
Telur goreng mata kerbau kalau dapat yang garing sikit bahagian tepi dan bahagian tengah pulak cair meleleh bila dipecahkan memang terbaik.
Makan nasi lemak, nasi goreng dengan telur mata kerbau ini memang hidangan automatik jadi lagi sedap.
Jika nak dapat telur mata kerbau yang macam ni, ada cara nak menggorengnya. Dikongsi oleh Wan Luqman, kalau selalu tak menjadi goreng telur boleh ikut teknik ini.
Tip goreng telur mata kerbau yang cantik, cair di tengah
1. Kena guna kuali kecil dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tak merebak ikut saiz kuali .

2. Tip kedua, minyak kena lebih supaya telur akan tenggelam rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan direct terus ke kuali. Bila keliling putih dah start garing sedikit, boleh angkat dah. Jangan risau, kita tos dulu atas sudip bagi minyak meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus.

3. Tip ketiga, gunalah telur saiz D ataupun E baru dapat hasil begini. Bahagian kuning tu sama ada cair atau separa cair. Baru berselera.

Selamat mencuba.
Sumber: Wan Luqman
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
7 Teknik Mudah Hilangkan Dagu Berlapis, Tak Perlu Modal Sambil Tengok TV Pun Boleh Buat

Selain pipi tembam, masalah dagu berlapis juga merisaukan kaum wanita. Sebabnya timbunan lemak ini menyebabkan kita seperti memiliki dagu tambahan.
Selapis dagu tambahan mungkin biasa tapi jika sudah ada dua, anda harus cara untuk melenyapkannya jika tak mahu wajah turut kelihatan gemuk.
Tak perlu bedah plastik di bawah ini ada 7 teknik mudah yang boleh anda amalkan untuk menghapuskan lemak di bawah dagu itu.
Teknik 1
Berdiri tegak, angkat kepala seperti memandang atas hingga dagu juga terangkat. Bibir ditutup dan mulut dimuncungkan sampai otot pipi dan dagu rasa ditarik. Tahan selama 10 saat. Kembali ke posisi berdiri, ulang gerakan ini 10 kali.

Teknik 2
Berdiri tegak, tundukkan kepala dan mula buat gerakan mengikut pusingan jam. Ulang lima kali dan lima kali lagi mengikut arah jam sebaliknya.
Teknik 3
Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti gerakan tersenyum lebar. Lakukan sampai otot rahang dan dagu rasa seperti ditarik. Tahan selama 10 saat. Ulangi gerakan sama sebanyak 10 kali.
Teknik 4
Mengunyah gula-gula getah – gerakan mengunyah gula-gula getah akan membuat otot rahang dan dagu bekerja lebih keras. Namun, pastikan anda memilih tanpa gula agar tidak menjejaskan gigi.
Teknik 5
Menguap – ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher juga akan ditarik sehingga mampu membakar lemak di pipi dan dagu. Oleh itu tiada ada salahnya jika anda melakukan gerakan menguap meskipun sedang tidak mengantuk.
Teknik 6
Urutan – urutan lembut yang dilakukan setiap hari boleh membantu menegangkan wajah. Cara urutan mulakan dari hujung leher membawa ke dagu hingga rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.

Teknik 7
Senaman bola tenis – letak bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat menggunakan dagu selama 10 saat, kemudian kendurkan selama lima saat. Ulangi 10 kali.
Senang sajakan cara nak hilang lemak bawah dagu, boleh dilakukan sambil duduk menonton tv. Selamat mencuba.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
DIY Disinfectant Spray Untuk Bunuh Virus & Kuman. Senang, Cuma Guna 2 Bahan Saja

Ketika penularan virus Covid 19 amat penting untuk kita membersihkan bukan saja diri tapi juga barang-barang di rumah bagi mengelak diri dari dijangkiti virus yang memang diketahui merebak melalui sentuhan.
Oleh sebab itu amat disarankan agar setiap rumah mengadakan disinfectant spray supaya dapat membunuh virus dan kuman yang mungkin kita bawa daripada luar dan melekat pada barang yang kita sentuh.
Disinfectant spray ini juga boleh dibuat sendiri jadi tak perlu bersusah payah keluar untuk membelinya. Caranya ada dikongsi oleh Syinorita Syahidah
Apa kegunaan disinfectant spray?
Untuk bunuh kuman atau virus yg melekat dekat permukaan. Tak kisah lah permukaan lantai, mangkuk tandas, perkakas rumah, atau pun pakaian.
Dah ada semburan ini boleh spray pada parcel yg kita beli online, barang-barang mainan anak, atau barang perkakas rumah (alat elektrik tidak boleh ye).
Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini elok diguna utk disinfection barang-barang dalam rumah.
Cara buat disinfectant spray
Bahan utk buat Disinfectant Spray ini hanya dua saja.
-Air
-Clorox bleach
- Portion campuran untuk dua bahan ini ialah 5% Clorox campur dgn 95% air. Kalau guna 400ml air letak 20ml Clorox

- Kegunaan Clorox untuk bunuh kuman dan virus memang dah tertera di kemasan ya. Boleh baca dulu.

