Tip penting jika terlibat kemalangan teruk! Kemalangan kereta memang tak boleh dijangka. Walau kita berhati-hati tapi ia boleh terjadi akibat kecuaian pihak lain pula.
Bila terlibat dalam kemalangan kita biasa akan panik, apatah lagi jika kali pertama mengalaminya. Boleh jadi ketika panik ini kita membuat tindakan atau keputusan yang kurang tepat dan melibatkan kos tambahan.
Ini antara yang dilalui oleh Syahrul Anuar. Terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk atau total lost ini pesanan beliau ini boleh jadi panduan untuk kita.
Ujar beliau jika terlibat dalam kemalangan jangan terus menerima khidmat ‘tow truck’ atau kereta tunda yang paling awal muncul. Jangan terus tandatangan apa-apa dokumen ketika ini. Berikut adalah sebab dan penjelasan beliau.
Tip Penting Jika Terlibat Kemalangan Teruk, Jangan Buat Kesilapan Ini
Kami baru accident teruk. Kereta total loss! Jangan buat kesilapan yang kami buat ni. Ingat sampai bila bila.
Waktu kami accident, tak lamakemudian isteri didatangi brother tow truck & minta dia sign. Dia tandatangan tanpa fikir. Ye lah, tengah panik dan terkejut kan.
Bila saya sampai, saya putuskan untuk guna Honda tow program. Malangnya call centre Honda tak angkat call. Jadi kena nego dengan brother tow truck untuk minta jasa baik dia bawa kereta ke workshop under Honda official.
Saya insist kalau tak bawak ke bengkel pilihan kami, saya takkan benarkan u tow. Saya record janji dia untuk bawak ke official Honda repair centre.
Kenapa tak cancel saja? Nak cancel kena bayar RM500 cancellation fee! Gila, padahal kos sebenar dalam invois tak sampai RM 250.
Ada yang kata bengkel mana-mana pun sama saja!Tidak semestinya! Sebab saya nak barang ori sebab kereta ada takaful yang boleh cover takaful. Sayang la kereta baru
Ads
Tapi ditakdirkan, kereta ini total loss. So takyah la repair! Jadi, apa jadi lepas tu? Macam mana boleh dapat cash back lepas accident?
Lepas accident
Jangan panik, jangan terima servis external tow truck selain yg berdaftar dengan takaful korang!
Nota : Post ini bukan bermotif nak burukkan third party tow truck. Matlamatnya, nak kongsi pengalaman yang mungkin bermanfaat untuk orang ramai. Semoga Allah pelihara kita semua.
Perkara pertama kena buat lepas kemalangan
1. Call official tow truck dari takaful company yang kita ambil.
2. Segera ke balai polis buat laporan polis. Di situ, polis akan ambil gambar dan keterangan. Kalau cedera, pergi klinik dulu, baru ke balai. Ini pesan polis.
3. Selesai urusan laporan polis, kena print report polis di balai trafik. Simpan elok-elok. Memudahkan urusan claim nanti.
Ads
4. Lepas report polis, boleh singgah ke bengkel untuk ‘check in’ kereta (daftar).
5. Dalam sehari bekerja biasanya wakil bengkel kereta akan call minta dokumen
– Driver license
– IC
– Polis report
– Gambar (optional)
6. Pihak bengkel akan bantu submit claim report ke pihak takaful. Biasanya dalam 3 hari bekerja akan dapat notification dari takaful kata permohonan diterima.
7. Lepas permohonan diterima, pihak takaful akan arrange adjuster untuk asses keadaan kereta korang
– Sama ada boleh dibaiki
– Atau total loss
8. Bab adjuster ini kena bagi perhatian khusus. Dalam beberapa hari, adjuster akan datang ke bengkel untuk tengok apa yang rosak dan keluarkan claim report. Untuk kes ini, 2 minggu juga saya push. Akhir sekali dapat ke bos adjuster baru kes gerak.
9. Jadi saya pesan pada adjuster, tolong tengok elok-elok. Kalau perlu total loss, total loss kan saja. Sebab apa guna repair, kalau esok-sok saya kena datang bengkel lagi.
“Kalau ni kereta u, u nak buat apa?”.
Saya psiko gitu ja. Tak tau la berkesan ke tak.
