Tip buat bihun sup utara yang sedap sampai berpeluh hirup kuah. Hidang untuk tetamu beraya confirm menambah makan.
Bihun sup utara ini, wajibnya bihun mesti kuning dan cabai atau sambalnya mesti merah. Rasa supnya memang tip top sedap bila tambah tulang dan lemak, confirm berpeluh sambil hirup kuah. Kalau teringin nak buat boleh buat resipi yang dikongsi oleh Zaini Talib.
Ti buat bihun sup utara (sup tulang)
Cara buat bihun kuning
1 paket bihun
1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit
1.Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi.
2. Dah lembut bihun terus bilas dengan air paip kemudian ditapis atau tos.
Bahan-bahan sup
1 kilo tulang – dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya
2 batang serai – ketuk
2-3 inci halia – diketuk
4 ulas bawang putih- ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil- ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kecil bunga cengkih – ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Ads
Cara membuat
1. Masuk air secukupnya – menutupi daging, kalau nak lebih banyak air lebihkan bahan sup di atas.
2. Masukkan semua bahan bahan dalam periuk. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.
3. Selepas sup masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup (jika mahu).
Ads
Bahan untuk cabai merah
Cili kering – siap kisar atau cili boh
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil- ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Cara membuat
Tumis bawang kemudian masukkan cili, masak sampai pecah minyak.
2. Masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka, garam dan gula.
3. Boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tak nak masukkan gula.
Bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun sup
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Tauhu digoreng
Ads
Bihun sup utara cabainya mesti merah, bihunnya mesti kuning. Dua perkara ini wajib ada.
Siap bihun sup utara, sedia untuk dimakan. Praktikkan tip buat bihun sup sedap ni untuk jamu tetamu ya.
Rutin basuh pinggan mangkuk ini kita buat setiap hari kadang kala sampai 4-5 kali. Jadi sabun atau cecair basuh pinggan ini memang perlu sentiasa ada.
Tapi kalau nak jimatkan penggunaannya boleh ikut tip yang dikongsi oleh شهيد شهداء Dari 1 liter sabun boleh yang tahan sebulan boleh diganda jadi 5 liter dan tahan selama 5 bulan. Jimat banyak kan!
Tip jimat sabun basuh pinggan
Ni bukan pasal resepi masak tau tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah. Jimatlah juga belanja dapur kan. 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun.
Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.
Tambah 2 bahan ini saja
5 liter air
800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna Sunlight)
Garam paket kecil (anggaran secawan).
Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai. Siap…!
Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi dua sukatan di atas ).
TIP
Refill guna bekas yang sesuai, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.
Guna seperti biasa. InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Selamat mencuba untuk lebih jimat.
Blender dan pengisar di rumah kita memang selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili.
Iyalah saban hari guna untuk mengisar bahan ini, sudah tentu kesannya melekat. Bila makin lama makin jelas pula malah bau blender pun tak berapa enak. Jadi eloklah kita ambil sedikit masa untuk bersihkan sebab caranya pun mudah saja.
1.Guna kelapa parut
Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah bau cili pun tiada.
2. Limau nipis dan beras
Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kena kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
3. Baking soda dan cuka
Baking soda memang banyak kegunaan untuk tujuan pembersihan. Salah satunya menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya, ambil 1/4 cawan baking soda dan 3/4 cawan cuka.
Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa.
Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang.
Kalau buat kari dan kuahnya banyak lagi, elok sangat jika buat roti canai. Cicah dengan kari macam ni memang sedap.
Nak buat roti canai homemade tak perlulah tebar-tebar macam kat kedai mamak. Tarik atas dulang pun dah cukup. Tapi kalau nak roti canai jadi nipis, dan garing boleh guna cara yang dikongsi oleh Rahmah Rosmin.
Buat roti canai homemade yang nipis dan garing, tak perlu tebar
Sarapan hari ni roti canai homemade. Tak pandai nak tebar kita tarik saja atas belakang dulang macam mak-mak dulu buat. Yang penting jadi nipis.
Bahan-bahan
1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cawan air – anggaran saja, tuang sedikit demi sedikit sambil uli hingga mnjadi doh.
Cara membuat:
1. Satukan susu,telur,garam dan air-kacau sampai larut.
2. Masukkan tepung dan minyak dalam bekas, kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli hingga menjadi doh yg licin dan lembut.
3. Bentuk jadi bulat anggaran 75g-80g setiap satu.
4. Sapu setiap satu doh dengan marjerin dan letak dalam bekas. Tuang sedikit minyak masak, perap adunan 6-7 jam atau semalaman. Bagi yang tak sabar macam sis perap 4 jam pun dah boleh tarik. (Tarik guna belakang dulang. Ratakan dan tarik sampai nipis kemudian lipat. Macam mak kita buat dulu).
5. Bolehlah digoreng menggunakan minyak yang sedikit saja.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...