Lauk paprik baik ayam, seafood atau paprik campur bukan saja enak tapi mudah. Satu lauk ini saja dah lengkap hidangan kerana ada lauk dan sayur.
Cuma kena pastikan kuah paprik ini dibuat lebih supaya puas makan. Takdelah anak-anak terkuis-kuis kuah yang sedikit. Kalau boleh buat paprik kuah ‘banjir’ seperti yang dikongsi oleh HasnorFadila Kadir. Resipi paprik ini menggunakan udang tapi boleh saja diolah mengikut cita rasa.
Resipi paprik udang kuah banjir
Bahan-bahan
Udang
1 senduk cili kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang kecil
Halia
Serai
Daun limau purut
Bawang besar/holland potong bulat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Garam
Gula
Perencah hilal
Air
Ads
Bahan sayur dipotong
Lobak merah, bunga kubis, jagung, tomato, cendawan, kacang panjang, kacang buncis
Cara membuat
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing. Lepastu masukkan cili kering dan tumis lagi sampai garing.
Ads
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram,kicap manis, serai dan daun limau purut dan masak lagi.
3. Lepastu masukkan bahan lobak, jagung mudah kemudian tambah perasa bersama perencah Hilal.
4. Masukkan udang, cendawan, tomato, bawang yang dipotong bulat. Akhir sekali sekali masukkan kacang buncis atau kacang panjang. Siap.
Ads
INFO: Sekiranya mahu menggunakan ayam, boleh masuk masa selepas menumis bawang atau cili kering.
Cermin pandang belakang yang pada setiap kereta berfungsi untuk memudahkan pemandu melihat bahagian belakang kereta tanpa menoleh.
Tapi perasan tak ada satu klip di bahagian bawah cermin ini. Selama ini ramai yang hanya melihat dan menyentuhnya untuk membetulkan kedudukan cermin pandang belakang tanpa mengetahui fungsi sebenar alat.
Dikongsi oleh @altimatsaujana di aplikasi TikTok klip yang ada pada cermin pandang belakang ini sebenarnya sangat berguna pada malam hari.
Fungsi Klip Pada Cermin Pandang Belakang
Menurutnya ia berfungsi untuk membantu mengurangkan silau akibat pantulan cahaya kereta dari belakang.
“Ha ramai tak tahu kegunaan cermin pandang belakang ini semasa memandu waktu malam.
“Contohnya, kadang-kadang bila memandu korang akan tengok dekat cermin pandang belakang akan ada satu kereta guna high beam.
“Jadi benda ini, kadang-kadang akan bagi mata pemandu silau. Jadi cara dia mudah je, korang tekan (klip) dekat belakang. Jadi benda itu akan kurangkan silau,” katanya.
Tidak lengkap hidangan asam pedas atau kari tanpa adanya bendi. Dikenali dengan nama ‘lady finger’ dan antara tanaman sayuran yang amat digemari pelbagai bangsa di Malaysia.
Ketinggian bendi kira-kra 1.5 meter ini menjadikan ia pokok tanaman yang sesuai ditanam dalam pasu.
Bagi peminat aktiviti berkebun, ada beberapa tip perlu diambil kira jika mahu menanamnya dalam pasu supaya bendi terus hidup subur.
Tumbuh subur dalam pasu.
Perkara Asas Untuk Tanam Pokok Bendi Dalam Pasu
1. Pasu
Pokok bendi memerlukan saiz pasu yang dalam untuk menampung akar tunjangnya. Ideal saiz pasu yang diperlukan adalah antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok. Namun jika anda mempunyai saiz yang lebih besar, ia mampu memuatkan 2-3 batang pokok bendi dalam satu bekas.
Pemilihan material untuk tanam pokok bendi tidak menjadi masalah. Sama ada plastik, tanah liat, fiber dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.
Namun, untuk tanam pokok bendi anda perlu pastikan pasu atau bekas yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar. Batang bendi jenis tidak tahan air bertakung, ia akan mudah dijangkiti kulat.
