Duduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu.
Antara yang ditanam dalam pasu adalah pokok limau purut yang tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya.
Ads
Tapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.
Tip pokok limau purut tanam dalam pasu sentiasa subur
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Ads
Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Ads
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Antara pokok yang sering jadi pilihan dalam aktivit berkebun adalah kesum. Namun begitu, jika salah menanamnya, pokok kesum akan rosak dan cepat mati.
Bagi yang baru mahu mencuba aktiviti berkebun ini, jangan risau anda boleh mengikuti petua menanam pokok kesum yang dikongsi oleh Eddy Rusdi Abdullah menerusi group Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Kesum hidup subur & segar.
Menurutnya sudah banyak kali menanam kesum, tetapi tidak pernah hidup.
Dan akhirnya berjaya menemui jalan penyelesaian dan hasil kesabaran, pokok kesum hidup subur dan segar dengan 3 langkah mudah ini.
3 Langkah Tanam Kesum Hidup Subur & Segar
1. Rendam batang kesum dalam air beberapa hari sampai keluar akar yang banyak.
2. Apabila sudah berakar, tanam dalam pasu. Pasu itu direndam dalam bekas besar yang ada air. Kesum hidup dalam pasu yang direndam dalam air bertakung.
Tanah kena sentiasa basah.
3. Pastikan tanah selalu basah. Hasilnya kesum akan tumbuh subur dan segar. Buktinya sudah banyak kali menggunakannya untuk masak asam pedas dan laksa.
Kucai antara sayur yang berbaloi ditanam. Masuk dalam sayur goreng, mi, bihun, cucur dan macam macam lagi.
Bestnya nak tanam pokok kucaipun taklah susah. Kalau nak cepat dapat hasil boleh tanam gunakan ubinya. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut tip penanaman yang dikongsi oleh Yuziyana Yusop.
Tip tanam kucai
Benamkan ubi kucai dalam tanah hitam dan tinggalkan sedikit batang kucai dipermukaan tanah.
Siram dan letak di kawasan redup seminggu dua ,kemudian terus dedahkan matahari penuh. Kucai suka matahari penuh dari pagi sampai petang.
Siram 2 kali sehari dan letak baja organik sebulan 3 kali (baja kopi, baja soya, baja tahi ayam, tahi kambing).
Jangan sayang nak tuai
Seawal 3- 4 minggu lepas semai dah boleh mula kerat daunnya yg pertama.
Tanam kucai jangan takut atau sayang nak tuai. Lagi kerat lagi cepat gemuk dan daun makin lebar.
Musim panas daun lambat panjang, tuai 3-4 minggu sekali.
Musim hujan daun cepat panjang,jadi boleh tuai daun 2 minggu sekali.
Cara biakkan & gemukkan kucai
Letakkan kucai di tempat teduh jika nak kucai keluar banyak anak. Tapi kucai yang diletak teduh akan jadi halus.
Bila dah banyak anak, pecahkan dan tanam semula dalam pasu/polibeg lain.
Kucai yang terdedah di tempat panas lebih gemuk tapi lambat sikit membiak.
Kucai tempat teduh pula cepat membiak tapi daunnya halus saja. Alihkan semula ke tempat panas jika mahu kucai yang gemuk.
Dah siap masak lauk banyak-banyak, letak atas meja tutup dengan saji tapi bila nak makan tengok penuh dengan semut. Memang tension kan bila ada kejadian macam ni.
Itu belum bila semut masuk dalam bekas tempat simpan air, tempat gula dan segala bekas. Mulalah takde mood nak masak apatah lagi kalau dah macam-macam cara buat tapi semut tetap naik atas meja atau table top.
Kalau guna ubat halau semut atau petua lama tak menjadi, kita mungkin boleh ikut cara ini pula ya. Ia adalah cara kreatif yang dikongsi netizen dalam media sosial. Tak susah pun untuk praktik.
Guna stoking lama
Caranya hanya guna stokin lama dan juga penyembur halau serangga.
1. Mula-mula cari stokin lama yang kita dan tak pakai.
2. Kemudian potong empat, lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja enam, potong enam.
3. Sarungkan stokin yang dipotong pada kaki meja, seterusnya semburlah dengan Ridsect atau Baygon. Spray keliling stoking untuk kesan yang lebih efektif.
4. Bolehlah tengok hasilnya, bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun tak nak panjat meja makan. Selamat mencuba.