Ads
Selepas adjuster dapat report kerosakan, Adjuster akan submit ke Takaful
Kalau takaful puas hati dengan kos kerosakan dan justification adjuster, boleh mula repair
TAPI
Dalam kes saya, takaful tak puas hati tengok kerosakan quotation first
First result 7/6/22
Kos repair first quotation= RM 70k
Jadi, takaful suruh asses semula & STRICTLY DO NOT COMMENCE REPAIR. So terpaksa la tunggu 2 minggu lagi. Kemudian baru dapat call dari takaful kata confirm total loss. Sebab kos rosak dekat RM 90k (beyond economic repair sebab more 80% sum insured). Selepas itu barulah dapat letter offer takaful untuk bayar full insured amount ke bank.
10. Jadi, saya pun kena dapatkan letter of undertaking dari bank untuk membolehkan takaful bayar ke akaun saya. Sini stuck 2 minggu sebab tak tahu nak call siapa. Rupanya kena pergi auto loan department bank. Sehari saja diorang proses surat.
Lepas dapat surat LoA dari bank dan up surat settlement baki kereta. Kemudian kena submit dokumen claim ke takaful;
– Geran kereta ORI
– Kunci kereta ori
– Surat bank
– Lesen
– dan surat JPJ
Aku submit 26 Julai. Sumpah syukur;
1 Ogos, takaful bayar bank
2 Ogos, loan account dah kosong.
3 Ogos, dah dapat duit lebihan claim dari bank (sebab ada cashback)
Musim cuti ni ramai kaum ibu sibuk membuat persiapan pakaian sekolah anak. Salah satu yang agak remeh dan menjadi keluhan para ibu adalah kerja menampal lencana pada baju sekolah anak.
Sebab itu muncul satu persatu cara untuk mudahkan kerja menampal lencana ini selain menjahit yang kita tahu akan memakan masa yang lama.
Salah satu cara yang popular adalah dengan menggunakan gam UHU. Letak gam belakang lencana alas dengan kain kemudian gosok. Cara ini memang mudah walau pun kena awasi penggunaan gam yang melekit.
Tapi rupanya ada lagi cara lain yang lebih mudah untuk tampal lencana tanpa menjahit.
Tak melekit 5 minit dah siap!
Cara ini dikongsi oleh Norhasnita Mohd Anuar. Beliau menggunakan double sided adhesive cloth untuk menampal lencana. Yang penting cara ini tak melekit, 5 minit dah siap.
Para ibu boleh cuba cara yang dikongsi Puan Norhasnita ini ya.
1. Guna double sided adhesive cloth
Tahun ni Akak try guna double-sided adhesive cloth ni pulak. Nampaknya cara ni yang paling mudah dan cepat.
2. Potong adhesive cloth ikut saiz lencana
3. Dah potong, lekat kemudian gosok dengan seterika
Cari kat sini
Mana nak cari? Korang pegi daiso yang berdekatan. Pastu cari kat bahagian craft.
Ada masa bila masak masakan guna limau purut akan terasa sedikit pahit. Rupanya ia ada kaitan dengan pemilihan daun. Untuk untuk memasak menggunakan daun ini kena perhati bentuk daunnya.
Petua ini dikongsi Nasrah Zamzam ini ramai tak tahu.
Ada yang kata masak tomyam ke paprik ke apa ke rasa pahit kan? Daun limau purut memainkan peranan penting. Cari yg berbentuk 8. Barulah tak pahit.
Daun yang lebar macam sebelah dia tu agak pahit kalau dibuat masak.
Berapa kali masak guna jenis lebar masakan terasa pahit walaupun buang urat tengah. Ada kot silap saya kat mana-mana tapi petua pilih daun bentuk 8 memang saya apply sendiri. Masuk saja dalam masakan tak perlu buang urat.
Cara isi nama waktu beli tiket kapal terbang supaya betul pada boarding pass. Bagi yang pertama kali atau jarang membeli tiket kapal terbang sudah tentu akan sedikit keliru.
Sudahnya nama yang tertera di dalam boarding pass terbalik. Nampak remeh, tapi sebenarnya penting. Kalau korang bakal terbang ke luar negara atau baru pertama kali beli tiket kapal terbang sendiri, ini perkara penting.
Ada beberapa cara berbeza mengisi nama berdasarkan syarikat penerbangan tertentu seperti Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, dan sebagainya. Berikut perkongsian berguna dari Rusila Yusof ini yang boleh dijadikan rujukan.
