Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Adam Corrie berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata.

Memuat naik foto beliau dengan sekeping gambar scan bayi dalam kandungan. Dalam catatannya Adam menyifatkan tempoh 10 tahun hidup berdua itu sebagai tempoh bulan madu atau honeymoon sebelum bertiga.

“Alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanMu. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami.  Alhamdulillah .  Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.

“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.

Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah.

Kami doakan juga pasangan yang masih berusaha dapatkan zuriat berikan zuriat yang soleh dan solehah. Aamin allahumma aamin,demikian tulis Adam dalam satu status di  instagram semalam.

Pernah 3 kali hamil tapi keguguran

Namun di sebalik kegembiraan ini sebenarnya ramai yang tak tahu sebelum ini isteri Adam Corrie iaitu Fazema Mohd Fuad pernah melalui tiga kehamilan sebelum ini.

Namun belum rezeki untuk mereka ketika itu menimang cahaya mata bila mengalami keguguran. Meski belum punya cahaya mata tapi kata Fazema diberi peluang hamil itu dia sudah bersyukur dan setiap kali mendengar orang sekelilingnya akan menimang cahaya mata, dia akan menangis kerana gembira.

 

Yang penting usaha, doa dan tawakal. . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang 💝 . Semua milik Allah , kita ni pinjamanNya sahaja. . @get_repost #repost from @puan_fazi_fuad Kami ok berdua.. jika belum masanya utk kami timang cahaya mata mesti Allah ada perancangan yg terbaik utk kami berdua.. . Allah dah bagi saya merasa hamil 3 kali.. itupon sudah saya rasa syukur alhamdulilah.. . Setiap kali mendengar khabar berita orang sekeliling hamil , saya mesti menangis kerana gembira. . Hingga sekarang kami masih berusaha, yang pasti kami masih tidak berputus asa dan kecewa. . Kerana Allah dah beri banyak nikmat yang perlu saya rasa bersyukur. Iaitu mendapat seorang suami yang baik dan penyayang serta keluarga yang memahami dan sentiasa beri sokongan di kala susah dan senang. . Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya. . Yang penting kami berdua bahagia.. masih rasa seperti baru mendirikan rumahtangga walaupun sudah 9tahun berkahwin. . Teruskan mengharap dengan Allah tanpa putus asa. . Hikmahnya 3 org zuriat kami iaitu Amin, Alif dan Idris sudah menunggu di sana ❤ Doa yang baik-baik semua org ❤ #adamcorrie #bidadariku

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Sama-sama kita doakan supaya kehamilan Fazema dipermudahkan sehinggalah dia selamat melahirkan bayi.

 

Sumber: adamcorrielee

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: