Kalau tercari-cari apa pencuci mulut yang senang nak dibuat dan berkhasiat untuk hidangan anak-anak boleh cuba agar-agar susu kotak ini.
Mudah sangat caranya cuma guna susu kotak dan agar-agar saja. Rasa manis dan lemak dari susu ini dah tentunya disukai semua.
Idea serta cara membuat agar-agar susu kotak ini dikongsi oleh Ain’nie Rahman.
Agar-agar susu kotak, penyejuk tekak
Bahan-bahan
1 liter air kotak – coklat/ strawberi (ikut cita rasa)
3 sudu gula (boleh tambah atau kurangkan)
10gm (1 pek) agar-agar serbuk tanpa warna
Cara masak:
1. Masuk semua bahan dalam periuk, didihkan dan kacau. Siap!
2. Gunting kotak susu, tuang agar-agar dalam kotak.
3. Sejukkan dalam peti ais, bahagian bawah bukan freezer. Sejukkan satu malam (, kalau 1-2 jam tak sempat beku sebab kotak susu besar).
4. Enak dimakan waktu agar-agar sejuk, sejuk bila lalu di tekak.
Kalau nak guna acuan lain selain kotak susu pun boleh saja. Selamat mencuba!
Sumber: Ain’nie Rahman
TIP MASAK AGAR-AGAR : Cara Sukat Air Untuk Masak Agar-Agar Supaya Hasilnya Menjadi Cantik
Didik Anak Lelaki 5 Perkara Ini Sebelum Mereka Masuk Usia Remaja
Tanggungjawab anak lelaki dalam keluarga memang besar. Tak kira anak sulung atau anak bongsu mereka seharusnya jadi pelindung pada adik beradik perempuan.
Bukan itu saja anak lelaki seharusnya didik menjadi seorang yang bertanggungjawab sejak dari kecil lagi. Kerana mereka adalah bakal suami, bapa, ketua keluarga yang di bahu mereka terletak amanah yang cukup besar.
Justeru itu supaya menjadi lelaki yang lengkap pakejnya perkara berikut menurut Coach Parenting Taufiq Razif perlu diajar kepada anak lelaki sebelum mereka menjengah usia remaja.
Didik Anak lelaki #5 Perkara Ini Sebelum Usia Remaja
#1. Melindungi
Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya
#2. Lemah lembut
Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya
#3. Rajin
Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri
#4. Hormat
Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan
#5. Mencintai
Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya
Sumber: Taufiq Razif
DIY Rak Baju Bajet Dari Bakul Plastik. Hasilnya Duit Jimat & Pakaian Kemas
Pakaian yang ada di rumah kalau tiada tempat yang khusus memang akan buat rumah atau bilik nampak serabut. Sebaiknya ada almari baju supaya kemas.
Tapi kalau masih tiada bajet untuk beli almari atau kabinet pakaian boleh buat kaedah DIY seperti perkongsian Juria Sidek untuk memastikan kain baju kemas.
Caranya hanya menggunakan bakul plastik sebagai rak baju. Mesti ramai tak terfikirkan.
Rak baju bajet dari bakul plastik
Bahan-bahan
Bakul bersaiz besar (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
Bakul bersaiz kecil (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
1 paket cable tie
Pisau/gunting (ikut la mana yang senang digunakan)
2. Potong kanan dan kiri bakul supaya membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju.
3. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar.
4. Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan dan lakukan kepada semua bakul yang digunakan.
5. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut menjadi bentuk rak.
Dah siap!
Selamat mencuba!
Kredit: Juria Sidek
Servis Saja Tak Cukup, Ada 4 Maintenance Kereta Kena Jaga. Baru Kereta Tak Mudah Rosak, Sedap Bawa
Bila dah ada kereta, kita memang kena ikut servis yang disarankan bagi memastikan kereta berfungsi dengan baik, tak rosak dan boleh digunakan lama.
Dan ramai yang anggap servis ikut jadual maknanya dah oklah tu. Tapi sebenarnya maintaince atau penyelenggaraan kereta cukup dengan itu saja. Malah ada yang anggap buat major servis dah memadai.
Sebenarnya maintance kereta terbahagi kepada 4 jenis. Tak cukup dengan buat major servis saja ya. Perkara ini dijelaskan oleh pengusaha bengkel @service kereta.Barulah kereta jarang rosak dan sedap bawak.
Major service tak memadai
Guide ni memang saya tujukan buat consumer yang beli kereta baru ataupun kereta terpakai. Sebagai contoh ramai consumer menganggap bila diorang buat major service seperti (plug,engine oil,gb oil dan radiator flushing) dah memadai.
Maintenance kereta terbahagi kepada 4 jenis;
1-Engine maintenance
2-Undercarriage maintenance
3-Aircond maintenance
4-Accessories maintenance
1. Engine maintenance
Untuk engine maintenance jangan hanya pandang pada engine oil, gearbox oil,spark plug, coolant saja. Dekat engine ada berbagai-bagai jenis seals yang kita harus update. Sebagai contoh flywheel oilseal, crank seal, cam seal dan timing belt, chain drive.
Apa keburukan kalau kita abaikan benda-benda yang dinyatakan tadi. Engine jadi tak sihat, ada kebocoran minyak, kalau timing belt putus, habis semua valve bengkok dan sebagainya. Jadi tolong ambil berat pada engine maintenance ni. Jangan sekadar tukar engine oil sahaja.
2. Undercarriage maintenance
Ia adalah penyelenggaraan seperti Absorber, balljoint,bushing, bearing. Benda ni penting untuk keselamatan anda especially yang zero knowledge pasal kereta. Consumer selalu terlepas pandang benda ni lepas tu pergi foremen tanya diorang “eh kenapa kereta saya tak rasa macam dulu lagi.”
Untuk keburukan tak update undercarriage pulak. Kereta jadi tak stabil kadang-kadang tu nak bawak kereta pun tak selesa. Sebab apa? Semuanya rasa longgar je. And tolong pandang serius benda ni kalau tak, boleh lead to accident.
3. Aircond maintenance
Ini yang paling simple untuk diselenggara tapi kalau ambil mudah confirm lepas je buat major service dekat aircond saya boleh jamin poket anda semua akan berlubang. Ini disebabkan aircond sistem terlalu sensitif untuk diabaikan.
Sebagai contoh saya ambil masalah aircond yang selalu dialami oleh pengguna kat Malaysia. Compressor dah berbunyi tapi still pakai sampai lah compressor aircond tu jammed. Tapi perlu diingatkan bila compressor jammed habis satu sistem aircond tersumbat dek habuk compressor.
4. Accessories maintenance
Ini part paling langsung tak diambil berat. Kadang-kadang soket lampu dah cair, soket sensor pecah, lampu brake tak menyala. Benda kecil macam ni memang nampak remeh tapi sekali problem belum tentu semua foremen boleh troubleshoot.
Saya bagi satu masalah untuk accessories, sekiranya ada salah satu socket sensor yang penting untuk engine pecah engine akan sentiasa berada dalam keadaan safe mode dan kemungkinan engine failure pun tinggi. Bayangkan kalau socket kipas yang pecah. temperature naik pun tak sedar.
semua tips simple yang saya boleh share dekat lelaki or perempuan. Fahamkan kereta kita supaya kalau rosak kelak kita tahu apa yang kereta tu nak. And tolong jangan ambil mudah pasal maintenance kereta anda.
Sumber: @service kereta