Cara Isi Nama Waktu Beli Tiket Penerbangan
Baru-baru ini saya terbaca satu posting di group travel tentang soalan seseorang mengenai tiket yang beliau beli dan namanya terbalik di boarding pass. Ramai yang tinggal emoji ketawa.
Apabila saya komen tentang cara saya isi nama semasa membeli tiket juga, ada juga yang tinggal emoji yang sama dikomen saya. Bila orang pertikai cara saya isi, saya bagi bukti gambar boarding pass saya yang lama-lama.
Di sini saya nak kongsikan cara mengisi nama sewaktu anda nak membeli tiket kapal terbang. Sebenarnya ada banyak cara isi. Yang penting anda ikut sebijik-sebijik nama di pasport. Jangan tertinggal walau satu perkataan pun. Itu lebih selamat.
A. Cara Malaysia Airlines (MAS)
Walaupun panduan MAS agak pelik dan berbeza, bagi saya ia memudahkan kita. Sebab apabila kita ikut cara MAS, kalau tiba-tiba ada pengumuman di airport, kita senang perasan orang panggil kita terutamanya di luar negara.
Cara MAS isi nama adalah, kena isi secara terbalik. GIVEN NAME kena letak nama ayah kita. Dan SURNAME pula letak la nama kita. Contoh nama saya RUSILA BINTI YUSOF. Cara isi nama
Given name/First name: BINTI YUSOF @ YUSOF
Surname/Last name: RUSILA @ RUSILA BINTI
Jadi apabila boarding pass dicetak, nama yang tertulis adalah seperti berikut
RUSILA/BINTI YUSOF
RUSILA BINTI/YUSOF
Jika nama anda panjang seperti MUHAMMAD UWAIS QAYYUM BIN MOHD FIRDAUS
Given name/First name: BMF
Surname/Last name: MUHAMMAD UWAIS QAYYUM
Nama di cetakan boarding pass
MUHAMMAD UWAIS QAYYUM/BMF
B. Cara AirAsia
Cara AirAsia pula seperti berikut
Given name/First name: RUSILA BINTI @ RUSILA
Surname/Last name: YUSOF @ BINTI YUSOF
Nama cetakan di boarding pass
YUSOF/BINTI RUSILA
BINTI YUSOF/RUSILA
C. JIKA NAMA HANYA SATU PERKATAAN
Saya pernah ada pengalaman isi nama yang dia hanya ada satu nama sahaja. Orang Indonesia. Cara isi adalah seperti berikut jika namanya RUSILA
Given name/First name: RUSILA
Surname/Last name: RUSILA
Di cetakan boarding pass nanti tertulis
RUSILA/RUSILA
D. JIKA NAMA TERLALU PANJANG.
Contoh saya ada letakkan dah di A. Singkatkan nama ayah kita. Ambil huruf hadapan sahaja. Nama kita yang sebenar kena kekalkan.
E. JIKA NAMA TIADA NAMA AYAH
Sekarang ni bila nama terlalu panjang, imigeresen dah mula buang nama ayah dalam pasport. Saya pernah terima nama sebegitu semasa beli tiket. Saya tengok tiada nama ayah dalam pasport. Cara saya isi adalah seperti berikut:
Contoh nama:
MUHAMMAD UWAIS QAYYUM Cara 1
Given name/First name: QAYYUM
Surname/Last name: MUHAMMAD UWAIS
Nama di cetakan boarding pass nanti:
MUHAMMAD UWAIS/QAYYUM
Cara 2
Given name/First name: MUHAMMAD
Surname/Last name: UWAIS QAYYUM
Nama di cetakan boarding pass nanti:
UWAIS QAYYUM/MUHAMMAD
Cara 3
Sekarang Trip.com sudah mula letak column untuk isi nama kita tanpa surname. Tapi saya belum isi cara ini. Bermakna sekarang kita tak payah risau lagi cara isi surname atau last ni. Tulis given name sahaja
GIVEN NAME/FIRST NAME: RUSILA BINTI YUSOF
Dan tinggalkan column surname/last name. Saya belum cuba lagi. Ingat nanti nak cuba sekali. Sebab ikutkan sebenarnya kita orang Malaysia tiada surname.
Kesimpulannya, isi saja ikut nama yang tertera di passport. Itu yang penting. Jika nak lebih detail, rujuk airlines masing-masing jika keliru dan risau. Saya telah mengisi dengan pelbagai cara dan pelbagai airlines dengan cara yang saya nyatakan dan alhamdulillah tiada masalah.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...