- Dah siap boleh masukkan dalam apa-apa botol dan labelkan. Cara guna; hanya perlu spray dan biar sampai kering. Tak perlu lap.
- Kalau beli parcel online, jangan buka parcel dulu. Spray dan biarkan at least 5 ke 7 minit baru boleh buka dan sentuh.
- Diingatkan supaya letak semburan ini di tempat yg selamat dan jauh dari anak kecil.
Sumber: Syinorita Syahidah
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Tip Kalau Nak Pokok Sup Subur Besar Macam ‘Giant’, Kena Tanam Dari Biji Benih Baru Menjadi

Geram pulak tengok daun sup ‘giant’ yang dikongsi oleh Cikgu Kebun. Punyalah besar dan gemuk daunnya.
Kalau macam ini punya besar tanam sepokok dua di rumah pun dah ok, lebih dari cukup.
Tapi nak dapatkan hasil pokok begini ada tip dan caranya. Tak lokek berkongsi ilmu Cikgu Kebun (CK) menurunnya tip dan cara yang dipraktikkan.
9 tip tanam pokok sup ‘giant’

Walaupun ramai yang suka tanam pokok sup ini tapi ramai yang gagal mengekalkan kesuburannya. Agar pokok daun sup yang ditanam kekal lama dan subur gebu, perkara pertama kena semai dari biji benih.
Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam semula. Tapi pokok ini tak dapat hidup lama. Akhirnya kita kecewa.
Jadi CK cuba bantu supaya mampu tanam pokok sup ini di rumah dengan jayanya. Ada 9 tip mudah yang perlu dipraktikkan untuk dapat pokok sup yang subur dan gemuk.
1. Pemilihan jenama biji benih – selalunya CK akan guna jenama yang berkualiti supaya peratus tumbuh tinggi. Antara jenama yang selalu CK guna adalah GreenWorld dan Ria Organik
2. Teknik semaian biji benih – CK suka gunakan teknik macam tabur dedak ayam atas medium supaya anak pokok sup tumbuh banyak. Medium semaian yang diguna adalah peatmoss

3. Lokasi semai dan tanam – ada 2 kaedah yang selalu CK buat iaitu semai terus di tempat panas atau semai dan letakkan di tempat redup. Kedua-dua cara ini berjaya jika faham teknik cahaya dan siraman air.
4. Kadar siraman air – semasa semai kena pastikan media semaian sentiasa lembap dan bila tumbuh kekalkan siraman sehari 2 kali.
5. Penjarangan anak pokok – cara ini akan memberi ruang untuk pokok sup besar dan menjadi ‘giant’, pastikan sepasu hanya sepokok sahaja.
6. Pemilihan baja – CK menggunakan 2 jenis baja iaitu Baja wangi serbuk organik dan Baja Liquid Organic Fertilizer(LOF). Tabur baja serbuk 2 minggu sekali. Best baja ni sebab baunya wangi dan siram baja cecair LOF kekerapan seminggu 3 kali.

7. Kawalan serangga dan kulat – selalunya serangga jenis bena putih dan kulat akan rosakkan pokok. Bagi menjaga pokok sup agar tahan lama semburan Cuka Kayu dan Bio Control boleh dibuat seminggu sekali.
8. Medium tanaman – bagi pokok sayur jenis ini CK suka mengunakan campuran tanah merah, sabut kelapa, sekam bakar, sekam mentah dan baja wangi serbuk digaul di dalam medium dengan nisbah 3:2:1:1:1.
9. Pencahayaan – pokok daun sup ini tidak suka cahaya terus jadi bagusnya letak pokok ini bernaung di bawah pokok lain atau di tepi kawasan rumah yang cahaya cerah sahaja.
Insya-Allah inilah teknik mudah yang CK gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant.
Kalau nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok, Facebook Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Gardening by Cikgu Kebun
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

