Tayar kereta pancit masa tengah bawa laju atas highway memang mimpi ngeri. Berbeza dengan tayar pancit di jalan biasa, kelajuan tinggi menjadikan situasi lebih mencabar dan boleh membahayakan nyawa.
Kalau tayar depan pancit, stereng akan rasa seperti ditarik ke satu arah. Kereta mungkin mula menyimpang sendiri. Ramai panik bila ini berlaku, lalu mereka lawan stereng sekuat hati. Tapi ini tindakan berbahaya.
Apa perlu buat bila tayar kereta pancit tengah laju
1. Pegang stereng dengan kemas dan kawal perlahan-lahan. Jangan pulas stereng secara mengejut. Pastikan kereta terus bergerak lurus sebanyak mungkin.
2. Paling penting, JANGAN tekan brek. Ramai buat silap ini sebab terkejut. Tapi bila tekan brek masa tayar depan pancit, kereta boleh berpusing.
3. Biarkan saja kereta perlahan sendiri. Untuk kereta manual, boleh tukar gear satu-satu secara tenang. Kereta auto pula, cukup lepaskan kaki dari pedal minyak.
Ads
4.Kalau tayar belakang yang pancit, rasa dia agak berbeza. Bahagian belakang kereta akan terasa goyang seperti ditiup angin. Tapi stereng masih boleh dikawal.
Sebelum itu, biasanya akan dengar bunyi “pop” atau “boom”, diikuti gegaran dari bawah kereta.
Dalam situasi ini, jangan terburu-buru. Kawal kereta dengan tenang. Fokus utama adalah untuk kekalkan kawalan dan biarkan kelajuan turun sendiri. Bila dah perlahan, barulah beri signal dan masuk ke lorong kecemasan.
Ads
5. Setelah berhenti sepenuhnya, pasang lampu hazard dan letakkan segitiga kecemasan pada jarak selamat. Jangan terus keluar dari kereta. Perhatikan kenderaan lain dulu sebelum buka pintu.
Jika kereta dilengkapi tayar jenis “run-flat”, anda masih boleh memandu sedikit walaupun tayar bocor. Tapi tayar jenis ini lebih mahal dan tak sesuai untuk semua kenderaan.
Ads
Paling penting kekal tenang
Kesimpulannya, perkara paling penting bila tayar pancit atas highway adalah untuk kekal tenang, elak brek mengejut dan kawal stereng dengan baik.
Reaksi kita dalam beberapa saat pertama boleh jadi penentu sama ada anda selamat atau tidak.
Ayam masak merah ini memang sinonim dengan menu kenduri kahwin. Tapi bila kita masak rasanya tak sama macam bila kita makan di kenduri.
Kalau rasa teringin nak makan ayam masak merah ala kenduri kahwin boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Haidah Md Said. Menu ini dipelajari dari ibunya. Resipi untuk seekor ayam supaya senang untuk kita bajet makan sekeluarga.
Resipi ayam masak merah cara kenduri kahwin
Bahan-bahan
Seekor ayam – gaul garam kunyit dan goreng tapi jangan garing
Bahan dikisar:
Cili kering – 2 genggam (campur dengan cili kering tak pedas kemudian rebus)
Bawang besar – 1 setengah biji
Bawang putih – 6-7 ulas
Halia – setengah ibu jari
Belacan – seteagah ibu jari
Buah tomato – saiz besar 2 biji
Bahan tumis:
Rempat tiga sekawan
Bawang besar 1 biji – hiris
Serai – 1-2 batang dititik
Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul
Satu senduk susu cair
Cara memasak:
Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
2. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan kisar.
3. Tumis hingga bahan-bahan hingga garing dan pecah minyak. Jika nampak kurang minyak, tambah sikit-sikit.
4. Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa
5. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.
6. Dah cukup rasa dn sebati, akhir sekali masukkan ayam goreng gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar.
7. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal.
Info: Resipi ini tak gunakan sebarang sos tomato atau sos cili.
Ikan mayung antara yang sedap dibuat asam pedas, dapat pula yang ada telur lagi lah enak. Meletup letup dalam mulut dimakan.
Asam pedas ini juga lagi sedap kalau kuahnya pekat, cuma nak menyediakan asam pedas begini tak semua mahir terutama untuk membersihkan telur ikan dan memastikan ia tak pecah.
Bagi yang nak cuba memasak asam pedas ikan mayung bersama telur boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Nor Khomariah Norrohman. Ujarnya asam pedas cara Johor ini dipelajari daripada suaminya yang mahir memasak lauk ini.
Ujarnya bagi membersihkan telur ikan mayung ini boleh gunakan cara berikut;
Rendam telur dan basuh bersih menggunakan tepung gandum dan limau nipis terlebih dahulu bagi menghilangkan bau hanyir.
Kemudian didihkan air dan masukkan sedikit cuka, bila air mendidih perlahankan api dan masukkan telur secara perlahan-lahan dan rebus sehingga separuh masak.
Akan ada telur yang pecah tapi tak banyak sangat. Tak perlu kacau untuk elak ia pecah.
Bila sudah separuh masak boleh angkat dan lalukan di bawah air paip supaya telur yang pecah tadi tak melekat. Kemudian bolehlah teruskan memasak asam pedas
Cara buat asam pedas ikan mayung dan telur ikan mayung
Bahan-bahan
1 kg ikan mayung dan telurnya
1 sudu lada hitam -ditumbuk
10 tangkai daun kesum
Bendi ( terpulang nk byk mana)
1 batang bunga kantan -dibelah dua
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis (minyak perlu banyak, bila dah masak boleh senduk buang)
Air secukupnya
Bahan dikisar
20 tangkai cili kering – direbus
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
Sedikit belacan
Cara membuat
1. Panaskan minyak (perlu banyak) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga betul-betul pecah minyak serta naik bau.
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, kemudian masukkan a mayung, tambah air secukupnya. Asam pedas Johor jangan cair, biar pekat tapi jangan pekat sangat.
3. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecilkan api. Biarkan mereneh sehingga ikan masak.
4. Masukkan bendi bersama telur mayung yang telah direbus separuh masak tadi. Tak perlu masak lama kerana telur akan jadi keras. Bila bendi sudah lembut boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
Masalah handphone selalu hang dan lembap memang buat kita stress. Tambah pula ia berlaku waktu kita nak buat urusan penting.
Salah satu puncanya mungkin sebab banyak sangat file yang tak perlu masih tersimpan dalam phone hingga jadi berat.
Bagi melancarkan fungsi handphone, file ini perlu kita clear. Caranya, boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Hafizi Zain.
Cara delete file tak perlu dalam phone
1. Pergi ke bahagian Setting.
2. Cari ‘Apps’ dan klik di situ. Nanti akan keluar semua Apps yang kita download dalam handphone.
3. Klik bahagian tepi tiga garisan.
4. Selepas itu akan keluar senarai ini. Pilih sort by size. Nanti akan keluar saiz mana paling besar akan ada atas sekali.
5. Pilih mana-mana Apps yang nak kita clear, contoh klik Facebook.
6. Bila keluar senarai ini dan klik Storage.
7. Nanti akan terpapar file cache yang memakan banyak memory. Macam di Facebook ini ada 520MB file yang tak perlu. Tekan clear cache di bahagian bawah.
8. Selepas tekan, cache akan jadi 0. Ulang semula langkah ini pada apps lain untuk clear kan file tak perlu supaya handphone kita jadi lebih laju.
Boleh juga tonton tutorial ini dalam video TikTok beliau.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...