk memastikannya kekal beku. Dikongsi oleh penjual aiskrim sendiri di dalam akaun Tik Tok beliau @abamaiskriem caranya cukup mudah cuma gunakan ais dan garam saja untuk memastikan aiskrim tahan lama tak cair. Berikut adalah cara yang beliau tunjukkan.
1. Sediakan termos/ice box yang lebih besar daripada bekas aiskrim.
2. Masukkan bekas aiskrim dalam termos dan tuang ketulan ais di keliling bekas aiskrim.
3. Kemudian tabur garam kasar di atas ais keliling bekas aiskrim.
4. Seterusnya tabur lagi ketulan ais.
5. Tabur sekali lagi garam di atas ais dan tambah lagi ketulan ais hingga memenuhi termos.
Ini aiskrim yang digunakan untuk kenduri kahwin, letak 2 layer garam sudah memadai. Kalau lebih nanti terlebih keras.
Selamat mencuba.
Boleh juga tonton video beliau di bawah
@abamaiskriem ada yang lupa ke cara letak ais dan garam?? ha ni abam refresh balik kasi segar hihi.. untuk kenduri kawin elok letak 2 layer garam sahaja, letak lebih layer takot terlebih keras, jom scoop aiskrim, harini 26/2/23 abam meriahkan 3 majlis, #abamaiskriem #aiskrimmalaysia #catering ♬ suara asli – Dharmaa maa – MaaDharmaa_330
Hilangkan Kesan Gores Pada Kereta Dengan Kos Tak Sampai RM20! Cuba Dulu Sebelum Pergi Bengkel

Isi Kandungan
Toggle
Kereta calar baik kerana bergesel dengan kereta lain, pagar, penghadang jalan dan sebagainya memang boleh buat tuan punya kereta pening kepala.
Sebabnya kos untuk ‘touch up’ balik bukanlah murah. Bagi korang yang sekarang ada masalah ini boleh cuba dulu tip yang diajar oleh brader bernama @petre_ikato sebelum ke bengkel.
Cara hilangkan calar kereta yang dikongsi di Twitter kosnya tak sampai pun RM20. Ha menarik kan! Caranya seperti di bawah:
Dua benda kena ada
Kalau nak hilangkan calar/ paint transfer/scuff mark dengan bajet yang murah tak sampai RM 20 dua benda ini kena ada.
1. WD-40. The solution to every problem
Hilang karat, tanggalkan kotoran, licinkan mangga ketat, hilangkan kesan chewing gum dari karpet and macam macam lagi boleh buat guna benda alah ni.
2. Magic Sponge
Benda ni beza dengan sponge biasa is permukaan dia yang senang utk grab all the kotoran. Sponge ni jugak bagus simpan dekat rumah so boleh cuci bahagian kotoran degil and tak perlu sabun.
So WD-40 harganya dalam RM13.00 and sponge tu dalam RM2.20 satu.
Cara-cara nak hilangkan calar
1. Basuh permukaan kereta dengan air biasa, hilangkan kotoran yang kasar.
2. Spray sikit WD-40 dekat bahagian scuff marks tu.
3. Slowly gosok magic sponge dekat scuff marks yg dah dispray dengan WD-40.
4. Gosok pelan pelan dan jangan tonyoh kuat sangat. Lama lama nanti scuff marks tu akan hilang.
5. Take note! Setiap kali gosok, tengok sponge korang, keluar warna apa. Kalau keluar warna kereta korang, means korang dh gosok terlalu kuat.
6. Gosok je slow slow and nanti dia akan tertanggal. Kalau tak tanggal, spray lagi WD-40 7. Last sekali bilas dengan air dan lap guna kain bersih segala kotoran yang dah tertanggal.
7. Last sekali bilas dengan air dan lap guna kain bersih segala kotoran yang dah tertanggal.
Disclaimer: Teknik ni hanya untuk buang scuff marks atau paint transfer sahaja. Untuk pengetahuan korang, kereta kita ada beberapa layer cat. And cat atas sekali tu yang kita boleh bersihkan.
Kalau calar yang dalam macam gambar bawah ni maksudnya layer cat tu dah tertanggal, memang tak leh buat apa selain pegi cat balik.
So lepas ni kalau korang tengok kereta korang calar, try dulu guna teknik di atas, sebab mungkin hanya paint transfer atau scuffmarks sahaja.
Selamat mencuba!
Sumber: @petre_ikato
9 Cara Sejukkan Ruang Bagi Rumah Yang Tiada Air Cond

Isi Kandungan
ToggleCuaca panas sekarang ini kita memang mencari cara untuk sejukkan ruang. Salah satunya dah tentu pendingin hawa atau aircond. Tapi nak beli alat ini perlukan modal yang banyak selain itu bil elektrik juga akan meningkat bila menggunakannya.
Sebab itulah ramai yang sanggup bertahan saja walaupun keadaan rumah bahang. Kadang kala panasnya sampai ke malam hari hingga tidur pun sukar kerana hangat dan berpeluh.
Bagi mengatasi masalah bahang untuk kediaman yang tiada pendingin hawa anda boleh melakukan perkara berikut untuk mengurangkan rasa panas dalam rumah.
1. Letak ais ketul dalam bilik
Buat ais dalam pastik atau bekas, letak dalam besen. Letak di tengah bilik betul-betul bawah kipas. Jika menggunakan kipas berdiri, letak besen berisi ais ini depan kipas.
Angin yang terkena ais akan lebih sejuk sekali gus mengurangkan kepanasan dalam bilik. Cubalah, ais ketul kan ada jer kat rumah.
2. Letak besen berisi air dalam bilik
Kenapa bilik air sejuk, inilah sebabnya. Dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air.
Jadi kita buat perkara yang sama di dalam bilik atau ruang rumah yang lain tapi jangan pula siram air di lantai rumah. Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Letak lebih, bukan sebesen ya!
Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi.
Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
3. Halakan kipas ke arah tingkap
Bila cuaca panas, hari malam bilik akan rasa bilik rasa berkuap atau bahang. Angin kipas dalam bilik pun rasa panas kerana sebab udara panas hanya berlegar dalam bilik dan tak keluar.
Pasang kipas laju pun keadaannya sama saja, malah makin bahang. Untuk kurangkan udara panas dalam bilik ini boleh gunakan kipas berdiri.
Pasang kipas dan halakan ke arah luar tingkap seketika. Tujuannya supaya udara panas dapat ditolak keluar.
4. Guna lampu dari jenis kurang memancarkan haba
Disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba.
Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik. Selain itu padamkan juga lampu pada ruang yang tidak digunakan.
5. Letakkan pokok ekor kucing dalam rumah
Selain memberi kesan segar dalam rumah ia ada beberapa jenis tanaman yang membantu menyejukkan ruang.
Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah juga.
6. Beli pelembap udara
Beli pelembap udara atau ‘humidifier’. Ia tidaklah semahal ‘air-cond’ dan boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.
Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.
TIP EKSTRA
7. Tukar cadar
Untuk mengelakkan anda tidur dalam kegelisahan kerana kepanasan, tukarkan cadar atau alas tilam anda kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.
8. Tutup langsir
Ketika cuaca panas, sebolehnya tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya berlebihan masuk dan menambahkan suasana kepanasan di dalam rumah.
9. Tidur bahagian bawah
Haba panas akan naik ke atas, oleh itu bila terasa bahang waktu malam angkat tilam atau ‘toto’ dan letakkan di bahagian lantai kerana udara bahagian bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.
Sumber: www.huffingtonpost.com