2. Medium Tanah
Seperti tanaman sayuran yang lain, pokok bendi memerlukan medium tanaman yang seimbang. Medium tanaman yang telah siap dijual di pasaran amat sesuai digunakan.
Yang menjadi kepentingan dalam penyediaan medium untuk tanam pokok bendi ini ia harus mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.
Untuk memastikan keperluan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok bendi mencukupi, medium tanaman seimbang yang telah siap dicampur tadi boleh diadun bersama sedikit bahan organik atau kompos.
Puas makan hasil tanaman sendiri.
3. Semai Biji Benih
Di pasaran terdapat pelbagai jenis benih bendi. Terbaru, jenis bendi renek. Sebaiknya, anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. Terdapat juga bendi berwarna ungu. Untuk jenis bendi biasa, ketinggian matangnya boleh mencapai 5 kaki.
Disebabkan pokok bendi mempunyai sistem akar tunjang, ia perlu di semai terus didalam pasu bagi mengelak masalah kerosakkan akar apabila pemindahan tanaman dilakukan. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci dalam di tengah-tengah pasu dan tanam 2-3 biji benih bagi setiap lubang.
Tutup penuh lebung tersebut dan siram biji benih dengan air menggunakan penyembur. Letakkan pasu yang berisi benih tadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan pastikan medium tanamannya sentiasa lembap. Dalam tempuh 5 hingga 10 hari, biji benih yang disemai tadi akan mula bercambah
4. Lokasi Tanaman
Pastikan pokok bendi menerima cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari. Sebaiknya, pastikan lokasi dipilih untuk meletakkan pasu yang telah ditanam pokok bendi tadi menghadap cahaya matahari di waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi tanaman mula aktif menjalankan proses fotosintesis dan cahaya matahari amat diperlukan untuk proses ini
5. Cara Siraman
Pokok bendi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan paling tidak sehari sekali. Sebaiknya, siraman dilakukan di awal pagi. Ia bertujuan memberi sumber bekalan air yang diperlukan oleh pokok bendi untuk melakukan proses fotosintesis.
Orang lain tanam pokok bendi punyalah berbuah banyak dan gemuk-gemuk sedangkan pokok bendi kita tanam, jarang buahnya dan kurus pulak. Selalu jadi begini kan.
Supaya pokok bendi kita memberi hasil yang sama, Puan Liyana Mohd Poad berkongsi tip yang boleh dipraktikkan untuk mereka yang menanam pokok ini di rumah. Jika betul caranya insya-Allah pokok bendi berbuah banyak, setiap celah akan ada buahnya.
Tip supaya bendi berbuah banyak di setiap celah
Bagi yang suka tanam bendi saya beri tip supaya bendi berbuah dengan banyak di setiap celah. Rujuk gambar untuk tip tip tersebut.
Sebelum itu asasnya bendi perlu dua perkara yang sangat sangat utama iaitu air yang banyak dan cahaya yang banyak untuk buah yang banyak.
Bendi perlu dipetik kurang daripada tempoh seminggu ianya mengeluarkan buah. Jika lebih daripada tempoh ini, bendi akan jadi keras. Baja khusus untuk bendi hanyalah baja tinja haiwan. Tak perlu baja mahal mahal keran bendi senang berbuah dan senang dijaga.
1. Cari benih bendi renek
Ini namanya bendi renek. Boleh beli biji benih brand BABA. Di luar paketnya ada tulis bendi hijau. Kalau bendi putih dan panjang, itu bendi susu. Pokok ini saya tanam dalam polibeg saiz 14″
2. Letak tempat penuh cahaya
Di setiap celah ada buah walaupun tingginya hanya lebih kurang 2 kaki. Ketika menyemai, apabila daun sudah ada 3 helai, pindahkan terus ke tempat penuh cahaya. Pokok bendi suka cahaya yang banyak untuk tumbesaran.
3. Daun kena buang bila petik buah
Apabila petik buah, buang sekali daun yang menyokong buah tersebut.
Ini paling penting. Selepas petik bendi, buang sekali daunnya, jangan tinggalkan di pokok supaya kesemua zat akan sampai ke buah yang berikutnya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...